Nov 10, 2015

Sinopsis Drama : Divorce Lawyer In Love

Divorce Lawyer In Love antara tele drama yang sedang aku layan di chanel 393 Astro One HD selepas drama Dating Not Marriage . Kebetulan hero dalam drama ni adalah mamat yang sama huhu. Firstly nak bagitau mmg jalan cerita lari dari kebiasaan filem melayu huahuahua



Drama ni mengisah tentang heri dan heroin yang bekerja sebagai peguam. Si heroin Cheok Hee peguam yang digantung lesen peguam sebab kes yang lepas terpaksa kerja dibawah arahan hero yang dulunya pekerja bawahan dia. Dulu si heroin siap maki, sampai simbah sup rumpai laut sebab salah faham. Heroin dalam drama ni garang sikit dan tegas tapi mantain cute. Tak lekang dengan patung Chucky sesuai dengan perangai dia yang chucky.

Hero pulak, nama aja peguam penceraian, tapi dia tak suka klien dia bercerai. Berbeza dengan Chucky yang berusaha dapatkan kes penceraian haha



Lama kerja bersama, masing2 jatuh hati tapi ego. Sampai si Chucky berlakon kononnya sedang couple dengan abang angkatnya yang empunya firma guaman tu. Peguam Bo dan berlakon punya berlakon, Peguam Bo pun mula terpikat juga. Mamat ni aku pernah tengok dalam Law of the Jungle memang tinggi, hensem lagi sado.

Muka la konflik kat situ. Tapi best la, berkisarkan tentang kes penceraian yang pelik2. Dan perjalanan si Jang Woo yang berusaha mencari penyelamat dia masa kes train terbakar.




Cute kan.Bukan setakat cute tapi mutu lakonan mantop. Tak kayu. Drama ni komedi romantik tapi penuh saspen. Macam biasa filem, drama mahupun muzik korea memang tak menghampakan . Kesan visual dan audio memang jelas dan berkualiti. Paling syiok time dorang makan wahaha... menarik je, selain tempat menarik.

Citer banyak pun x best, korang boleh tengok online tak pun stay depan tv. Aku siap record haha. Tak silap dia sampai 17episod kot. Sekarang dah episod 12 kalau x sila.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign