Dec 1, 2015

Media / Blogger Event : Discover Quality European Organic With Organicity

27 Nov 2015, Jumaat yang lepas, dijemput menghadiri event media blogger dari Organicity bagi mempromosikan serta memberikan maklumat yang lebih tepat mengenai produk organik berkualiti tinggi dari Eropah khususnya Itali. Majlis berlangsung dengan meriah, dihadiri rakan wartawan, blogger dan rakan media yang lain bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.




Diberikan maklumat serta pendedahan yang lebih telus dan tepat daripada Organicity yang merupakan projek (European Union) yang pakar dan terlibat dalam pensijilan, standard dan piawaian organik peringkat antarabangsa. Selain membantu meluaskan pasaran produk organik di Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, India dan Brazil.

Organik.... yang berkualiti tinggi haruslah bebas dari semua jenis racun, racun serangga, racun perosak, GMOS, anribiotik, dan penggalak tumbuhan dan beberapa standard lain yang perlu dipatuhi. Sebab itulah kebiasaannya harganya lebih mahal kerana kualitinya, selamat, sihat dimakan.





Di sana kami berpeluang melihat produk2 organik berkualiti tinggi seperti keju organik, minyak zaitun dara organik, pasta organik, biskut, bijiran, produk tenusu, jem,madu, jeruk, cuka, wine malah buahan dan sayuran yang begiti segar. Lain kualiti dan warna produk organik ni, warna lebih natural, segar je.





Selain seminar tu, ada juga demonstrasi masakan dari chef handal dari Itali iaitu Chef Federico Michieletto, Chef Fabio Ruggiero menggunakan bahan dan produk organik. Wahhh bestrt nya Alhamdulillah






Antara makanan yang disediakan. Alhamdulillah semuanya sedap. Sedap makan produk organik. Berbeza sangat. Kalau sayur, salad tu, daun dia manis, lemak je.Kalau keju tu memang pure la. Yang penting menyihatkan. Ada salad, salmon , pasta, chicken skewer , bruchetta, canape semuanya Italian Food. Buennoooo :-)






Kenangan bersama rakan media,blogger yang lain dan cenderahati dari Organicity .Boleh dapatkan produk organik bermutu tinggi ni disetiap rangkaian Jaya Grocer dengan harga berpatutan dan semestinya berkualiti tinggi dan menyihatkan.

Media Released : https://mediawritingfocus.wordpress.com/
Info :http://organicityproject.eu/en/
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Best nya. Pernah juga berangan nak bagi organik je kat anak2. Hehehe

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign