Nov 12, 2015

Teokbokki, Ddeokbokki, Topokki, Dukboki .... Aaahhh What Ever !!!

떡볶이 teokbokki, ddeokbokki, topokki, dukboki kalau bahasa inggerisnya Korean Spicy Stir Fry Sticky Rice Cake memang tak asing lagi bagi kor ang yang berangan tekak Korea macam aku hahha. Pada yang layan Running Man drama, movie, tv program Korea confirm familiar dengan teokbokki ni. Bukan main berselera tengok dorang makan kan.



Teokbokki ini adalah makanan ringan atau snek yang dijual di jalanan / pojangmacha. Diperbuat dari kek beras yang dimasak bersama cili paste / gochujang fan ditambah dengan sayuran atau benda alah yang lain.




Kalau sebelum ni asyik layan ssambap, kimbab, bibimbab, kimchi so kali ni tekak gatal nak merasa yang ni pulak. Nak buat memang tak lah, nak makan kat restoran nanti sian kat papa Darwiish, beliau tak layan Korean food ni haha.

So dengan excited beli barangan di Aeon Jusco, balik tinggal tebus je. Beli sekali perencah kuah dia. Pastikan bahannya Halal dan tak diragui ye. Inshallah



Alhamdulillah merasa juga, anak pun suka makan, tapi x boleh banyak pedas. Teokbokki ni tektur kenyal, kuah pulak melekit, pedas dan manis. Konsep lebih kurang yong tau foo. Macam kuah keropok leko pun ada, tapi lain haha.Tapi tak boleh lawan cili padi pedasnya. Cili Korea pedas bila dah telan, terasa hangat kat tekak dan perut, kalau cili api haha
..dari bibir membawak ke montot pedasnye :p

Ada lagi lebih tu, nanti nak buat sekali side dish, kalp soup, sotong tepung, sayur tempura. Yummmmmy

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. waaa... nak cuba jugaklah teokbokki masak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs.A cuba nanti update blog tau... nak tengok juga hehe

      Delete
  2. wahhh hehehe nnt qila nk try T_T
    sumpah terliur huhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aqilah, try tau... nti kita try buat kek beras tu sendiri pulak

      Delete
  3. tu la tgk RM..terus teringin nak makan..depa makan macam sedap sungguh...Cara sama kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, RM kalau makan tembikai pun nampak sedap sesangat :-)

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign