Nov 26, 2015

MILKCOW Aiskrim Organik Dari Korea

Haritu ada terima blogger invitation sempena perasmian outlet Milkcow* di Sunway Pyramid, tapi takde rezeki nak join. Tapi Alhamdulillah, last week jenjalan kat sana terjumpa juga yeahhhh




Apa yang specialnya milkcow dari aiskrim yang lain adalah kerana ia organik yang disertakan pelbagai jenis topping yang didatangkan dari Korea yang disahkan halal. Aiskrim organik, yang semulajadi, lembut, cair dimulut ???? pehhhh sedapnya kan. Outlet comel ja, nampak clean, cool dan comel.



Milkcow juga ada dijual dengan saiz mini RM4.50 kalau tak silap. Yang biasa serendah RM8.50 . Beraneka topping, ada topping macaroon, madu, coklat, mint sirap dan bermacam pilihan. Kalau nak rasa semua boleh beli saiz mini.



Aku beli standard saiz yang paling base iaitu milky way takde sebarang topping. Tekstur memang lembut, gebu, halus. Rasa memang pure 100% semulajadi susu lembu. Lemak, berkrim. Tapi nak habiskan satu cup ni boleh muak makan sensorang. So aku share dengan 2 kids dan hubby. Bulllpppppp best. Lepas ni nak try green mint syrup almond flakes bagi cut muak tu dengan mint.




Boleh dapatkan 1 milkcow percuma, kalau kita beli 10. Sah sehingga 31 Dec 2015. Baru dapat satu cop ngeh2.



Pada korang peminat aiskrim, kena cuba milkcow memang superb dan penting menyihatkan dan organik. Selain ada jual macarioon, waffles dan lain2. Kat atas tu senarai outlet milk cow

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. tengok aiskrim tu... dah rasa sedapnya sampai sini... hehe

    ReplyDelete
  2. Naaak rasaaaaaaaaan ! sedapnyaa T__T

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa.. teringin juga nak rasa.

    http://syimayusuf96.blogspot.my/2015/11/tijaarah-western-cuisine-best-western.html

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign