Nov 24, 2015

Event Blogger : Titian Budaya Next Door @ Publika

Titian Budaya Next Door @ Publika merupakan acara kesenian sempena menyambut 50 tahun persahabatan antara Singapore dan Malaysia. Yang dianjurkan oleh Singapore dengan sokongan pelbagai pihak terutama Kementerian Kebudayaan Dan Kesenian.



Diadakan di Publika. Sesuai untuk kita bawa anak-anak sempena cuti sekolah. Acara ini dijayakan oleh penggiat seni Singapore, Malaysia, pemuzik, pembuat filem dan artis.



Titian Budaya Next Door @ Publika terdiri daripada 4 komponen iaitu :

- Art Next Door (White Box)
- Bazaar Next Door
- Music Live Next Door
- Cinema Next Door

Kami pergi hari Sabtu pagi stay sampai petang je, so dapat tengok setengah je. Uwaaaa sedeyyyy





Art Next Door disini boleh lihat karya seni yang banyak menangi pelbagai anugerah pasca dari Micheal Lee, Amir Muhammad dan banyak lagi. Graphic design, sculpture yang halus, teliti yang menggabungkan seni Singapore dan Malaysia.




Bazaar Next Door ditempatkan pasar seni dan kraft dari Malaysia. Disini pelbagai hasil seni dan kraft dijual. Ada yang boleh diy. Siapa yang suka barangan unik, antik, natural mesti rambang mata.




Music Live Next Door disini boleh live performance dari artis Singapore. Gentarasa persembahan dari anak muda yang berdrama, berteater sambil.menyanyi menari. Rustic Vipes paling aku suka sebab music dia yang sangat unik. Gabungan indian classical muzik dan jazz. Ramai lagi, tapi tak sempat nak tunggu hehe.


posted from Bloggeroid

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign