Dec 20, 2015

Resepi Creame Brulee

Creme Brulee merupakan pemanis mulut yang berasalan dari Perancis. Ia berasaskan kastard yang berkrim dilapisi dengan lapisan kerak gula hangus diatasnya. Kebiasaannnya creme brulee dihidang dengan suhu bilik.Perisa asli creme brulee adalah vanilla, tetapi sekarang banyak diubah dari versi asal. Nama lain creme brulee adalah Burnt Cream, Crema Catalana, Trinity Cream

Resepi creme brulee versi aku adalah antara yang paling mudah, simple dan pasti jadi Inshallah. Selamat mencuba.



Bahan-bahan :

4 biji kuning telur
1 sudu besar gula kastor
600 ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanila

Gula pasir halus secukupnya untuk topping yang akan dibakar.




Cara penyediaan :

- Dalam satu mangkuk kecil, pukul sehingga sebati kuning telur + gula kastor. Tak perlu sampai kembang.

- Panaskan whipping cream secara double boiling, pastikan air dibawahnya mendidih perlahan. Kacau perlahan, jangan sampai hangus.

- Bila whipping cream sudah mula suam, masukkan campuran kuning telur tadi perlahan2 sambil mengacau whipping cream tanpa henti. Kacau sebati, perlahan2 dan masukkan esen vanila sehingga agak pekat.

- Sediakan mangkuk khas untuk creme brulee, tapis adunan tadi dan tuangkan ke dalam mangkuk.

- Letakkan mangkuk berisi adunan tadi ke dalam tray oven yg berisi air dalam 2.5 cm atau separuh dari paras creme brulee.

- Bakar dalam masa 30 minit dengan suhu 135-140°.

- Dah masak, keluarkan dari oven, sejukkan selama 4 jam. Taburkan gula pasir halus, dan dapatkan kesan terbakar dengan menggunakan blowtorch. Siap untuk dihidangkan.





Tips tambahan :

- Kalau tak ada gula kastor, boleh je adjust gula pasir atau icing. Tapi mungkin efek pada tektur nanti.

- Kalau tak ada blowtorch, boleg bakar dalam oven, gula api atas sahaja 180° 5-10 minit. Jangan sampai hangit pulak creme brulee tu. Just nak dapatkan kesan terbakar gula tu. Supaya ada lapisan keras di atas

- Nak cepat sejuk, masukkan dalam peti ais

- Pada yang alergik telur... jangan cuba dessert ini hihi

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. hehehehe saya terliur ni kak ain.
    terima kasih lah ye :p
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. terliur ni.. tunggu cuti lah nak buat...

    ReplyDelete
  3. wah... ni mmg feveret kita. tapi x nah wat selalu dok beli cream brulee cheese cake kat secret recipe ja. pas ni blh la org cuba.... :)

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap! Tq share resepi... シ

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign