Jun 9, 2015

PERCUTIAN DI BUKIT TINGGI, PAHANG (Part 1)

Bukit Tinggi antara tempat percutian dan peranginan yang menarik di Pahang.Lokasi tak jauh dari Kuala Lumpur.Nak dijadikan cerita, percutian kami sekeluarga tak dirancang. Hu3, satu jalan balik dari kampung di Pahang, nak balik ke KL, singgah jap.Asyik duk tengok dalam internet je kan.Nak juga merasa kelainan Bukit Tinggi berbanding Genting, Cameron yang dah memang sinonim.Perjalanan memang boleh tahan nak masuk ke dalam, ditemani pohon menghijau, udara segar, nyaman, sunyi dan best



Bayaran masuk adalah RM13 untuk dewasa.Kat Bukit Tinggi ni sesuai untuk yang mencari ketenangan, jauh dari hiruk pikuk bandar.Kalau yang kaki shopping, di sini bukan port nye ok hehe.Macam2 ada kat sini ada Taman Jepun, Japanese Village, Botanical Park Animal Park, Tunggang Kuda, Flying Fox , Rock Climbing dan macam2 lagi.Sebelum tu kita kena daki anak tangga ni untuk sampai ke atas. Ntah lupe nak kira hokey, tp boleh tahan la banyaknye.Ohhh ye nak naik shuttle bus pon boleh.Kami pilih untuk jalan kaki.




Ada lah dalam 7 minit berjalan mendaki bukit. Wah terasa jantung mengepam dengan laju.Syiokkk nya dapat tengok ciptaan Nya.Sambil dukung si Bella, bayangkan huhu... keluar peluh satu badan ....waaaaa. Tapi best, udara memang nyaman, segar, bersih.




Yeahhhhhh akhirnya sampai di sini. Wah rumah teh dalam hutan tropika pertama di dunia tu. 3500 dari paras laut. Kami pilih untuk ke Japanese Village. Dengar kata, memang real macam di Jepun. Ye ke... jom kita tengok.




Untuk sampai ke Japanese Village kenalah mendaki tangga2 batu. Tapi serius memang best sebab, dikiri kanan dapat tengok kehijauan, ada pokok buluh, kolam ikan koi, jambatan batu, batu2 besar. Cantikkan lanskapnya.... terasa bagai di Jepun.





Berehat sekejap hehe. Nasiblah anak2 baik perangai. Tak meragam.Mungkin dorang pun rasa nyaman dan selesa kot.Lokasi macam ni cantik kalau buat photoshoot perkahwinan huhu.




Itu En.Suami duk bergayut kat rumah Jepun hehe.Mogok nak masuk tak boleh sebab kalau sewa kimono baru boleh masuk rumah teh tu.Sepasang kimono RM20 boleh pakai untuk bergambar.Kat bawah tu, bebudak yg sewa kimono cari port untuk bergambar.




Tatami Spa dan Tatami Suite wah syiok kan kalau dapat berspa, relax dalam hutan tropika ni.Tapi sayang kesemuanya tak beroperasi. Tak tahulah kalau off dat.Tapi tak mampu juga kot kalau bukak, sebab spa dia kalau x salah 1/2jam 3 ratus lebih kot huhu




Time nak balik kena turun tangga batu tadi semula.Kami tak pergi pun taman botani tu sebab, kami naik pun dah tengah hari, kesian kat bebudak ni panas hu.Cam biasa beli ole2 untuk kenangan.Beli 1 fridge magnet je.RM10 haha.Banyak lagi yg cute tapi yang ni jadi poooojaan hatiku.Oh yaa, nantikan PERCUTIAN DI BUKIT TINGGI, PAHANG (Part 2).
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. SA dh pernah bercuti kat sini..ok la...xde la sejuk sgt mcm kat genting...pun pilih naik tangga jugak...

    ReplyDelete
  2. salam...
    maaf tuan / puan saya tumpang share sikit di blog ini
    saya agency pelancongan di bandung menyediakan transpot untuk city tour bandung,
    ada juga pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari minimal 4orang dengan harga yang sangat berbaloi.

    contact :
    wahtsap +6287821719271
    facebook brek.yahya19@gmail;.com

    ReplyDelete
  3. salam
    maaf tuan / puan saya tumpang share sikit di blog ini
    saya agency pelancongan di bandung menyedikan transpot untuk city tour bandung
    ada juga pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari minimal 4orang denagn harga yang sangat berbaloi.

    contact
    wahtsap +6287821719271

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign