Dec 26, 2015

DASHING Facial Cleanser (Review)

Dashing memang tidak asing lagi bagi kaum lelaki yang mementingkan penjagaan diri dan penampilan hebat yang terdiri daripada EDT, deodorant, body showers, facial cleanser, hair gels dan bedak talkum. Berita baik buat mereka peminat sukan terutamanya kerana Dashing kini mengeluarkan rangkaian pembersih wajah khas untuk mereka yang aktif diinspirasikan dan hasil andingan bersama Manchester City Football Club Ada 5 jenis pencuci muka yang mewakili pemain bola sepak MCFC seperti Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.


Rangkaian Dashing Facial Cleanser ini dihasilkan khas untuk kulit dan cuaca pengguna di Asia menggunakan bahan dan kandungan yang dipilih teliti bagi melindungi serta merawat masalah kulit wajah lelaki. Ia bertindak pantas tapi jangan risau abang2 sado sekali ia selamat dan gentle lembut dikulit.



My abang sado suka pakai Oil Clear sebab sekarang muka beliau agak berminyak, mungkin faktor pemakanan dan persekitaran tempat kerja. Patutlah best sebab rumusan khasnya adalah Bamboo Charcoal untuk membuang kotoran, dan minyak berlebihan. Bantu membina benteng daripada penghasilan minyak dah mcam midfield defender, Vincent Kompany.


Icy Fresh

Mengandungi Ice Glacier Water untuk kesegaran pantas serta menghidrat. Memberi kesan yang dingin dan segar untuk tempoh yang lama. Mengawal kekeringan dan memberikan kesegaran .


Acne Free
Bertindak seperti Sergio Aquero yang menyingkirkan masalah jerawat. Mengandungi zink dan clay yang membanteras bakteria penyebab jerawat. Melembut dan merawat kulit.


Extra White
Mencerahkan kulit . Diformulasikan dengan Swiss Alpine Plants melindung dari sinar UV penyebab kulit gelap


Whitening Scrub
Mengandungi garam laut yang bertindak membersih dari dalam dan menyingkirkan kulit mati, menanggalkan blackheads, mengecilkan pori dan menjdikn kulit wajah lebih halus, gebu dan lembut seperti Kevin De Bruyne.

Pencuci wajah DASHING dikeluarkan dengan berat 100g dengan harga RM10.90 dan 50g dengan harga RM6.90. Oh yee !!! Sebelum terlupa cepat sertai peraduan dari Dashing :

- 11 Pemenang bertuah ke Manchester untuk 6 hari 5 malam ditaja sepenuhnya.

- Lawatan ke kem latihan City Football Academy untuk 3 hari termasuk latihan 3 hari bersama akademi.

- Berpeluang untuk mendekati pemain pasukan utama Manchester City FC, serta lawatan ke Stadium Etihad

- Tiket VIP untuk menonton secara langsung perlawanan antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Cara penyertaan :

- Beli mana-mana produk Dashing atau Elite sebagai bukti pembelian.

-SMS sebelum 31 Disember 2015 ini.
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Boleh join peraduan ni..mana tau ada rezeki kan..:)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign