Baking Class Apam Mekar

by - September 09, 2015

Alhamdulillah berkesempatan untuk menyertai kelas2 memasak, membakar ni. Maklumlah ada babu ni, terhad sikit aktiviti outdoor. Nak join baking class dekat luar susag dah, tapi dengan inisiatif komuniti wanita di apartment tempat tinggal aku ni, berlangsung lah kelas membaking ni. First dulu aku ada join kek panda layer. Kali ni kelas buat apam mekar ada orang panggil apam merekah / ros.


Yuran RM5 , ok la kan... bahan semua disediakan, resepi disediakan, apam pun boleh bawak balik. Cuma bawak perkakasan macam mixer, mangkuk, spatula dan sudu. Yang bestnya kelas kali ni boleh buat praktikkal... sesama ahli kumpulan. Teringat pulak masa join kelas red velvet di kedai kek dulu2.


Macam biasa, selfie... dulu sebelum membaking ehhh bukan baking tapi stiming.Susun2 cup comel tu.



image_2]
Dah tengok cikgu buat demo.... pastu kami praktik, rupanya ada bahan istimewa yg pada aku agak pelik dalam resepi ni. Teknik piping pun kena betul.... kalau tak tak mekar uolssss. Kombinasi warna yang auummmmm. Fokus2


Alhamdulillah.... akhirnya apam we ols mekar setaman. Terima kasih cikgu. Sori cikgu x sempat snap cikgu... ngeh2... sibuk pegang Bella.Sangat happy uolssss.


Tak sangka si Darwiish ngan Bella suka sangat. Mau taknya... dengan warna nya yg menarik... lembut, gebu dan ringan. Nantikan resepi nya nanti ok.

posted from Bloggeroid

You May Also Like

6 ulasan

  1. alahai..nak belajar jugak. hehe. suka tengok orang rajin buat kuih2 gini.

    ReplyDelete
  2. tergugat iman tengok apam mekar mama darwiish.. cepat2 upload entry resepi nya.. nak tryyy..

    ReplyDelete
  3. Awak di tag di giveaway ini - http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.com/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak join kelas baking ni

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish