Oct 12, 2015

Blouse Muslimah Murah Hanya Di My Blouse Shop

Blouse antara pakaian yang menjadi pilihan ramai kaum hawa pada masa kini. Blouse ni boleh dipakai dalam pelbagai acara atau situasi sama ada nak pakai masa outing , kenduri, shopping , santai semuanya boleh. Tapi nak mencari blouse muslimah yang sebetulnya memang susah. Tapi di My Blouse Shop semuanya ada. Apa kelainannya dari online shop yang lain.... haha sebab itu korang kena baca sampai habis dan sure korang akan tak sabar nak shopping di My Blouse Shop




My Blouse Shop merupakan online shop milik bumiputera Islam yang berdaftar yang menjual aneka pilihan blouse atas nama jenama mereka sendiri iaitu Decenza . Bermacam pilihan yang boleh kita pilih dari sana, kita boleh membeli secara online dari laman web, official facebook atau instagram My Blouse Shop





Keistimewaan My Blouse Shop :

- Kesemua blouse direka bercirikan muslimah, labuh, longgar dan tidak ketat. Namun masih tampil trendy dan style

- Fabrik yang digunakan berkualiti tinggi, selesa dipakai, mudah digosok dan serap peluh

- Warna yang menarik serta padanan yang unik

- Saiz yang disediakan dari sais S, M, L, XL, XXL dan XXXL

- Harga yang disediakan amat berpatutan

- Perkhidmatan yang telus, cekap, pantas dan mesra pelanggan




Blouse Cotton dari My Blouse Shop wow cantik, kemas dan menarik packaging. Tak keromot banyak sesetengah tu main sumbat aje dalam plastik. My Blouse Shop menggunakan khidmat Pos Laju, dijamin sampai esok In Sha Allah



Sebelum tu jom kita belek hasil jahitan My Blouse Shop . Nampak tak... kemas, bersih dan kuat jahitannya. Butang pun dijahit dengan kemas.



Blouse yang ku pilih ni ada 2 tona. Senang nak match dengan shawl. Tapi padanan warna sepadan kan.Aku suka abstrak... x nk sweet2 sangat hehe



Ok yang ni pulak jahitan bahagian dalam blouse. So impress sebab kemas sangat. Sebab pernah sebelum ni, ada yang tak jahit tepi, habis tercarik benang berjuntaian semua. Sedih kan... tapi berbeza dengan blouse dari My Blouse Shop memang awesome, teliti dan kemas.




Apa lagi, semua dah belek, jom kita try , test tengok. Harap bersabar dengan poss aku tu kah2. Memang selesa, cuma sekarang badan tengah naik... so abaikan bahagian yang nampak cute :p . Best sebab labuh, tutup bahagian punggung dan peha. Jadi bila nak duduk tak adalah ternampak segala aset .Kainnya jenis terletak je pada badan, tak kembang dan tak berkeromot.


Rasanya nak kena shopping di My Blouse Shop sebab dengar kata ada less, harga serendah RM44 saja sempena bulan Oktober , bulan kelahiran owner My Blouse Shop . Wahhh jom grab cepat, banyak design menarik. Untuk dapatkan segala info, harga, details, belian dan pertanyaan, boleh kunjungi links di bawah ni :


My Blouse Shop


Website :
http://myblouseshop.com

Blog :
http://myblouseshop.com/myblog

FB page :
https://www.facebook.com/BlouseMuslimahOnline

Instagram :
https://instagram.com/myblouseshop/

posted from Bloggeroid

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign