Jul 30, 2015

Kepentingan Ubat Cacing Untuk Kanak-kanak

Jangan pandang remeh bab pemberian ubat cacing khususnya untuk anak2 kita. Kerana ia mampu memudaratkan kesihatan mereka jika tidak diberikan ubat cacing pada masa yang ditetapkan. Bagi yang melakukan pemeriksaan anak2 setiap bulan di Klinik Kesihatan, ia tak menjadi masalah, kerana nurse akan sentiasa guard kita.Sebenarnya seawal usia anak dalam 1 tahun dah diberikan ubat cacing.


Opppps kalau melalui KK dorang akan kasi ubat cacing jenis serbuk, nanti kita just tambah air dan bagi anak minum. Yang ni jenis tablet, terpaksa beli sendiri, sebab terlupa dah simpan kat mane yang KK bagi ngeh2.Yang tablet ni boleh dikunyah, dihisap atau dibancuh dengan air. Boleh dapatkan di farmasi, selain Champs, Zintel pun boleh.

Fungsi ubat cacing adalah untuk membunuh telur cacing dan cacing yang terdapat dalam usus si kecil kita. Bahayanya cacing ini kerana mampu merosakkan otak, melukakan usus serta mengakibatkan sembelit sekiranya tidak dicegah.

Pemberian ubat cacing ni mesti mengikut skala masa yang ditetapkan.Seeloknya rujuk kepada doktor untuk sebarang maklumat yang lebih details. Selain kita ajar si kecil kita supaya menjaga kebersihan, cuci tangan, pakai kasut dan sebagainya.Kita juga mesti memastikan makanan disediakan dengan bersih dan berkhasiat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.:-)

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. thanks atas perkongsian ini yew kak mama darwish

    ReplyDelete
  2. Kak yus pun kekdg terlepas pandang.. Tu la, kena selalu ingatkan diri sendiri. Penting ubat cacing ni. Nak2 utk ank yg sentiasa ada mslh kesihatan..

    ReplyDelete
  3. Rasa cam dah lama tak bagi anak saya ubat cacing...kena check ni...tq ya, entry ni mengingatkan saya

    ReplyDelete
  4. penting bagi uabt cacing ni...ada yang terlupa

    ReplyDelete
  5. ubat cacing mmg penting, sbb dapat jaga usus anak kita. sebelu ni saya xtau tupun lepas ada anak semua ni baru lah diketahui dari blog2 info camni. tahnks for sharing

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign