Nov 20, 2015

Green Tea Akak Purdah Original Dari Thai

Wahhh akak purdah jual Thai Green Tea . Dah kenapa nak pelik kan. Ok apa berpurdah dari bersinglet. Memang kontroversi dulu, sebab ada yang kondem tentang status halal. Asal dari Thai je, dorang cop tak halal. Please lah.... be smart.... dah sah2 ada kelulusan halal dari Thai. Ok lah, tak mau gossip, jom layan green tea akak purdah ni atau nama glamour nya Kopi Boran




Green Tea fresh original dari Thai. Puhhh memang besar gedabak. Packaging menarik kan. Siap ada paper bag kaler lagi. Ingatkan saja buat marketing , rupanya paper bag tu ajaib tau. Sebab ia membuatkan ais jadi tahan lama. Tak mudah cair. Bayangkan aku beli Maghrib, pukul 1 pagi maintain je ais dia. Rasa memang piauuu, kawww, fressshhh. Kat rumah ni ada juga beli serbuk teh Thai tu, tapi tak sam rasa. Satu bungkusan ni hanya RM3. Murahkan.




Esoknya try Thai Red Tea pun sama tak mengecewakan. Tak pahit. Cukup kaww, lemak, manis . Ahhhh bestnya.



Nanti nak try Thai Black Coffee pulak. Pinky sangat. Oh ye lokasi kedai akak ni Bukit Sentosa, Rawang, Selangor bersebelahan SpeedMart mini market. Buka dari 11 pagi kalau tak silap sampai 10 malam.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. akak pun baru minum semalam... mmg femes skang thai black coffee kan sis

    ReplyDelete
  2. Kite pon ade beli green tea ni, tp yg repacking punya, hehe~~

    ReplyDelete
  3. PAPER beg ni asal Thailand turun ke perlis. Kat perlis jual start last year
    Ika kalau melawat adik kat perlis. Memang selalu beli, Tahan minimum 4 jam. http://www.unlimitedbeautysecret.com/

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign