Oct 26, 2015

CITYSKIN MEDISPA Gabungan Klinik Dan Spa Berlandaskan Syariah

Kecantikan dan kesihatan amat berkait rapat. Kesihatan yang baik mempengaruhi kecantikan seseorang dari dalam hingga luaran. Cityskin Medispa merupakan gabungan klinik dan spa yang menyediakam khidmat nasihat dan rawatan kecantikan dan kesihatan kepada mereka yang mengalami masalah tersebut. Cityskin Medispa istimewa berbanding spa yang lain adalah kerana ia menggabungkan klinik dan spa ditempat yang sama. Di Cityskin Medispa Ia adalah berlandaskan syariah khas untuk lelaki dan wanita berkonsepkan "WELLNESS". Jadi pada kita tidak perlu risau lagi.



Cityskin Medispa diinspirasikan pada tahun 2012 oleh ibu dan anak iaitu Doktor Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun dan anak perempuannya Doktor Siti Farah Azwin Abd Khalid , 26 tahun. Alhamdulillah, kami antara blogger yang terpilih untuk menghadiri sesi penerangan bersama Cityskin Medispa yang bertempat di Hair Rich World Integratef Trichology Center di Bangsar . Ia merupakan cawangan kedua Cityskin Medispa.



Dalam program tersebut kami diberi penerangan dan ilmu yang bermanfaat bukan sahaja mengenai penjagaan rambut malahan maklumat berinformasi mengenai kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh. Doktor Wan Julia merupakan seorang doktor perubatan yang juga Pakar Anti-Penuaan dan Estetik antara doktor Melayu pertama di Malaysia yang dianugerahkan Board Certified In Anti Aging & Regenerative Medicine (ABAARM-A4M USA

Beliau menerangkan bahawa setiap permasalan kesihatan dan kecantikan terutamanya rambut adalah berpunca dari hormon yang tidak stabil akibat gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar dan faktor persekitaran.



Demo pemeriksaan dan perawatan rambut juga telah diadakan pada hari tersebut. Cityskin Medispa menggunakan teknologi trichology laser . Sesi consultation diadakan sebelum pemeriksaan rambut dilakukan. Dengan menggunakan terknologi terkini setiap inci rambut dan kulit kepala dapat dilihat dengan lebih terperinci. Bertuah sangat kerana ia dilakukan sendiri oleh Doktor Siti Farah Doktor lepasan Paramedical TrichologybDiploma dari International Association of Trichologist, Sydney Australia bersama beautician bertauliah dan berpengalaman.






Bahan dan produk perawatan yang digunakan juga Halal, bermutu dan selamat serta semulajadi. Ia diimport terus dari Korea dan USA bagi mangekalkan mutu kualiti. Selain perawatan rambut Cityskin Medisp juga menawarkan khidmat perawatan wajah, badan serta kuku dengan pakej harga yang berpatutan . Dan yang penting ia dilakukan oleh mereka yang pakar.




Antara perkhidmatan yang disediakan. Mesti.awesome kan, badan dirawat, dibelai dengan sumber semulajadi. Jangan lupa mention Blog Mama Darwiish semasa membuat tempahan. Ya, kena buat appointment dulu, nanti pihak Cityskin Medispa akan aturkan sesi yang bersesuaian.





Antara blogger yang memeriahkan majlis tersebut. Memang ia pengalaman yang sangat bermakna selain ilmu yang baru dari mereka yang pakar. Terima kasih kepada Hai Blogger dan Cityskin Medispa atas pengalaman menarik ini.



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:

Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor
Tel : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2242 0880

FB :
https://www.facebook.com/cityskinmedispa

Instagram :
@cityskinmedispa

posted from Bloggeroid

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign