Nov 6, 2015

DRYPERS TOUCH Baru




KELEMBUTAN PREMIUM BAGI SI MANJA DENGAN DRYPERS TOUCH BAHARU
Dilengkapi Kemajuan Teknologi Pro Skin bagi Keselesaan Terunggul

Ibu bapa sudah tentunya mempunyai keinginan yang tinggi dalam memberikan yang terbaik buat si manja mereka bagi setiap peringkat tumbesaran; ini termasuklah memanjakan si manja dengan keselesaan serta kelembutan menyeluruh melalui lampin pakai buang premium. Hasil kaji selidik terbaharu mendedahkan bahawa 98% ibu bersetuju bahawa kelembutan merupakan salah satu ciri penting dalam pemilihan lampin pakai buang.

Peka dengan perkara ini, Drypers, sebuah jenama di bawah naungan SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd yang merupakan peneraju pasaran bagi lampin pakai buang dan merupakan jenama pilihan para ibu di Malaysia selama 15 tahun, telah melancarkan rangkaian lampin pakai buang berpelekat premium terbaharu, Drypers Touch, dilengkapi dengan revolusi teknologi Pro Skin.

Dicipta melalui penyelidikan intensif serta ujian yang menyeluruh, teknologi Pro Skin ini teramat lembut, dengan penyerapan lebih tinggi, lapisan berliang udara dan inovasi penjagaan kulit. Gabungan ciri-ciri ini sekaligus menyediakan keselesaan terunggul, membolehkan si manja anda bermain dengan riang serta tidur dengan lena.

Direka khusus dengan bahan berkualiti premium, Drypers Touch baharu nyata akan membantu dalam menjaga kulit halus bayi, di samping memberikan kebebasan pergerakan bagi membolehkan si manja anda berinteraksi dengan selesa. Setiap lampin dilengkapi dengan teras penyerapan daya tinggi dan lapisan berliang udara yang membolehkan kulit si manja sentiasa kering and selesa.

Direka sesuai untuk tubuh si manja, lampin pakai buang premium ini dibuat secara unik dengan bahagian atas yang bercetak timbul bagi memelihara kulit bayi anda, serta bahagian luar telus udara yang lembut. Sekaligus memberikan keselesaan kepada para ibu bapa ketika mendukung bayi mereka.

Dilancarkan dalam rekaan yang bergaya serta unik, Drypers Touch baharu boleh didapati dalam dua jenis pembungkusan

Jumbo (RM 36.90)
Mega (RM 55.90)

merangkumi saiz S (3-7 kg), M (6-11 kg), L (9-14 kg) dan XL (12-17 kg). Produk Drypers boleh didapati di pasaraya terkemuka seluruh negara.

Hanya yang terbaik patut diberikan bagi penjagaan si manja anda. Kenalkan si manja kepada kelembutan premium, daya serapan tinggi serta telus udara sempurna dengan Drypers Touch baharu.

Belailah si manja dengan nikmat penuh kelembutan hari ini! Untuk maklumat lanjut mengenai Drypers Malaysia atau inginkan sampel Drypers Touch, sila layari [www.drypers.com.my] atau kunjungi laman Facebook Drypers

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Drypers keluar produk baru eh.. menarik nie..

    ReplyDelete
  2. yang baru ni.. ala size qeram debok dah takder.. hahaha.. dia guna XXL dah.. bila nak putus pampers ntah la ni..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign