Jun 16, 2015

Diari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

SBBYEOS2015 atau Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 akan menjadi lipatan sejarah dan kenangan terindah dan berharga buatku. Alhamdulillah kali ini baru berkesempatan menyertai event terbesar yang melibatkan blogger, aktivis media sosial, penaja hebat anjuran Denaihati Network serta penaja hebat eQurban, Karangkraf, The Sumbs, Bakarlah Bbq Rental, Jopano.my, Jam Tawaf Magnetik Denaihati, The Pholicious. Sebenarnya 2015 adalah tahun keempat, dan dengar khabarnya ini adalah tahun terakhir. Dussshhhh bagai ditusuk sembilu... Pada 13 Jun 2015 hari Sabtu yang lepas berlangsungnya SBBYEOS2015 bertempat di Taman Cabaran, Persint 5, Putrajaya. Memang teruja tahap gaban.Seramai 5 orang blogger hebat diterbangkan khas dari Indonesia bagi memeriahkan SBBYEOS2015. Seawal jam 7 pagi aku bertolak dari rumah , huhu.Terima kasih En.Suami yang banyak membantu.

Alhamdulillah, jam 8.30 pagi sampai dengan selamat. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan.Tapi ada juga dugaannya, anak2 tak berapa sihat, tapi En.Suami dengan happy sudi membantu menjadi baby sitter upahan ngeh2.Tak berapa ramai yang sampai, mata terus melilau cari kaunter pendaftaran.




Amacam ok tak ? Wah berkobar2 semangat huhu.En.Suami pun sama.En.Suami bagi aku peluang untuk enjoy 1 hari, dia boleh jaga anak2 katanya.Alhamdulillah.Oh ye sebelum tu, aku kasi dorang breakfast dulu.


Alhamdulillah, makaroni with sausage... yumyy favourite my kids and hubby too.Menu istimewa, sausage di stim atau direbus kot, lembut je... kuah pon ok.Sedap la... kena makan jap lagi nak bekoje korehhhh hehe.Minuman sudah semestinya Yeos.Masa makan mata duk melilau, wahhh makin ramai blogger yang dah sampai.Yang vouge, cute, fames, kacak, ayu, manis, hot, power semua ada.Apa lagi dengan pantas aku grab dorang.... selfie, wefie ngeh2.. Nanti aku buat entri khas pasal wefie2 ni ok.Nanti termuntah pulak skrin ni.



Kredit photo : melastik Bintang




Dah selesai semua, tukar tshirt rasmi SBBYEOS2015, semua diarahkan supaya berbaris dan bentukkan 8 atau 9 barisan.Wahhh dari jauh nampak merahhhhh aje.Objektif utama SBBYEOS2015 adalah merapatkan ukhwah... so tak ada can nak berpuak2, semuanya sama... pelbagai niche lifetyle, food, parenting, beauty dan segala bagai, so maka terbentuklah group selepas melalui 'trick' bijak pihak penganjur.

Wahhh aku dalam group 3, sama group dengan blogger kacak lagi elastik ngeh2 Boni Kacak , sis Alin, Za dan blogger2 sado Miekael, Roni, Muiz.Dan yang paling istimewa adalah sekumpulan dengan Darul blogger dari Indonesia.Dengan sepakat kami memilih Darul menjadi ketua kumpulan, selaku tetamu istimewa. Dan group kami diberi nama Telu Keren Banget !!! atau Telo Grand yang diinspirasi dari Bahasa Jawa , telu bermaksud 3 yang awesome, hot gitu.Kalau nak tengok cheer group kami, korang boleh ke Instagram dan cari #BTHYEOS03

Berbeza dengan tahun2 sebelumnya, kali ni SBB berkonsepkan outdoor.So lebih mencabar minda, fizikal dan merapatkan lagi persahabatan antara blogger.Aktiviti dibahagikan kepada 2 iaitu Treasure Hunt pada sebelah pagi dan Santai Bersama Blogger disebelah petang.

Blogger Treasure Hunt

Kami diberikan passport berupa tugasan dan peta untuk misi ini. Terdapat 6 checkpoint yang mesti diselesaikan dan harus memungut bonus sebanyak ,mungkin.Pertamanya kami harus menyusun puzzle dengan betul dan mencari 1 kepingan yang hilang.Oh yeee dilarang berlari dalam misi ini.Sampai awal potong markah hokeeey.So layaaaannn. So susunlah kami semua, best juga... selalu anak je main puzzle.
Bila dah siap kena pergi cari kepingan yang hilang tu di atas nuuuuuun walk climbing.Dengan pantas Miekael memanjat ala2 Spendaman ngeh2.Hanya 1 percubaan, tepat.Wahhh dah betul, kena pulak selfie dengan banner penaja, dan share dan tag kan di social media masing2.






Kami meneruskan task, kena selfie secara berbaris lepas tu kena rakamkan vidoe dubsmash dan share di instagram dan facebook menggunakan hashtag tertentu.Mujur kami ada Boni Kacak selaku vokalis utama ngeh2, kami yang gugurl jadi backup dancer haha, dan Miekael, Muiz, Roni jadi audio man, camera man haha.Lepas tu jalan dan terus berjalan menuju checkpoint 2.Wahhh best nya jenjalan pepagi hari, nyaman, hijau sekeliling... menangis lelemak haha.Boleh tahan jauhnya... 5 minit cam gitu kot.



Sampai di tempat skating park.Wahhh kena tunggu giliran untuk selesaikan task.Pertama task Si Buta.Sorang ahli kena pejam mata, dan mencari 3 kotak dan disusun mengikut arahan dari ahli yg lain.Pun Miekael juga yang buat.Memanh bagus blogger ni.Masa ni tekak aku ngan kak Za memang macam ape dah haha.Lepas tu, task kedua mencabar.. kena apungkan sebatang jarum dipermukaan air dengan hanya 3x percubaan.Pun Miekael yg sattlekan.... 1x cuba dah ok.Masa tu kami budget juara kah2.Dah siap task kena pungut bonus dengan berselfie dengan banner penaja eQurban.Kali ni Boni Kacak selaku camera man.




Dah siap checkpoint 2, kami terus melalui lapangan skating menuju ke checkpoint 3, haha sangat mencabar skill dan minda.Task nya menjadikan in YEOS berdiri senget 45 darjah tanpa menyendalnya dengan had masa ditetapkan.Pun Miekael yang buat2.Sangat tricky... nak tahu rahsia, kena pm beliau ngeh2.Kat situ boleh minum sepuasnya minuman segala macam dari YEOS. Lepas tu cam biasa kena selfie dan share serta tag di social media.




Teruskan perjalanan ke Menara Kawalan untuk checkpoint 4.Wah makin tinggi ni... boleh nampak seluruh Taman Cabaran.Kena tunggu turn ok.Wah kat atas menara tu kena berlari, sampai kat atas kena jawab soalan lah pulak, dalam masa 30 saat je seorang.Kalau x kena denda.Ok... kami semua passss wihuuuu pasti selfie, wefie dan tag, share cam biase.


Turun melalui jalan yang sama, jumpalah checkpoint 5... argggggghhh selfie yg diarahkan oleh si bisu ... Boni mengarahkan kami hanya menggunakan isyarat tangan, kepala, mata, hidung melainkan mulut.Ini semua Melastik Bintang punya angkara.But its fun.Aku kena cium pokok der ngan si Darul.Ada yg berenang atas rumput, tengok hantu celah kangkang, mencangkung hahah.Pastu collect bonus dengan bergambar bersama 3 AJK pinky huhu




Sepanjang perjalanan turun tu, tak henti2 kami ketawa hehe.Alhamdulillah nak berakhir sudah.... Checkpoint 6 mencabar sebab diharuskan menulis dan menerbitkan entri tentang SBB on the spot.Kali ni Boni Kacak ambik peranan.Sebelum tu kami makan duluuuuuuuu utk ambik mood.Kalau nak baca entri tu boleh peegi blog si Boni Kacak.

Wah makanan... dari jauh dapat bau kambing bakar.Kambing dari Australia, di bakar menggunakan batu gunung berapi, tekstur memang lembut, juicy, tak hamis... makan sekeping tak puas.Ada butter rice, cloeslaw, mash potato, an grilled chicken sangat sedap... terima kasih BakarLah Bbq Rental. Selesai makan, diberi masa berehat, untuk solat, mandi dan menyiapkan entry.





SANTAI BERSAMA BLOGGER

Akhirnya masa dinanti kini tiba.Semuanya santai di atas tangga mendengar sesi perkongsian dari panel2 hebat. Anazkia blogger dari Indonesia yang bermula dari 0 to heroin... banyak dapat anugerah di sana, . Aqif Azizan pakar copywriter yang berjaya di peringkat global hingga menjana pendapatan ratusan Dollar melalui blog. Haji Masrukhin CEO eQurban yang berkongsi pengalaman mengembara selama 46 hari , memberi dan terus memberi. Dipengerusikan oleh CEO Denaihati Tuan Haji Amir Hassan selaku penganjur.Ilmu, pengalaman yang diperoleh melebihi bayaran RM30 yang kami bayar.Alhamdulillah.

Semua menanti penuh debar saat no lucky draw dicabut... Alhamdulillah terpilih.. aku dapat hadiah Jam Tawaf Magnetik Denaihati yang merupakan produk terbaru dari Denaihati, yang mana majlis pelancarannya pada petang itu juga. Dan aku juga menang saguhati dalam Sitkom Yeos dapat barangan YEOS sebanyak RM50.Nanti aku buat entri khas ok.Tak ada rezeki menang hadiah utama iaitu iPhone6 Plus 64gb yang dimenangi Halim Brother dan Samsung Note Edge oleh kak Rokiah.Banyak hadiah menarik , wang tunai RM100 dimenangi Dayang Deno, Tuppaware dan banyak lagi.Oh ye Astro Awani ada buat liputan khas tau.



gambar sbb2015
Kami bersurai dalam pukul 5 macam tu.Diakhiri dengan jamuan ringan.Alhamdulillah kenangan yang memorinya akan sentiasa didalam ingatan.Mudahan ianya bukan terakhir..... Jangan lupa nantikan entri khas mengenai hadiah yang aku menangi dan koleksi selfie bersama blogger hot Terima kasih. Akan aku praktikkan prinsip hidup untuk memberi dan In Sha Allah akan bertimpa2 pemberian dari-Nya... Amin.
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Hello Mama Darwish....
    Wah senang sekali bisa hadir di SBB 2015 Malaysia. Ramai dan seru sekali semoga tetap terjalin tali akrab silaturahmi kita.....

    Semoga bisa berjumpa pada kesempatan yang lain....

    ReplyDelete
  2. seronok dan best kan/....semoga ada rezeki blh berjumpa lagi kita

    ReplyDelete
  3. Bab selfie yang guna bahasa isyarat tu memang kelakar hahahah

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign