Dec 9, 2015

Peluang Jadi Paleontologist Di DISCOVERIA EVENUE K

Cuti sekolah hampir berakhir. Discoveria Avenue K antara lokasi percutian dan hiburan bagi kanak2 yang interaktif dan attractive di Kuala Lumpur. Selain bergembira anak2 mampu menambahkan ilmu. Kembali meneroka ke 250 tahun yang lalu di era Mesozoic. Alhamdulillah hari tu ada menang 3 tiket ke Discoveria jadi dengan happy nya kami ke sana hehe. Tak sabar memburu dinasor




Harga tiket masuk ke Discoveria Avenue K pun berpatutan. Harga serendahRM25-kanak2, RM35-dewasa dan RM19-warga emas untuk kita kembali ke zaman dinasor. Tapi sayang, dilarang mengambil gambar, merakam dan sebagainya.




Sebelum masuk, kami selfie dulu hihi. Tak sabar muka masing2. Dalam hati risau juga kalau si Darwiish dan Bella menangis , takut dengan dinasor.



Sebelum mula meneroka dinasor, pengunjung dimestikan memakai RFID wrist band, lampu suluh dan Paleontologist vest wah feeling like Indiana Jones hehe. Comel pulak si Bella, pakai baju besar tu. Yang ni papa Darwiish minta staff ambik gambar. Mengelat tak nak kena bayar haha.



Dibekalkan dengan peta untuk mencari spesimen dinasor. Kena selesaikan misi, nanti boleh tebus cenderahati. Kat dalam nanti pengunjung boleh liihat dinasor animatronik iaitu replika dinasor yang boleh menggerakkan sebahagian daripada anggota bada seperti ekor, mulut, dan mengeluarkan bunyi. Darwiish dan Bella memang menangis dan takut pada mulanya. Maklumlah kiri kanan dinasor heh. Tapi ok lepas tu. Memang kami x snap photo sebab kami pengunjung berkhemah. So kalau korang nak tengok, alami sendiri kenalah ke Discoveria Avenue K





Antara soft game yang ada diluar . Seronok dorang duk main. Seronok explore Dimetrodon, Spinosaurus, Protoceratops macam2 nama dinasor. Oh ye kat dalam tadi ada wall climbing juga.




Haha bergambar dengan telur dinasor. Time lapar nampak macam macaroon kan. Time kenyang geli pulak aku. Memang best bawak anak2 ke sini, sebab selain anak2 mak bapak pun dapat pengalaman, ilmu baru. Dapat lihat bagaimana kehidupan di zaman dinasor.




DISCOVERIA AVENUE K

Level 4, Avenue K,
156, Jalan Ampang,
Kampung Baru,
50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dibuka : 10:00 PG – 7:00 PTG

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Sesuai sangat bawak anak2 ke sini kannn..bestnya dapat teroka pengalaman camni..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign