Dec 5, 2015

Food Review : Breakfast Buritto Terkenyang Di Plan B Mid Valley

Alkisah Isnin yang lepas, dijemput ke event Launch Nikkori Pear And Japanese Sweet Potatoes di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur . Macam biasa sampai awal, kali ni naik komuter , perut pun berkeroncong, jam dah pukul 10, ada masa lagi sejam. Terus singgah ke cafe Plan B sebab selalu kami sekeluarga lalu je, macam best je kan.




Ok sebelum order, kita selfie haha. Tak snap banyak gambar, sebab tahap lapar mengaburi minda dan mood time tu. Customer pun ada 2 orang je, yang asyik dengan hidangan dorang.




Wah, banyaknya menu bertemakan western. Yumssss. So kita fokus pada menu breakfast dan brunch. Dah lewat lagipun. Ku pilih Breakfast Burrito RM25 dan Orange Juice RM8.50 Harga boleh tahan. Sekali sekala layan tekak demand ni. Tak salah kita berbelanja, makan setelah penat bekerja. Lagi berkat kita belanja mak, abah, suami dan anak2.

Oh ya, aku teringin nak makan salmon tapi banyak review kata salmon dish kat Plan B masin huhu. Tapi kopi dorang awesome. Aku tak order sebab malam nanti nak tidur awal.



Tadaaa, wahhh banyak, besar saiz hidangan ni. Mula tengok macam alaaaa macam ni ke harga RM25 ????? Tapi after 1 bite..... peggggghhhhh so delicious. Ada hashbrown yang rangup, ada burrito dibalut dengan, omelette, cajun, avocado, olive, beef slice, sour cream, onion...... memang sedap dan mengenyangkan, sampai tak habis seketul. Aku minta tapau hehe.

Orange Juice tu memang pure, tiada gula tambahan dan ais. Memang menyihatkan. Unik kan botol air kosong tu. Macam botol ubat dekat farmasi hehe.Jangan membazir ok. Nanti boleh datang cuba menu lunch, dinner, desser pulak. Suasana memang santai, relax, coll, best. Banyak section tempat duduk boleh pilih, ada sofa, ada bangu yang unik.


PLAN B

6-073 - 075,
Ground Floor, Mid Valley City, Medan Syed Putra Selatan,
Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dibuka setiap hari
9:00 PG – 11:00 PTG

posted from Bloggeroid

3 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign