Jun 23, 2015

Buka Puasa Di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Alhamdulillah, sedar tak sedar hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Pasti ramai yang sudah sibuk membuat periapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba. Pasti ramai juga yang sudah pening untuk memikirkan menu untuk di masak untuk berbuka. Jangan bimbang kerana Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam menyediakan hidangan buffet dari awal Ramadhan hingga Ramadhan yang ke 27 nanti. Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas, aku menerima jemputan daripada Blogger Muiz untuk majlis iftar di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Sangat teruja kerana ia menyajikan ratusan pilihan juadah yang dihasilkan oleh chef terkemuka. Kalau nak tahu, Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam adalah berkonsepkan Islamik, berlandaskan syariah dan memiliki sijil Halal. 


En.Suami dan anak2 berpossing sebelum berbuka
Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam diadakan di The Grand Ballroom. Wah cantik dan luaskan dewan ni. Dewan ini mampu menampung 850 orang pengunjung. Susun atur meja sangat menarik dan kemas. Suasana yang santai dan sesuai untuk seisi keluara dan kanak-kanak.


Seperti tahun-tahun sebelumnya Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam masih mengekalkan tema Sajian Dapur Bonda kerana ia mendapat sambutan hangat daripada pengunjung setiap tahun. Di sini akan dapat kita lihat, konsep gerai digunakan bagi menaikkan lagi konsep kampung tersebut.Sangat rambang mata melihat hampir 150 variasi hidangan yang sememangnya lazat, enak dan menarik, yang terdiri dari pembuka selera hingga ke pemanis mulut.

Pelbagai variasi kerabu, ada kerabu mangga, betik, tauge dan banyak lagi
Kerabu mangga
Aneka jeruk


Bagi peminat dessert wah.... pasti tersenyum riang, semuanya mengiurkan.terdapat pelbagai pilihan daripada puding, kek, tartles hingga ke kuih tradisional. Selain itu ada juga bubur kacang, bubur lambuk, bubur pulut hitam dan puding roti. Bagi yang ada nak kecil, pasti mereka seronok kerana ada gerai yang menyajikan ais krim kon dan fish fritters, nugget dan sosej bersama mayonese buatan chef yang lazat.

Aneka puding yang mengiurkan
Brownies bersama kacang peacan sangat awesome


Choclat Tartles
Kuih tradisional
Puding Caramel
Hidangan sempena lebaran juga disediakan. Ada ketupat, nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging. Wahhh tersangat awesome kan.Selain itu juga pelbagai variasi nasi turut disajikan seperti nasi beriani,nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari, nasi dagang, nasi kerabu dan banyk lagi.





Bagi penggemar makanan Korea, jangan terkejut kerana di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam turut menyajikannya. Bulgogi dengan sayuran segar dan daging empuk membuka selera aku aduhhhh sedapnya. Selain roti canai, murtabak, mee rebus, laksa, char keaw teaw goreng2, ikan keli goreng, trurut disediakan hidangan kambing goleh bersama sos istimewa dari chef handalan.

Bahan Bulgogi

Gerai Makanan Pantai Timur
Selain itu nasi berlauk juga disediakan. So jangan bimbang kalau korang memang jenis makan nasi hehe. Bermacam2 pilihan lauk yang boleh korang pilih dan yang paling istimewa Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam turut menyediakan gulai lemak ikan patin tempoyak, masak lemak perut bersama rebung, asam rebus keladi, siput seduk masak lemak, rendang daging tetl dan banyak lagi.

Antara menu lauk yang disediakan


Asam laksa
Brownies, choc moist dan red velvet
menu pilihan En. Suami
Nescaffee o panas dan pisang goreng cheese
erkenal seperti Ustaz Apa yang baiknya tentang Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam adalah ianya berkonsepkan Islam dan mengikut syariah. Selama menanti waktu berbuka puasa, kami diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran daripada adik-adik tahfiz ini.Dan azan akan dikumandangkan oleh ustaz yang telah disediakan.Selain itu juga, diselitkan sesi forum selebriti dimana perkongsial ilmiah dan rohani untuk santapan rohani dan jasmani oleh para ustaz Jafri Abu Bakar, Ustaz Ibnu Hubain dan ramai lagi.

Surau disediakan, solat terawikh pun boleh dilakukan dengan selesa kera surau mampu memuatkan sehingga 200 orang jemaah berserta imam yang telah disediakan pihak Buffer Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Setelah berbuka, solat... didendangkan lagu nasyid dari kumpulan nasyid Saff_one.


Popia Basah
Nasi Kerabu dan kerabu mangga
bulgogi
rojak buah
Roti jala
Nasi ayam




Pendek kata Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam memang terbaik dan sesuai untuk seisi keluarga kerana menu yang variasi dan selesa. So kalau korang nak merasai sendiri kelazatan Buffet De Palma Hotel Shah Alam, harganya adalah :


Untuk dapatkan 10% diskaun masa tempahan tu mentionkan korang dari blog Mama Darwiish tau.

De Palma Hotel Shah Alam
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, P.O. Box 7511, Persiaran Jubli Perak, Shah Alam 40718
RM 68 nett untuk dewasa
RM 35 nett untuk kanak-kanak.

Cara tempahan :
Tempahan terus di kaunter Ramadhan atau 
hubungi talian 03-55428080 sambungan 611/ 608/ 405/ 406

3 comments:

  1. Ya Allah terliurnyaaaa ! Konsep dia best sangat. Food pun banyak. Memang puas hati bayar rm 68 untuk food banyak tu. Thanks for sharing mama! InsyaAllah nak try nanti. :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..gi de palma tadi ...dpt disc 10% when mentioning ur blog..tqvm

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign