Dec 23, 2015

Aku VS Hypotension ( Tekanan Darah Rendah)

Hypotension / low blood pressure atau tekanan darah sangat rendah bermaksud setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Darah tidak dapat di pam ke otak bersama nutrisinya ke otak dengan efektif.



Demam aku, sehari hihu. Rujuk doktor, katanya tekanan darah aku sangat rendah. Tak terkejut pun sebab dah normal bagi aku. Nak pulak kalau masa pregnant sampai dikategorikan anemia. Bacaan tekanan darah aku 70-54 mmHg. Kata doktor kalau ia semulajadi memang tiada ubat melainkan ia baru kita alami. Kalau macam aku dikategorikan normal dah kot dengan hypotension. Emmmm

Kalau simptom hypotension kat aku adalah rasa nak pitam, gelap.mata dan pening bila.baring terlalu lama dan bangun secara mengejut. Biasanya jadi bila aku terlebih ambik kafein , terlalu aktif dan banyak makan masam. Doktor kata ia tak merbahaya tapi harus jaga pemakanan, dan gaya hidup.lebih sihat dan banyakkan minum air bagi meningkatkan kadar bendalir dalam badan.

MasyaAllah, penyakit ni datangnya dari Allah, tanda sayang pada kita. Amin. Mudahan semuanya ok, doakan yang baik2 ye.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. tekanan darah tinggi atau rendah, kena hati-hati.

    bahaya dua-dua tu.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak...moga cepat sembuh yekk...
    jemput join segmen ni yek kak.. :)

    Join List Belog Best
    http://www.yayacendana.com/2015/12/join-list-belog-best.html

    ReplyDelete
  3. nory pon haritu kena tekanan darah rendah..memang selalu rasa gelap mata pon kalau tetiba bangun dari baring..Ingatkan darah tinggi rupanya darah rendah..get well soon, MD..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign