Dec 19, 2015

Sepetang Bersama Meet & Greet Pelakon Azrel Ismail

Kalau Korea ada pelakon lelaki yang berbakat, tinggi, putih dan handsome Kim Woo Bin, Malaysia pula ada Azrel Ismail si handsome, dark, tall lagi talented yang makin popular selepas drama Syurga Nur di TV3. Tak sangka pula minggu lepas dijemput pihak Azrel ke Meet & Greet Event With Azrel Ismail bertempat di Peter & Mawar Restaurant yang merupakan salah satu tempat makan dan lepak kegemaran Azrel Ismail.



Meet & Greet Event With Azrel Ismai bertujuan merapatkannya dengan para peminat dan media. Event ini dimeriahkan oleh para penyokong dan fan club Azrel, selain blogger dan wartawan majalah URTV . Bagi aku, event sebegini memang bagus , sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang meminati , mengikuti dan menyokong kerjaya kita. Actually ini kali pertama aku sertai Meet &Greet Event seumpama ini.




Di event ini juga diperkenalkan penyanyi baru iaitu Hady Rahim dan Izzmad Harun yang sangat berbakat dan bersuara lunak lagi power. Persembahan dorang pun sangat menghiburkan dan mesra penonton. Actually mereka bertiga di bawah satu syarikat pengurusan yang sama dengan Azrel Ismail iaitu Global Solution Resources





Event ni memang meriah, dengan peminat, fan club Azrel yang havoc dan meriah. Azrel pun sangat sempoi, mesra dan sangat melayan mesra para peminat dan undangannya. Diadakan juga lucky draw, sesi soal jawab, sesi fotografi, selfie, contest wefie dan banyak lagi selain peluang makan bersama Azrel. Yang pasal makan ni nantikan entri khas tau, sebab best sangat hihu.


Cantik tak kek ni. Kek sempena filem Azrel Ismail yang bakal ditayangkan nanti.


Ucapan khas dari Miss Nabilah Manager Peter & Mawar Restaurant selaku penaja lokasi. Sangat cantik dan peramah orangnya.





Haha, sporting kan. Masa ni kitaorang tengah join contest wefie untuk instagram. Tak sangka menang walau tempat ke-4. Tq pada blogger Sally Samsaiman Paling win, mereka ya menang makan malam mewah bersama Azrel malam tahun baru nanti. So jelesssss hahah




Antara blogger yang hadir Sally, Anil Wanina, Aqila, Dik Bee selain fan club Azrel.Mudahan kerjaya Azrel dan mutu lakonan bertambah bagus. Keep that positive attitude, In Sha Allah boleh pergi jauh. Jangan sesekali menyombong dan lupakan mereka yang banyak menyokong. Jangan lupa 2016 bakal ditayangkan banyak filem dan drama dari Azrel Ismail. Keep support our best new talent :-)




Blog :



Instagram :

Twitter :

Facebook :

Official Fan Club :

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. wiwiwi bestkannnnnnn hehehe till we meet again kak ain! <3333

    ReplyDelete
  2. Comel keknyaaa.. Sayang nk makan klu dapat kek gittu ekekek

    ReplyDelete
  3. pelakon baru ekk.
    ada perasan dia ni ...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign