Nov 24, 2015

Resepi Churros

Resepi Churros

Churros merupakan snek ringan yang popular di Spanyol, Perancis dan Itali. Berasaskan doh pastei yang digoreng kemudian dicelup dengan coklat atau ditabur dengan gula halus atau serbuk kayu manis. Churros kini menjadi trending di laman sosial.

Churros kalau dimakan di cafe atau restoran harga boleh mencecah harga RM20-30 walhal ia senang untuk dibuat malahan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur.



Bahan-bahan :


1 cawan air putih
1 sudu butter
1 sudu gula pasir / halus
1 sk garam halus

1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur


Cara Penyediaan :

1. Dalam satu kuali / periuk , didihkan air + gula + garam + butter hingga mendidih

2. Masukkan tepung ke dalam bahan yang didihkan tafi, kacau dengan cepat dan sebati.Tutup api.

3. Masukkan telur, gaul sebati. Masukkan doh ke dalam piping bag. Guna star nozzle. Dalam resepi ni ku guna nozzle kecik... tu pasal corak dia halus. Nak cantik boleh guna yg besar.

4. Panaskan minyak, picit doh kedalam kuali. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.







Tips tambahan :

- Tak nak letak garam pun takpe sebab butter dah masin, melainkan guna unsalted butter
- Boleh guna acuan semperit atau bentukkan guna tangan kalau takde noozle
- Churros yang menjadi dan sedap adalah bila ia rangup diluar, fluffy,gebu, lembut di dalam
- Kalau x nak celup coklat, boleh drizzle je atas churros
posted from Bloggeroid

16 comments:

  1. warghhhh.....tq sharing..simple resepinyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salina, haah barang sedia ada di dapur, nti try tau :-)

      Delete
  2. hah betul tu kak memg trending skrg churos dkt fb . dkr group MAHN masak apa hari ni tu tak putus3 post pasal churos . hehe . tak try lagi buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, dulu pernah tengok asoan food channel, dorang jelajah churros di sepanyol

      Delete
  3. Wahhhh simple sangat cara nak buattt. lepas ni takyah beli dah. hehehehe thanks shareeee resepi :)

    ReplyDelete
  4. baru tahu harga churros ini kemain mahal kalau kat cafe luar. erm, eloklah buat sendiri, terjamin sedap dan bersih. di masak dengan kasih sayang lagi.

    ReplyDelete
  5. terima kasih perkongsiannya. Mesti try ni. :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign