Dec 30, 2015

Honey Créme Kini Di Desa Sri Hartamas

Sebut pasal aiskrim, dah terbayang manisnya, sejuknya dan warnanya yang mengiurkan. Biasa kita makan aiskrim biasa je kan, kali ni nak share pasal Honey Créme . Aiskrim lembut , organik lagi menyihatkan hasil join ventures Korea dan Taiwan. Alhamdulillah dijemput memeriahkan majlis perasmian outlet Honey Créme pertama di Klang. Tak sabar nak rasa aiskrim organik hehe.




Honey Créme Desa Sri Hartamas merupakan outlet pertama di Klang selepas Pulau Pinang. Ianya berkonsepkan cafe. Boleh lepak2 dengan tersayang sambil makan aiskrim. Feeling macam di Korea-Taiwan haha.




Sebelum layan aiskrim, jom kita tengok dekorasi dalam Honey Créme . Wahhh meriah cone aiskrim yang warna warni tu kan. Oh ye ada pilihan sama ada kita nak aiskrim dalam cone atau cup.Ada macaroon, madu siap dengan sarang sekali. Wahhhh terasa
manisnya kan.



Sambil tunggu order disiapkan, boleh tengok staff Honey Créme sediakan aiskrim secara live. Jangang risau kebersihan terjamin, dan mesra pelanggan.


Organic Cotton Candy Affogato
Favorite aku . Sedap sangat. Suka kombinasi milk ice-cream dengan cotton candy yang dicampurkan dengan expresso. Kaya dengan aroma kopi, rasa pahit, manis dan lemak. Sesuai sangat untuk penggemar kopi.


Honey Comb
Yang ni pun best.Nama pun peminat madu kan. Happy sesangat, dapat makan sarang lebah tu hehhhe. Organik lagi selain berkhasiat kerana mengandungi banyak mineral, asid amino dan enzim baik. Kalau di Korea, dorang jadikan tonik kesihatan.






Tekstur Honey Créme memang lain daripada aiskrim biasa. Mungkin ia organik jadi rasanya lebih halus, pure sedap dan manis semulajadi. Sangat sedap kalau kita combine kan dengan topping yang sedap seperti pop corn, madu, coklat, cotton candy dan bijirin.





Maaf terlajak possing. Sebenarnya join contest selfie masa ni, tapi tak ada rezeki dapat tajaan Honey Créme selama setahun huhu.



Apapun terima kasih Honey Créme . Happy anak-anak makan aiskrim. Tak yah risau sebab ia menyihatkan. Rasa manis semulajadi dari madu. Harga pun berpatutan. Rugi kalau korang tak cuba. Boleh kunjungi Honey Créme nanti bawa adik, anak dan orang tersayanh menikmati aiskrim organik dan menyihatkan dengan topping yang super awesome. Pilih jangan tak pilih.


Honey Créme

Facebook :
https://www.facebook.com/HoneyCremeKL

Instagram :
CremeHartamas

Alamat :
20, JLN 27/70A,
Desa Sri Hartamas, 50480 KL

Waktu Operasi :
Isnin - Khamis 12pm – 10pm
Jumaat - Ahad 12pm – 11pm

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. sedapnya.. teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
  2. Hai mama darwish..tQ amik gambo saya hritu..hehe..sorry tak friendly sangat haritu..saya pemalu orgnya..ahakssss..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign