Dec 30, 2015

Harga Yuran TABIKA KEMAS 2016

TABIKA KEMAS atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak Kemajuan Masyarakat menjadi pilihan kami untuk permulaan sekolah buat si Adam Darwiish pada tahun 2016. Macam papa mama dia dulu, sekolah TABIKA KEMAS je . Alhamdulillah macam tak percaya cepatnya masa berlalu, terasa exited pulak mama nya haha.



Mungkin korang dah siap semua persiapan untuk anak-anak. Tak de lah pening kepala. Bagi kamI yang first time ni tergagau-gagau lagi. Tapi Alhamdulillah bantuan jiran, dapat no phone cikgu , so kita whatsapp2 dengan cikgu. Zaman sekarang kan.... canggih manggih. Kalau yuran tadika / tabika swasta dengarnya ada mencecah RM400 , TABIKA KEMAS murah sikit sebab ada bantuan kerajaan. Tak kisahlah mana-mana janji kita mampu dan mudahan anak kita belajar dengan tekun dan bijak Inshallah. Amin.


Ok tadi suami dah settle kan bayaran yuran. Tapi tak pasti kalau harga ni sama untuk TABIKA KEMAS seluruh Malaysia. Yang ni untuk daerah Hulu Selangor. Jumlah keseluruhan RM200, tapi pada yang kurang berkemampuan. cikgu tu bagi bayar secara ansuran. Ye lah, mana yang anak ramai tu, mesti tak berapa nak cukup kan. Alhamdulillah cikgu ni memahami.

Bayaran pendaftaran dan pakaian TABIKA KEMAS 2016 :

RM 15.00 Yuran pendaftaran / Insuran
RM 25.00 Yuran Januari
RM 23.50 Uniform TABIKA
RM 24.00 Baju sukan
RM 15.00 Buku kerja & latihan
RM 20.00 Alat tulis, warna, fail & tag nama
RM 32.50 Baju hari Jumaat
RM 15.00 Yuran sukaneka
RM 15.00 Yuran konvokesyen & anugerah
RM 15.00 Yuran hari potensi DUN & Parlimen

Jumlah keseluruhan RM200.00

Sekarang baru tahu macam mana rasa mak abah kita dulu mencari duit nak menyekolahkan kita. Dengan adik-adik lagi. Besar pengorbanannya. Mudahan anak mama Darwiish menjadi anak yang bijak, mudah faham apa yang cikgu ajar, dapat bergaul dengan rakan dengan baik dan menjadi pelajar terbaik dikalangan yang terbaik...Inshallah....Amin Ya Allah

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. tak kisah di mana-mana, yang penting anak-anak gembira

    ReplyDelete
  2. mog Darwiish jadi anak yg membanggakan ibu bapa

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign