Oct 20, 2015

Mochi Kenyal Tapi Sedap

Mochi dah lama asyik usha. Baru tadi sempat beli. Apa mochi tu ? Mochi adalah manisan yang berasal dari Jepun. Kalau yang original dari Jepun, ia dibuat menggunakan sejenis beras pendek mochiko ditumbuk halus menjadi serbuk. Dikukus, disteam atau dibakar. Lebih kurang macam marshmallow pun ye. Tapi sekarang kebanyakkan hanya guna tepunh beras. Hehe cepat.



Mochi ni boleh tahan mahalnya. 4 ketul ni harga RM3.50. Biasanya ada macam-macam warna tapi hari ni tinggal yang ni je. Boleh beli di bahagian roti di 7E, 99Speed Mart, pasaraya, mini market. Memang sedap, inti kacang merah. Tekstur dia kenyal, lembut je. Lebih kurang macam kuih kuaci, buah melaka, tapi mochi lebih gebu dan tak melekit . Sedappp



Rupanya mochi ada pelbagai warna dan bentuk. Malah inti pun macam-macam. Ada coklat, aiskrim, bijan. Wahhhh bunyi mengiurkan. Tadi dah godek-godek resepi mochi. Nanti free kita try ok.

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Suka Mochi..tp susah nak beli kat area KL Sentral ni...kalau ada pun cepat jer sold out

    ReplyDelete
  2. wah sedapnye nampak.mochi ice cream mesti sedap gilos kan

    Jom Terjah : Fesyen Lelaki Popular yang.. Perlu ke?

    ReplyDelete
  3. BLOGWALKING HERE....saya singgah tinggalkan jejak....kalo minat n komen boleh jenguk2 kat blog saya
    http://comot-pink.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Ena pun suka benda ni. Sedappp sangat. Dulu selalu beli. Sekarang dh jarang beli. Nanti nak pergi cari lagi la

    ReplyDelete
  5. Suka juga mochi nie.. Tapi selalunya cepat habis kalau di 99speedmart

    ReplyDelete
  6. Suami mengidam mochi la pulak..asalnya ada org bagi..sedaaap sangat. bukan yang sweetie ni. tapi takpe la yg ni pun jadi la.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign