Dec 28, 2015

BIO OIL Berkesan Hilangkan Stretch Mark & Parut ( Review )

Stretch mark atau kesan regangan lepas melahirkan, parut, tanda kulit penuaan dan kulit kering tak sekata memang merungsingkan kepala.Terutama kita kaum wanita. Boleh membuatkan seseorang menjadi kurang keyakinan. Tapi dengan Bio Oil semua masalah kulit dapat diatasi dan dirawat secara semulajadi. Tak perlu laburkan banyak duit buat plastic surgery bagai, hanya sapu pada kulit dan lihat hasilnya.



Bio Oil dihasilkan oleh pakar penjagaan kulit, dah terima lebih 253 anugerah penjagaan kulit di peringkat antarabangsa dan laris di lebih 20 buah negara. Bio Oil merupakan minyak essential yang merawat masalah parut, regangan kulit, penuaan kulit dan masalah kulit kering baru atau lama.



Bio Oil tak merbahaya pada kulit, malah boleh dipakai pada anak kecil sebab ia tak mengandungi paraben, bahan kimia berbahaya , pewarna, pewangi dan alkohol. Yang kulit allergic dan sensit pun boleh pakai.Ia bersifat sangat semulajadi sebab antara kandungannya adalah PurCellin Oil, Vitamin A, Vitamin E, Kalendula Oil, Lavender Oil, Rosmery Oil dan Chamomile Oil

Wah kalau korang perasan, semua minyak tadi sangat membantu dalam memberi efek nyaman, tenang dan relax. Warna Bio Oil ni oren, itu warna asli ye. Bau pula menyegarkan dapat bau herba rosemery kat situ.



Bio Oil ni ringan je tekstur nya. Tak la melekit sangat sebab ia cepat meresap ke dalam kulit dengan adanya PurCellin Oil tadi. So jangan risau ok. Lagipun Bio Oil ni disahkan Halal tiada sebarang sumber haiwan mahupun sumber yang meragukan.



Alhamdulillah masalah stretch mark memang tak kritikal sangat pada aku, cuma parut manja ja kesan kena minyak panas. Ohhh sangat stresss. Dengan Bio Oil, hanya sapu 2x sehari . Urut secara membulat sehingga menyerap sepenuhnya. In Sha Allah akan nampak kesan positive dalam masa 3 bulan minima. Yang ni aku baru cuba sebulan, tu pun ada hari terlupa pakai.

Pada korang yang ada masalah kulit boleh cuba. Terutama ibu mengandung, boleh sapu pada stretch mark dan bahagian yang mengeleber . Bio Oil terbukti berkesan 92% pada luka / parut dalam tempoh 8 minggu dan 100% pada stretch mark dalam tempoh 8 minggu .

Bio Oil boleh didapati disemua farmasi, kedai ubat, pasaraya berdekatan korang dengan harga RM28++ 60ml

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. ada iklan kat tv ekk produk ni.
    aida x pernah cuba...

    ReplyDelete
  2. wah bagus gak ye..nak gak try lah.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign