Food Review : Majlis Cocktail Di Two Sons Bistro

by - November 23, 2015

Two Sons Bistro unik kan nama bistro ni. Alhamdulillah, Sabtu lepas telah diundang ke majlis cocktail sempena ramah mesra antara penggiat seni Malaysia - Singapore Titian Budaya Singapore di Publika, Kuala Lumpur.



Kelihatan ramai penggiat seni di situ. Ada yang aku tak familiar, maklumlah dari Singapore kot. Two Sons Bistro , luas juga kawasannya. Sesuai kalau kita nak book untuk sebarang keraian, mini event ke, birthday party ke, sebab ada inside dan outside sit.



Antara juadah yang disediakan. Nampak cute, simple tapi sedap, penuh rasa. One bite, hilang terus Fried bihun, bruchetta, canape dan zucinni stuff with tuna mayo, with caviar sprinkle and rocker leaves




Canape dan zucinni ni sedap. Yang brucetta tu roti agak lembik, mungkin lama terhidang, jadi cairan mayonis tu meresap. Jadi agak lembik.



Minuman pula, selain kopi, teh, nescafe.... ada cincau dan asam boi. Aku pilih asam boi. So refreshing. Rasa halus je, tak terlebih masam atau manis.



Pencuci mulut pula ada sagu gula melaka dan red beans koley . Menarik kan gabungan melayu dan barat.



Nantikan entri tentang perlanan Titian Budaya SG yang semestinya pengalaman yang menarik dan manis . Tq Titian Budaya dan Two Sons Bistro.


Two Sons Bistro
 A4-G2-8,
Solaris Dutamas,
Kuala Lumpur
(next to Black Box Publika)

posted from Bloggeroid

You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish