Jul 3, 2015

Buka Puasa Bersama Mahsuri Dan Anak Yatim

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini kami sekeluarga berasa amat bertuah kerana diundang oleh Mahsuri iaitu pengeluar kicap dan sos yang terkemuka untuk bebuka puasa bersama anak2 istimewa di Pusat Jagaan Baitul Hidayah di Puchong, Selangor. Undangan kami terima dengan teruja.Mudahan rezeki yang sedikit dapat dikongsi bersama dan memeriahkan Ramadhan mereka.


Sebelum tu, ahkak belanja korang satu gambar hehe, bersama sos manis Mahsuri. Depan tu Darwiish partner share blog ni.Macam biasa, kena daftat kehadiran dan diberi goodies istimewa dari Mahsuri.


Sampai di sana dalam jam 6.15 petang, dah kelihatan anak2 Baitul Hidayah indah berseri berbaju melayu dan kurung. Dalam hati menahan sebak, bayangkan anak sekecil 4 tahun sudah pandai membawa diri. Anak-anak disini terdiri dari anak yatim, yatim piatu, anak oku, anak muallaf. Paling muda usia 4 tahun dan dewasa dalam 13 tahun. Seramai 38 orang anaj di Baitul Hidayah ni.




Bersama adik Nisya, umur 6 tahun. Comel kan, tapi dia lebih selesa dengan kakak2 dan abang2 nya... ukhwah yang terjalin tanpa ada pertalian darah. Ssemoga mereka sentiasa gembira...



Selepas pendaftaran, diadakan aktiviti bagi meraikan anak2 Baitul Hidayah, ada musical chair, masukkan air dalam botol, cantumkan straw siapa paling panjang. Kesemua mereka sporting dan nampak gembira. Yang paling meriah, Mahsuri menjemput Osaka Clown bagi mempersembahkan magic . Semuanya kelihatan teruja.


Bersama blogger Yaya Cendana.


En.Suami yang segak berbaju melayu.Terima kasih, tanpa beliau, tak dapatlah aku hadiri segala event huhu.



Menu berbuka puasa adalah Nasi Ambeng ditaja oleh Mahsuri. First time makan, not bad.Selain tu ada kuih muih, sumbangan hadirin dan coklat rice buble dari Mama Darwiish hehe. Anak Baitul Hidayah sangat berdisiplin, selesai makan terus solat. Selesai solat, ada majlis penyampaian hadiah bagi contest snap dan win anjuran Mahsuri dan main bunga api.Terima kasih Mahsuri kerana peluang yang diberikan.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan/sedekah atau kunjungan mesra :

PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
S444, Lorong 9,
Kg.Baru Sri Puchong,
Batu 13,
47009 Puchong, Selangor

Akaun Maybank Pusat Jagaan Baitul Hidayah :
562 777 209 784

Hubungi :
Pejabat : 03 - 8069 0023
Pn.Saadiah : 013 - 703 4658
Pn.Nora : 013 - 600 2587

Email :
pjbaitulhidayah@gmail.com

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. yoorin ada pergi jugak event mahsuri.. tp yg di PJ,,,sebak rasa sebab pertama kali join berbuka puasa dengan anak yatim.. Tengah suap anak, mentiba ada mata2 yg memerhati kita.. =( rasa bersalah pulak..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Bagus program camni kan...dapat hiburkan anak yatim...sayu jer rasa tgk muka diaorg kan...semoga Allah melindungi anak2 syurga ni.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...seronok bdk tu kan

    ReplyDelete
  4. Banyaknya aktiviti.. mesti meriah dan anak-anak yatim tu gembira.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign