Jun 25, 2015

Tips Tidak Membazir Bila Makan Buffet Ramadhan

Menjelang Ramadhan sudah pasti banyak kedai makan, restoran mahupun hotel menawarkan buffet ramadhan dengan harga menarik. Seronok kan sekali sekala kita berbuka di buffet Ramadhan. Tapi kebiasaannya kita banyak membazir bila mata mula rambang dengan aneka pilihan juadah yang disajikan. Jadi pada kali ino, aku nak share sedikit tips supaya kita tidak membazir makanan semasa kita makan di buffet Ramadhan.



1. Mulakan dengan makan kurma dan sedikit air.

2. Jangan minum air terlalu banyak, sebab ia akan mengenyangkan kita.

3. Boleh mulakan makan makanan pembuka selera seperti, salad, kerabu dan lain2.

4. Kunyah makanan perlahan2, supaya ia lumat dan mudah hadam seperti Sunnah Rasulullah.

5. Boleh solat Maghrib dahulu , ini lebih baik bagi melapangkan perut.Lagipun waktu makan buffet panjang. Kebiasaanya hingga jam 10 malam. Jadi tak perlu bimbang kalau makanan habis.

6. Ambil juadah yang ingin korang rasa, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Sebab banyak lagi menu yang korang ingin cuba.

7. Makan dengan tenang dan santai bagi mengelakkan korang sendat perut huhu.

Itulah antara tips yang aku kongsikan. Mudahan kita kurangkan pembaziran kerana ianya amalan syaitan. SELAMAT BERPUASA

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign