Jun 27, 2015

JM Bariani House Lokasi Iftar Ramadhan Ke-7

Alhamdulilah Ramadhan yang ke 7 lepas, En.Suami ajak berbuka puasa di JM Bariani House, Aeon Anggun Rawang. Dah lama beliau teringin makan bariani kat situ, tapi selalu full house kalau bulan Ramadhan. Tapi Alhamdulillah, kami booking awal, so ada rezeki merasa bariani di situ. Huhuhu, En.Suami booking Set A. Sesuai untuk makan 2 orang. Lebih jimat kalau pilih menggunakan set daripada ala carte.



Set A ada :
2 bariani ayam/daging
2 sirap bandung atau ice lemon tea
1 tauhu bakar/rojak petis/keropok lekor
Papadom
Kurma
Dessert

Kami pilih bariani ayam, ice lemon tea, 3 layer tea, rojak petis.




Nasi bariani , kalau beli ala carte tak silap RM5, En.Suami tambah sepinggan lagi untuk Darwiish. Harga agak mahal bagi aku, tapi berbaloi sebab, nasimya dari beras 100% Basmati, lembut, sedap, wangi dan yang penting tak berminyak.


Ayam merah. Yang ni not bad juga, sedap. Ayam tu kalau tak silap dibakar atau dipanggang, bukan digoreng.


Ayam goreng berempah. Yang ni memang sedap. Cukup rasa rempah, lembut dan berjus . Aummmmm


Kuah dal Yang ni aku tak makan pun ngeh2.


Papadom memang syiok. Krukkk krakkk krukk krak. Masih panas, lemak je makan ngan nasi.



Ice lemon tea dan 3 layer tea pemanis mulut ada kurma dan cream puff. Bagi aku cream puff tu agak gagal ngeh2.


Rojak petis sama dengan pecal kot, berkuahkan kacang ,ni mungkin kami tak biasa makan, maka nya tak terusik sangat. Membazir dah disitu.Tapi yang lain memang memuaskan. Kebersihan bagus, servis cepat dan mesra pelanggan, makanan pun best.

Kalau kotang berminat nak mencuba boleh lah ke JM Bariani House. Dorang pun buat delivery sekita Bandar Tasik Puteri Rawang. Banyak lagi cawangan dorang. Korang google je ngej2.Ok Selamat Berpuasa :)
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Huishh sedapnyaaaa.... Ayam goreng berempah dia pun, superbbb!

    ReplyDelete
  2. macam best je. teruja tengok ayam goreng berempah tu

    ReplyDelete
  3. pernah pergi sebelum ni tapi takde cream puff pon....

    ReplyDelete
  4. I is tergoda dgn pic pecal tu yer...heheee...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign