Aug 20, 2015

Baby Bella Alergik Telur & Vaksin MMR

Alhamdulillah 18hb Ogos yag lepas baby Bella genap 1 tahun.Kalau ikut medical schedule, sepatutnya Bella kena injection MMR bagi mengelakkan penyakit seperti Rubella, beguk dan campak. Tapi disebabkan Bella ada alergik pada telur.... so tak boleh dapat suntikan tu di Klinik Kesihatan tetapi harus di refer kepada hospital berdekatan.


sumber Google

Kenapa kalau baby alergik telur tak boleh disuntik MMR di klinik ? itulah antara soalan aku pada nurse hari tu. Masa Darwiish haritu Alhamdulillah ok... takde alergik... so kali ni terpinga2 aku, risau pun ye jugak. Rupanya vaksin MMR tu dihasilkan dari telur so kalau disuntik pada baby yang alergik dikhuatiri akan menyebabkan sesak nafas atau sebagainya.. Nauzubillah... sebab tu kena transfer hospital... ada doktor dan kelengkapan yang sepatutnya.


Mudahan semua ok. Doktor dari KK akan bagi satu surat utk kita refer pada hospital, nanti pihak hospital akan tetapkan tarikh, dan dia akan bagi tahu.... selepas baby di inject kena tunggu 2 jam, tengok ada sebarang reaction tak pada baby, kalau ada kena admit ward, kalau tak.... boleh balik.... huhu risaunya.

Sekadar perkongsian, seawal 10 bulan, nurse akan arahkan bagi telur pada baby utk tengok sama ada mereka alah atau tidak. Tak kisahlah rebus ke, goreng ke... janji telur sahaja. Macam Bella, 1st time bagi terus merah leher, ingatkan saja dia garu... tapi bila dah sampai 3 kali sama juga. So stop... jangan bagi lagi ok.Nanti bagitahu nurse.
Tanda2 alahan telur pada baby keluar ruam2, bintik merah, gatal2 cam tu.

Wish everything will be fine :-)

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. jadi mak ni kena sentiasa lah beringat pasal anak2 kan.. risau gak kalau sdikit cuai..

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan urusan..insyaAllah

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  3. Ada juga yang allergy dengan telur tapi ambik suntikan ok cuma memang kena review kat hospital lah untuk langkah berjaga-jaga

    ReplyDelete
  4. alahai syg...
    moga bella sihat ye...
    ijat so far takde elergik yg ketara.
    ekzema dia pun skang da takde, unless dia main bola berpeluh-peluh and menggaru-garu, naik skit la ruam :)

    ReplyDelete
  5. psl alergik telur n suntikan tu serius tak tahu..sbb tak pernah diberitahu...tnks for sharing bw dr www.housewifearts.blogspot.com..done follow blog..slmt berkenalan ya..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign