Oct 3, 2015

Resepi Kailan / Sawi Oyster Sos Simple

Resepi Kailan / Sawi Oyster Sos Simple



Saiz hidangan : 1-3 orang makan
Masa Penyediaan / Memasak : 5 minit
Kaedah memasak : Celur / Rebus / Stim dan Goreng

Kailan goreng sos tiram memang sedap dan simple. Selain kailah boleh saja gunakan sayuran yang lain seperti sawi, park choy, bayam dan sayuran hijau yang lain. Kalai makan di kedai, seperti di Chicken Rice Shop, rasa macam
tak puas hehe . Apakata kita masak sendiri, puas hati selain dijamin Halal, bersih dan selamat dimakan.Insyaallah


Bahan-bahannya :

1 bungkus / ikat sawi / kailan
6 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa / pati ayam

Air untuk mencelur / merebus sayur
Minyak untuk menggoreng



Cara penyediaan :

1. Panaskan seperiuk air untuk merebus / mencelur kailan
2. Cuci bersih kailan dan toskan
3. Setelah air mendidih, masukkan kailan
4. Rebus / celur kailan sehingga batangnya lembut, angkat dan toskan. Susun di atas pinggan
5. Potong dadu bawang putih
6. Panaskan 2 sudu besar minyak masak, tumis bawang putih sehingga layu
7. Masukkan sos tiram dan goreng hingga kekuningan / garing
8. Angkat dan siram di atas kailan yang telah disusun.


Tips !!!

- Jangan celur / rebus sayuran terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya
- Garam tidak diperlukan kerana sos tiram dan pati ayam sudah masin
- Boleh tambah bawang besar juka suka
- Boleh ditabur dengan bawang gorenh untuk tambah rasa dan tekstur rangup


Selamat Mencuba
#ResepiMamaDarwiish

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. yummy, sedapnya.. shad kt rumah slalu gak kailan ikan masin. hehe.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign