Dec 23, 2015

Jerawat Makin Kecut, Parut Makin Pudar Dengan Sabun Pewiit (Review)

Sabun Pewiit cute pulak bunyinya kan. Unik, sempoi dan lain daripada yang lain. Tetiba teringat dekat Amy Search haha. Memang dah lama nak cuba sebab banyak testimoni berjaya menggunakan Sabun Pewiit terutama untuk kulit berjerawat, berminyak dan bermasalah macam aku. Dan yang paling special, ramuannya adalah tradisional seperti bunga cengkih & kayu manis tak macam sesetengah produk yang banyak bahan kimia.



Cantikkan packaging nya. Unik, macam kulit kayu manis. Kalau kayu manis, dah biasa guna masa zaman sekolah dulu, tonyoh belakang bontot pasu, sapu pada jerawat bagi kecut hehe. Tapi bunga cengkih... baru first time dengar. Dalam kepala duk imagine adakah bau herba kulit kayu manis dan bunga cengkih ni terlalu kuat... emmm korang rasa ???





Ramuan dan khasiat Sabun Pewiit :

Diperbuat daripada kulit kayu manis, bunga cengkih , vitamin C dan kolagen. Vitamin C dan kolagen memang sinonim untuk kecantikan kulit, awet muda, anti-aging, anti-wrinkles dan banyak lagi.

Bunga cengkih pula mampu mengatasi dan merawat masalah sinus / resdung. Ia sangat kaya dengan mineral, kalium, natrium, fosfor, zat besi serta vitamin A dan C. Bersifat anti-oksidan, dan anti-septik yang membunuh bakteria, kuman dan jerawat.

Kulit Kayu Manis pula membantu menyembuhkan dan mengecutkan jerawat dari akarnya. Selain mengurangkan kedutan dan garis halus serta merangsang peredaran darah. Kulit akan menjadi lebih halus, cerah, lembut dan sihat.




Sabun Pewiit ni berwarna hijau emerald gitu. Besar pulak tu. Aku potong jadi 8 ketul hihi. Jimat sesangat kan. Bukan apa, saja cuba sikit dulu, takut tak sesuai, sayang pulak, nanti membazir.

Ingatkan baunya kuat, tapi tak. Bau dia menyegarkan. Ada bau bunga cengkih dan kulit kayu manis yang tak ketara. Kalau korang tengok pada sabun tu, akan dapat tengok ada serbuk bunga cengkih dan kayu manis.

Cara penggunaan Sabun Pewiit :

Sama aje macam sabun muka yang lain. Buihkan dengan air, kemudian bilas dan lap kering. Sabun Pewiit ni buih dia tak meriah sangat, tapi sangat ringan dan halus buihnya. Ada sensasi dingin sikit. Dan yang paling special, ia tak mudah cair. Letak la dalam bilik air ke, sink ke, teksturnya tetap macam tu. Suka sangat !!!



Ya aku suka sangat dengan Sabun Pewiit betul tak tipu ia sangat serasi dengan aku. Alhamdulillah jerawat bahagian bawah pipi semakin surut, sebelum ni sampai bernanah, bengkak tau. Dengan Sabun Pewiit, Alhamdulillah semakin surut, kecut dan memudarkan parut. Ini pun tak sampai sebulan pakai. Korang yang berminat , sekarang ada harga special promotion iaitu hanya RM 36 tidak termasuk postage Harga asal RM45 tidak termasuk postage
Untuk sebarang pembelian boleh :


Whatsapp :
014-513 5891

Call / SMS :
010-986 8215

Facebook :
Produk Kecantikan Murah Terlaris - ORIGINAL

posted from Bloggeroid

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign