Nov 7, 2015

Review Filem : Queen



Lately memang tak berapa layan filem Malaysia. Maaf kalau ada yang sentap. Queen bermaksud ratu kalau bahasa hindi Rani . So dalam filem ni heroin dia nama Rani yang dilakonkan oleh Kangana Ranout .Suka tengok muka dia yang ala-ala innocent tu. Macam ada darah campuran pun ya.

Queen mengisahkan Rani yang membawa diri kira macam backpacker dari New Delhi ke Paris dan Amsterdam. Semua ni lepas dia tak jadi kahwin. Kira malam nikah tu tunang dia tak datang. Alasan tak sepadan sebab Rani ni kolot, kampung , tak moden. Padahan Rani taraf pendidikan sama macam dia Vijay

Rani pergi Paris sebab masa dorang bertunang , Vijay janji honeymoon kat sana, si Rani pula siap simpan duit, booking hotel segala bagai. Rani kuatkan semangat pergi seorang diri. Start dari sini ,aku teruja nak tengok sebab dalam filem ni visual sangat best. Dapat tengok dari dekat Eiffel Tower, Paris. Rupanya filem ni banyak menang award di peringkat antarabangsa. Wohooo



Sampai di Paris, Rani menginap di hotel yang dia dah booking untuk honeymoon. Disitulah Rani kenal dengan kawan baru yang bekerja sebagai housekeeping. Vijay Laksmi kalau x silap. Seronok dengar dia cakap perancis, kaki panjang, cantik pulak tu. Si Vijay ni yang banyak tolong Rani masa di Paris. Seronok tengok Rani melancong sesorang. Berani walau takut.

Lepas tu Rani ke Amsterdam, disitulah Rani berkongsu menyewa dengan 3 lelaki Olexender, Taka dan Tim. Mulanya ingat Rani akan feeling dengan Olexender haha. Tapi x. Sampai ada tokey restoren terpikat pada Rani. Bekas tunangnya pulak datang terhegeh. Haha. Tapi Rani x layan dah. Dan Rani balik ke India sebagai Rani yang baru.

Kelainan dari filem hindi yang lain, x ada 7 bukit, 7 gunung, 7 baju 70 penari . Not typical Hindi movie dan jauh sekali dengan Malay movie. Memang best, dari pelakon utama, extra, view, lagu.

Dapat pengajaran, setia, setia kawan, bahasa dan agama bukan halangan untuk bersahabat. Hargai apa yang kita ada dan yakin, berani dan percaya pada diri sendiri. Korang tak percaya, boleh cari DVD takpun tengok di [www.youtube.com]

posted from Bloggeroid

12 comments:

  1. Wahh, best nampak sinopsisnye, hr tu chennai express, nona suke,,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, tapi chennai lebih komedi, tapi queen lebih emosi tapi ringan heje

      Delete
  2. assalamualaikum mama...mmg best tengok cite ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan, lain dari yg lain. Lain kita jangka lain jadinya

      Delete
  3. nak cari la nanti...macam best jalan cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari2, ni pun ada tayang kat astro baru ni. memang best

      Delete
  4. Oh macan best je. Kena tengok trailer ni

    ReplyDelete
  5. fuhh..

    mesti orang pempuan suka tengok cerita nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sbb laki akan frust sebb flm filem ni heroin tak pilih sesiapa jadi bf...hehe

      Delete
  6. Ok.. boleh download.. hahahha.. thank you..
    gila lama tak tengok movie...
    dah abis idea tengok web GSC, semua cite cam tak best..

    Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah download jgn x download hehe, mmg best

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign