Dec 11, 2015

Positive Parenting Kini Di Kidzania

Positive Parenting merupakan program pendidikan yang diasaskan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk memperkasa ilmu keibubapaan, kanak2, serta penjagaan keluarga secara amnya. Alhamdulillah , Ahad lepas dijemput untuk memeriahkan majlis perasmian Positive Parenting yang kini berkolaborasi bersama Kidzania yang acaranya bermula sejak Sabtu , 5 Dec 2015.



Positive Parenting diwujudkan sejak tahun 2000 yang matlamat utamanya merapatjan jurang terutamanya dalam ilmu keibubapaan supaya segala ilmu, info dapat disampaikan secara telus. Nasihat, panduan, tips dari Positive Parenting disampaikan oleh pakar dan profesional.





Acara perasmian dirasmikan dengan sesi menandatangani logo plaque kolaborasi antara Positive Parenting dan Kidzania Kuala Lumpur serta persembahan menarik dari pemuzik Kidzania.




Antara aktiviti anjuran Positive Parenting adalah penerbitan artikel percuma fi setiap pediatrik swasta mahupun kerajaan, O&G Klinik , hospital. Selain artikel akhbar serta forum, seminar dan ceramah bagi membantu pengurusan keibubapaan secara profesional dalam mendidik anak2 serta membentuk keluarga.



Terima kasih Pini Zul sekretariat Positive Parenting yang sudi menjemput ke majlis tersebut. Baik, manis dan peramah orangnya.




Possing sebelum majlis berlangsung. Mudahan menjadi ibu bapa yang bagus dalam mendidik anak2 selepas ini. In Sha Allah. AMIN
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Baguskan program sebegini?
    Semoga banyak membantu ramai parents di zaman moden ini.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign