Oct 2, 2015

Langsing Dan Cerah Dengan Qyra Perfect Look Coffee

Lepas melahirkan anak kedua ni, badan naik bagai di pam. Selera makan mengalahkan anak gajah hehhe. Nak kurus ??? Niat tu memang ada, tapi memang selalu kantoi bila terpandang makanan . Nak pulak, bila menyusukan baby. Sentiasa rasa lapar. Emmm produk pelangsingan ??? Tak larat dah nak cuba, kadang macam tak berkesan , kadang tu macam lambat je kesannya. Aku memang , semuanya nak cepat. Dalam duk mencari produk pelangsingan tu, Alhamdulillah aku diperkenalkan dengan Qyra Perfect Look Coffee Emmm kurus dengan kopi ???? Boleh ke ? Kopi memang feveret aku tak kisah apa spesis kopi hehe. Dengan pantas aku setuju nak mencuba sendiri Qyra Perfect Look Coffee


Qyra Perfect Look Coffee merupakan produk minuman / kopi pelangsingan dan pencerahan keluaran Qyra Beauty Care Sdn Bhd iaitu syarikat bumiputera Islam. Wah merahnya makngah. Packaging awesome, dari jauh memanggil2. Siti Elizad adalah duta Qyra Perfect Look Coffee puhhh slimming glowing gitewww.



Kandungan Qyra Perfect Look Coffee adalah Arabica Coffee, Cocoa Powder, Guarana, Hoodia, Senna, Suclarose, Gluthanione dan Psylium Hush.

Wahhh ramuan yang hebat digunakan. Tak mustahil ni boleh langsing , sihat dan cerah. Contohnya Guarana mengandungi pelbagai zat galian dan vitamin serta 10 jenis Asid Amino yang penting untuk tubuh selain memelihara organ dan awet muda.

Gluthatione pulak, membantu mencantikkan, mencerahkan kulit dan bersifat anti-oksidan yang tinggi.



Khasiat Qyra Perfect Look Coffee :

- Menurunkan berat badan
- Memberi rasa kenyang
- Membuang angin
- Memecahkan lemak
- Mencerahkan dan menghaluskan kulit
- Memberikan tenaga
- Meningkatkan kadar motabolisme
- Membantu proses detox


Dalam 1 kotak Qyra Perfect Look Coffee ada 15 sachet. Bling-bling gitu. Harga RM89 SM / RM95 SS



Cara penyediaannya :

Mudah saja. Lebih mudah dari kopi segera yang lain. Sebab ia boleh dibancuh dengan air panas atau air sejuk. Senang larut. Bancuh 1 sachet dengan secawan air je sehari, amalkan sebelum makan tengah hari. Ramai yang cadangkan minum secara sejuk atau letak ais sebab kesan lebih optimum dan sedap.



Wahh bau dia memang umphhhhh, rasa pula seperti kopi mocha. Kemanisan boleh adjust, kalau rasa manis sangat boleh lebihkan air
. Jangan risau tak jejaskan khasiatnya dan kesannya juga.

Kesan pengambilan Qyra Perfect Look Coffee selama 3 hari :

Ya, aku baru 3 hari cuba kopi ni. Tapi jujur aku cakap memang best. Hari pertama aku minum, dah mula kentut, sendawa. Pastu kenyang... padahal tak sarapan pun pagi tu. Lepastu dengan lawasnya aku membuang. Tiada lagi masalah sembelit. Tapi jangan risau, tak akan menyebabkan cirit birit ok. Tak sabar nak timbang nanti. Katanya hari ke-5 boleh timbang, tengok ada tak perubahan. Korang boleh ke web, fanpage Qyra Beauty Care untuk lihat banyak testimoni berjaya dan dapatkan segala info mahupun urusan jual beli.



QYRA BEAUTY CARE SDN BHD


Website :

Facebook :

Instagram :

Email :
sale@qyrabeauty.com

Hotline :
019 - 3012 777
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign