Dec 16, 2015

Sepetang Bersama Anak-anak Di KIDZANIA

Kidzania antara taman tema, yang menjadi lokasi pilihan ibu bapa untuk menghiburkan anak2 sambil belajar. Selain Kuala Lumpur, Malaysia, Kidzania terdapat diserata dunia seperti Jeddah, Jakarta, India, dan banyak lagi. Alhamdulillah minggu yang lepas diberikan peluang oleh pihak Positive Parenting & Kidzania untuk kami seisi keluarga merasai pengalaman menarik di sana. Yeahhhhh seronoklah si Darwiish nanti.



Kidzania ni lebih kurang seperti dunia sebenar tetapi versi kanak2. Maksudnya di Kidzania ni menerapkan konsep kehidupan sebenar, bagi melatih anak2 beseronok, bermain, bekerja sambil belajar. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan menambah kenalan. Di Kidzania kita yang dewasa turut teruja dan seronok melihat suasana di Kidzania yang seakan dunia sebenar. Melihat anak2 ,membawa diri di alam mereka.




Sangat luas, macam2 ada. Konsepnya macam ni, sebelum masuk kita perlu mendaftar dan mendapatkan tiket dan akan diberi 'cek' . Dengan cek tadi anak2 boleh berbelanja dan mencari kerja untuk mendapatkan 'gaji' . Setiap pekerjaan yang dilakukan akan diberikan 'gaji' . Bila dapat gaji, si anak2 boleh berbelanja, sama ada nak beli makanan, mainan atau cenderahati. Setiap pekerjaan terdapat had umur, sesuai untuk anak2 berusia seawal 3 tahun hingga 17 tahun.



Oh ye, papa Darwiish belikan dan daftar Kidzania Passport unt Darwiish. Tak silap hanya RM30 dan boleh guna sehingga anak kita usia 17 tahun. Dengan ada passport ni, gaji Darwiish akan dapat extra gaji sebab Darwiish dah jadi sebahagian warga Kidzania. Lepas tu kalau nak beli barang akan dapat diskaun. Kalau nak simpan gaji Darwiish pun boleh, next time boleh guna lagi. Dan akan dihubungi Kidzani sekiranya ada sebarang promosi dan sebagainya.



Darwiish kami mula bertugas. Sebagai mak ayah, tak perlu kita selalu dekat, kita bagi dia berdikari. Jangan risau Kidzania selamat, ada safety guard, staff yang sentiasa mengawasi Inshallah. Darwiish bekerja sebagai Pegawai Perlancongan hehe. Belajar setup page perlancongan. Seronok dia explore.



Di Studio Stabilo belajar seni, berkreatif menggunakan warna. Seronok dan lucu tengok Darwiish pakai uniform. Tak sangka dia berani, dan bersungguh untuk dapatkan gaji dan seronok dengan aktiviti disediakan.




Yang ni masa bekerja sebagai Junior Cashier, kalau nak jadi pelanggan pun boleh tapi duit keluar. Darwiish nak kerja hehe. Comel kan. Ohh ye setiap sesi pekerjaan memakan masa 15-20 minit untuk diselesaikan.




Macam2 lagi kerja yang dibuat Darwiish. Seronok betul dia. yAlhamdulillah dapatlah dia Z190 . Dia beli satu botol air. Yang selebihnya nanti datang lagi haha. Pandai berjimat ye anak mama. Alhamdulillah hehe.





Antara selfie, wefie kami anak beranak haha. Nanti pergi nak snap photo lebih fokus dan cantik. First time ni terlebih exited . Ada bermacam lagi, tak sempat nak join semua ada kilang Spritzer, Pos Malaysia, Kilang Yakult, Stesen TV, Mahkamah, Restoran, Bank, Hospital, Farmasi dan banyak lagi.Oh ye kalau nak info lanjut / belian tiket boleh la ke Kidzania



Kidzania Kuala Lumpur

Curve NX, No. 18,
Jalan PJU7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

+60 1-300-88-5439
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. wahhhhbest-best nanti nak bawak anak2 pergi kat sini

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah chinese new year nanti nak repeat ke sini.
    byk lag kidzos anak2.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign