Dec 23, 2015

Masalah Kulit Kering & Kusam Tiada Lagi Dengan Hydraluron By Indeed Laboratories (Review)

Hydraluron By Indeed Laboratories mampu merawat masalah kulit kering. Tak dinafikan sebelum ni memang kulit muka aku dikategorikan jenis kulit bermasalah dan berminyak. Tapi lately kadang2 kulit muka terasa kering, mungkin disebabkan faktor cuaca, udara, kurang minum air masak dan duduk di dalam bilik berair-cond terlalu lama.



Hydraluron By Indeed Laboratories merupakan rangkaian produk penjagaan kecantikan terkemuka dan berkualiti tinggi dari Kanada yang diimport melalui Muse by Watson Terpanggil untuk mencubanya kerana ia membantu permasalahan kulit kering. Terdiri daripada 3 produk utama iaitu :

Hydraluron Moisture Booster
Hydraluron Moisture Boosting Mask
Hydraluron Moisture Jelly

Masalah kulit kering ni penjagaannya sama je pentingnya dengan masalah kulit berminyak. Tak boleh dipandang remeh. Kulit yang kering ni mempercepatkan proses kedutan tau....ohhh tidakkk

Hydraluron By Indeed Laboratories sangat bagus untuk kulit bukan sahaja untuk kulit kering, malah untuk semua jenis kulit kerana ia berasaskan Hyaluronic Acid iaitu asid semulajadi yang membantu melembabkan, mengekalkan lembapan pada kulit. Ia makin berkurang seiring peningkatan usia.



Hydraluron Moisture Booster RM 115.60 / 30ml)
Merupakan serum atau agen pelembab kulit wajah . Dihasilkan menggunakan Red Marine Algae yang membantu menganjalkan kulit muka selain Hydraluron Acid yang bertindak melembabkan kulit wajah.

Caranya mudah sahaja, picit sedikit dan ratakan diseluruh wajah. Dan korang akan dapat rasakan sensasi cooling tu. Rasa sejuk je. Tekstur un tak melekit, smooth dan mudah serap. So takde lah kulit kita kering, mengelupas dan berkedut sebelum usia. Ohh ya boleh dipakai sebelum tidur ok. Nanti bangun pagi kulit muka terasa segar, tengang, anjal, lembut je.




Hydraluron Moisture Boosting Mask
RM 21.10
Aku memang kaki mask. Tapi mask yang ni lain dari yang lain, kerana ia didatangkan dengan 3D time release Hyaluronic Acid mampu melembabkan kulit wajah sehingga 24 jam. Sama macam serum tadi, kulit wajah akan rasa sejuk, fresh, lembab dan glowing hehe. Dan yang penting kulit tak kering lagi. Kalau kulit normal, bermasalah pun still boleh pakai ok.



Macam biasa, bersihkan muka, lap kering dan baru boleh pakai mask. Ratakan dengan jari, biarkan 15 minit, cabut dan urut perlahan muka supaya ia serap ke dasar kulit. Yang bestnya mask ni siap cover bahagian mata. Oh ye ada lagi satu iaitu Hydraluron Moisture Jelly yang harus aku grab lepas ni. Dengarnya ada sales sekarang.



Produk Hydraluron By Indeed Laboratories hanya boleh didapati secara ekslusif di Muse by Watson, Sunway Pyramid atau ke Watson terpilih iaitu KLCC, Alamanda, Paradigm Mall dan Bandar Utama




Indeed Labs FB :
https://www.facebook.com/indeedlabs/?fref=ts

Indeed Labs Website :
http://indeedlabs.com/

Muse by Watson FB :
https://www.facebook.com/MusebyWatsons/?fref=ts

Muse by Watson Website :
http://www.watsons.com.my/musebywatsons

Online Shop :
http://www.watsons.com.my/

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. jom join giveaway blog ika :)

    http://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign