Oct 8, 2015

Singkirkan Kotoran DiWajah Dengan PoBling

Pobling antara beauty gadget yang semakin laris dipasaran. Tak silapnya berasal dari Korea. Kalau korang kaki drama, filem Korea banyak scene pelakon dorang guna pobling. Patutlah muka dorang bersih je, walaupun memang plastik hehehhe. Jom nak kongsi pengalaman guna pobling. Oh, ini bukan review berbayar ye.



Oh ye, pobling ni aku beli RM20 je, siap sekali caj penghantaran dan GST. Murah kan, dah tentu murah kalau beli di http://www.lazada.com Bukan sahaja murah, banyak pilihan dan berkualiti.




Pobling tu apa ?

Pobling ni, alat untuk membantu kita mencuci muka dengan lebih bersih. Dibuat daripada 150 000 mikro fiber yang teramat halus dan lembut.



Fungsi Pobling :

- Mencuci kulit muka dengan lebih efektif

- Menyingkirkan minyak, kotoran , blackhead , whitehead dengan lembut.

- Membuang sel kulit mati

- Tiada pengelupasan

- Mencuci hingga ke dasar pori




Pobling hanya guna satu bateri saiz AAA. Ia kalis air. Ringan dan mudah digunakan. Senang kalau nak bawa travel.

Cara Guna Dan Bersihkan Pobling :

- Sebelum guna rendam bulu pobling didalam air suam selama 3 minit.

- Picit pencuci muka korang di atas pobling. Kalau guna sabun, sabunkan muka korang. Tak payah letak atas pobling.

- Basahkan muka, then on poblinh, biarkan dimuka dan ratakan
- Guna dalam 2-4minit. Kemudian bilas.

Korang akan dapar rasakan getaran halus dan lembut yang dihasilkan oleh pobling. Kalau nak share guna pobling pun boleh. Beli kepala pobling secara berasingan. Jimat kan.



Cara bersihkan pobling, just rendam kan dengan air suam, keringkan dengan tisu atau tuala bersih. Jangan gosok bulu poblibg, just biar ia kering sendiri dan dirikan ia atas stand yang disediakan. Memang best guna pobling Sisa makeup, krim, foundation semua tanggal . Baru la kulit muka kita senang nak serap vitamin dan lebih bersih.
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. haha sib baik ko explain dik..akak ingat untuk buang bulu roma..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... saya pulak ingatkan pobling ni macam berus gigi bateri tu pusing2, rupanya dia bagi getaran je haha

      Delete
  2. Wahhh.. Makin maju skrg ye.. Mcm2 alat dah ade, hehe ~

    ReplyDelete
  3. murah tu ain.. nak beli gak la.. hehehhe

    ReplyDelete
  4. shad pun ada satu.. best rasa cuci muka sambil ada getaran gitu. tapi tak leh pobling muka lama2, pedih dan merah hbes. 2-3 mnt dah memadai.. hehe. mula2 beli tu mmg teruju habis, lelama tersadai, tak guna pun pobling. hehe.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign