Dec 4, 2015

Media Blogger Event : Launch Of Nikkori Pear And Japanese Sweet Potatoes

30 November 2015 yang lepas, berlangsungnya Launch Of Nikkori Pear And Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Bro Framestone kerana sudi menjemput. Majlis perasmian penjualan 2 produk tanaman dan buahan premium, agriculture dari Jepun iaitu Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes hasil kerjasama Aeon Big, EUROFARM dan Zen Noh.



Majlis diserikan dengan ucapan dan penerangan dari Mr Takesgi Takahasgi, Mr Harumi Nakagawa dan akhir sekali dari Mr Mitsuru Nakata iaitu Managing Director, Aeon Big. Katanya, mulai tahun depan lebih banyak produk makanan dan segar dari Jepun akan memasuki pasaran Aeon Big seperti ikan dan sayuran seiring permintaan masyarakat Malaysia yang kini mementingkan sumber makanan yang sihat dan berkualiti. Selain memperkukuhkan ekonomi, teknologi dan persahabatan antara dua negara.






Nikkori Pear didatangkan segar terus dari Jepun yang mula dituai sejak Oktober lalu. Merupakan buhan yang unik dan ditanam secara agriculture. Unik kerana warnanya keemasan dan berat sebiji boleh mencapai 1kg. Ibaraki Japanese Sweet Potatoes datangnya dari wilayah kedua terbesar iaitu Wilayah Ibaraki. Menjadi pilihan utama kaum wanira dan kanak2 di Jepun kerana sumber karbohidrat mengenyangkan dan menyihatkan




Boleh dapatkan sekarang hanya di Aeon Big, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dengan harga promosi. Kat tempat lain tak dapat harga menarik ni tau. Kualiti premium yang dijamin.




Antara rakan blogger yang memeriahkan majlis. Kami bergroufie dengan bos besar Jepun hehe.Koniciwaaaaa .



Buah pear ni memang besar dari pear yang biasa. Biji pun kurang. Berat mencecah 1kg. Sangat manis uolsss. Berjus, banyak air...rangup, bau harum je dan menyejukkan badan. Sebiji makan 4 orang pun tak habis. Kalau biasa tengok cerita Jepun, Korea dorang selalu makan, siap buat tambahan dalam kimchi, perapan daging dan jus.



Sweet potato ni pulak, kurus je. Kulit dia macam purple sikit. Boleh dikukus, rebus, bakar dan panggang. Sangat empuk, lembut, wangi dan manis. Dah macam makan cicah gula. Sedapnya. Mengenyangkan. Jangan lupa serbu Aeon Big, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Nikkori pear ni memang fav SA...sedap..baru2 ni beli 3 biji RM15 kat MBG....

    ReplyDelete
  2. wargh....nampak sedap...tak penah try lagi..

    ReplyDelete
  3. saya rebut sweet potato tu sedap

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..memang sedap sweet potato tu..musim winter selalu derang akan bakar macam tu...manis, harum dan berlemak. Buat kuih keria pun sedap tau. Derang panggil sweet potato bakar kat sini..Yakiimo..hehe..totemo oishii !!

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign