Tips Kesihatan Semasa Jerebu

by - September 14, 2015

Jerebu semakin hari semakin parah. MasyaAllah. Jerebu atau zarah-zarah kecil seperti asap atau debu yang terkumpul dan terapung diatmosfera. macam kabus gitu kan. Tapi kabus tak membahayakan kesihatan berbanding jerebu. Kerana jerebu ni berpunca daripada sikap tak bertanggung jawab manusia itu sendiri. Contohnya melakukan pembakaran secara tebuka, aktiviti perindustrian yang tak terkawal selain permotoran. Risau dengan masalah macam ni, terutama kepada anak-anak kecil.


Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah :

0 - 50 Baik 
51 - 100 Sederhana 
101 - 200 Tidak Sihat 
201 - 300 Sangat Tidak Sihat 
301 - 400 Berbahaya 
401 - 500 Sangat Berbahaya Lebih 
500 Darurat

Sangat berbahaya kepada kesihatan kita terutamanya kanak-kanak. Selain mengganggu penglihatan ia mampu mengganggu sistem pernafasan, batuk, sakit tekak, mata berair dan bermacam lagi.


 

Tips kesihatan semasa jerebu :

1. Kurangkan aktiviti luar 
2. Pakai topeng / mask bila keluar
3. Banyakkan minum air masak
4. Rujuk doktor sekiranya ada simptom2 seperti di atas tadi.


You May Also Like

2 ulasan

  1. http://muhajirinstore.blogspot.my/2015/09/aktiviti-anak-anak-semasa-jerebu.html

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish