Feb 26, 2015

Resepi Puree Baby

Resepi Puree Untuk Baby harus dicuba untuk si kecil.Sebab ianya ternyata lebih berkhasiat, selamat dan bersih selain menjimatkan.Daripada kita beli makanan baby dalam tin atau botol yang kurang berkhasiat lebih baik kita sediakan sendiri kan.Tapi lain orang lain cara terutama mama yang berkerjaya.

Selalunya puree boleh dibuat dari buahan dan sayuran.Kalau untuk baby berusia 6bulan seeloknya dikisar atau ditapi, dan cair sedikit sebab baby dan ususnya baru belajar mengenal makanan.


Untuk sayuran boleh cuba brokoli, carrot, ubi kentang, ubi keledek atau labu.Potong kecil dan cuci bersih.Kemudian kukus atau rebus sehingga lembut.Lebih baik kukus untuk kekalkan nutrisinya.Kemudian kisar, lenyek sampai halus.

Kalau buahan
epal, pear, pun sama, kena kukus.Kalau pisang, avacodo tak payah kukus, just kisar atau lenyek halus.


Boleh disejuk bekukan puree tadi.Pastikan ianya bertutup supaya tidak tercemar.Puree yang disejuk beku boleh bertahan sampai 2 bulan.


Kalau tiada bekas bertutup, tak apa, bila puree dah keras, beku, boleh pindahkan dalam bekas yang lain.Nanti bila nak guna, panaskan aje... Haha ingat ye
jangan tambah sebarang perasa makanan, garam, gula untuk baby tau.Usus diaorang tak sedia nak menghadam benda-benda tu....

Ok selamat berpureeee ♥

posted from Bloggeroid

Feb 25, 2015

Solid Food Untuk Baby Bella

Solid food atau makanan awal untuk baby seawal usia 6 bulan.Solid food ni kira macam makanan perkenalan untuk deria rasa baby.Contohnya macam puree, buahan dan bubur nasi yang dikisar halus.
Macam baby Bella dia alergic dengan nestum so tak boleh la bermalas-malasan heheh.


Tadaaaa home made brokoli puree untuk baby Bella, buat permulaan bagi 2 sudu besar je ye, tekstur pun cair dulu maklumlah perut baby ni cute je.. sediakan air kosong ye, nanti tercekik pulak.Boleh campurkan susu ibu atau susu tambahan untuk tambah kesedapan heheh.


Wahhhh terbeliak mata... sedap ke tidak? Dia pun sibuk nak pegang sudu, lambat kot mama suap ye Bella.


Wah.... sedap la tu... tinggal sikit je lagi ha... Alhamdulillah, tak allergic dengan brokoli.Next time kita try epal, carrot, sweet potato, nasi ye Bella.


Itu dia stok puree untuk baby Bella brokoli & avocado puree.Sekali makan 2 kiub.... emmm moga Bella sihat membesar ye syayanggggg ♥...Nantikan entri berikutnya untuk ketahui resepi home made puree.

posted from Bloggeroid

Feb 18, 2015

Jom Aktifkan Mykad

Jom Aktikan Mykad.Mykad kini mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. bukan hanya digunakan semasa berusan di kaunter-kaunter jabatan kerajaan, boleh digunakan sebagai lesen memandu, kad ATM, Touch N Go dan banyak lagi.

Jom Aktifkan Mykad supaya boleh menyertai Program Smart Shopper yang merupakan salah satu aplikasi terkini Mykad selain 49 aplikasi Mykad yang sedia ada.Banyak kelebihan yang bakal kita nikmati dengan program ini.

Kelebihan Program Smart Shopper :

Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA 

Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup) 

Tidak perlu membawa kad tambahan.

Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput. 

Berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. 

 Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.


Jom Aktifkan Mykad sekarang untuk merasai dan menikmati kelebihan yang ditawarkan  hanya dengan mendaftar dan Jom Aktifkan Mykad anda di http://www.aktifmykad.com/


Jom Aktifkan Mykad anda secara online tanpa perlu berjumpa dengan mana-mana ejen berdaftar dan mengisi borang secara Offline untuk menjadikannya Kad Diskaun dan Kad Ganjaran.
Sangat mudah, cepat dan praktikkal serta amat berbaloi.


Jom Aktikan Mykad merupakan contest yang dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com.

Giveaway #ambank #givealittle


Tamat : 28 Feb 2015

SARANG BURUNG Sedap & Berkhasiat

Sarang burung memang sinonim dengan kaum cina.Tak salah kalau kita nak mencuba asalkan ianya berkhasiat dan Halal.Dah lama teringin nak minum sup sarang burung tapi baru sekarang dapat hehe... kebetulan sempena Chinese New Year tak lama lagi, banyak promosi dan diskaun minuman sarang burung di pasaraya.So time ni lah peluang untuk mencuba.


Sarang burung with white fungus, ginseng and rock sugar.Aki beli jenama Songshang... harga kalau tak silap RM24. Ada macam-macam jenama lagi dan bermacam pilihan.Tapi pastikan ianya ada kelulusan GMP, HALAL.


Satu kotak ada 6 botol kaca yang comel-comel.Lebih kurang botol pati ikan haruan tu.1 botol 70ml.


Minum 1 botol sehari, seelokknya habiskan 1 botol sekali minum.Kena habiskan dalam masa 24 jam selepas dibuka.Goncang sebelum minum ok.


Tengok tu, wahhh meriahnya fungus-fungus, sarang burung tu berenang-renang kan.Dalam 1 botol ada 1 hirisan ginseng.Jangan risau, sarang burung ni tak hanyir atau pahit.Dengan adanya rock sugar atau gula batu, ianya manis dan wangi, sambil dapat kita rasa white fungus yang rangup.Sedap nya

Khasiat sarang burung:

-Mencantikkan, mencerahkan kulit.Ianya setanding kolagen.

-Membantu sistem pernafasan.

-Menyejukkan badan, menguatkan dan memberikan tenaga.

-Jika diamalkan berterusan mampu melembabkan, mencantikkan kulit, sesuai untuk ibu hamil.

posted from Bloggeroid

Feb 17, 2015

KASUTKACA15 GA : CHIFFON BAWAL


Saya seorang yang kelakar, aktif & peramah :)

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015


Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia.

HasrulHassan.com

Feb 16, 2015

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Petua dan herba kongsibersamanora merupakan salah satu contest yang sangat bermanfaat kerana disamping kita bercontest, kita juga dapat menimba ilmu serta dapat berkongsi ilmu.Petua dan herba kongsibersamanora membolehkan kita lebih mengenali kepelbagaian herba yang terdapat di Malaysia khususnya tidak kira jenis daun, sayuran mahupun buahan serta khasiatnya.

Petua dan herba kongsibersamanora sangat sinonim dengan datuk nenek moyang kita dahulu yang mana pada masa dulu mereka berjuang untuk hidup tanpa adanya pemodenan terutamanya dalam aspek perubatan.Pada masa itu hanya dengan herba, mereka memanfaat segala khasiat secara semulajadi.

Daun Kesum

Atau dalam nama saintifiknya polugonum minus, menjadi pilihanku untuk petua herba kongsibersamanora kali ini.Daun kesum berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Vietnam.Antara nama lain bagi daun kesum adalah chinesee knotweed, vietnamese mint.Kebiasaanya ia hidup di kawasan berair, lembab, liar seprti di tepi parit, kolam dan rumah.sejenis tumbuhan yang renek dan lampi.Ianya sukar ditanam tapi bila ia hidup tidak perlu penjagaan yang terlalu rapi cukup hanya kelembapan yang mencukupi.


Daun kesum mempunyai aroma yang unik serta menyegarkan yang mampu menaikkan selera.Malahan ianya mampu menyedap serta menabah rasa dalam sesebuah masakan.Kalau di negara kita biasanya kita masukkan dalam kuah laksa, nasi kerabu, nasi ulam dan ulaman.

Petua Daun Kesum

Menghilangkan kelemumur

Masalah kulit kepala terutamanya masalah kelemumur mampu di atasi dan dirawat dengan menggunakan daun kesum.Ambil segenggam daun kesum, kisar lumat bersama sedikit air.Sapukan pada kulit kepala dan biarkan seketika.Bilas hingga bersih.In sha Allah kulit kepala akan terasa dingin dan segar serta makalah kelemumur akan berkurangan.Amalkan 1 kali seminggu.

Membantu masalah pencernaan
Sekiranya mengalami sakit perut akibat masalah penghadaman boleh rebuskan daun kesum dengan segelas air dan minum air tersebut 2 minngu sekali.Ianya mampu membantu masalah pencernaan serta menghilangkan loya dan mual kerana baunya yang menyegarkan dan unik.


Daun kesum mengandungi beta karotena, Vitamin A , Vitamin C, serat, Kalium, Kalsium dan Fosforus.Baunya yang yang unik dan aromatik mampu menghasilkan minyak pati yang mempunyai bahan kimia aliphatic, aldehyadye 60% dan decanal, dodecanal yang tinggi.Ianya sangat berpotensi dalam industri pemakanan, perubatan dan wangian.

Petua dan herba kongsibersamanora membantu kita berkongsi kelebihan,khasiat serta petua herba yang ada disekeliling kita.Jika sebelum ini kita hanya tahu khasiatnya serba sedikit, sekarang kita sudah mengetahui sedikit sebanyak petua yang bermanfaat.In Sha Allah.


3 entri kegemaran saya dari blog KongsiBersamaNora adalah :

Sebab aku salah seorang peminat tegar mangga dan asam.Sangat terliur dan ingin mencuba resepi tu, nampak mengiurkan hehe.

Peminat susu, dan ada 2 orang anak yang sememangnya minum susu.Dengan membaca entri ni, dapat lebih info yang bagus.

Entri yang sangat bermanfaat dan boleh dijadikan amalan...In Sha Allah.




 "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan olehKongsiBersamaNora bersama penaja 

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com

Tarikh Penyertaan: 6-28 Februari 2015

Jom semua kengkawan kita support dan join giveaway ni.hadiah menarik dah syarat pun mudah.Wish me luck ye semua :)

5 Perkara Unik Tentang Jepun

5 perkara unik tentang Jepun. Uniknya Jepun walaupun belum berkesempatan ke Jepun, negara matahari terbit tu, tapi Jepun memang menarik dan cantik untuk dilawati.Terkenal dengan kemajuan teknologi, peradaban tradisi lama yang seiring dengan pembangunan serta tahap disiplin yang tinggi dikalangan warganya menjadikannya menarik, unik dan dibanggakan.

Uniknya Jepun adalah hasil gabungan daripada tradisi dan kemodenan.Selain kepadatan penduduk kesepuluh terbesar di dunia iaitu 126 juta orang.Jepun merupakan negara kepulauan yang terdiri dari 6852 pulau-pulau.Selain terkenal dengan negara yang paling berdisiplin, bersih dan maju.

5 Perkara Unik Tentang Japan


Geisha

Kalau sebut pasal Jepun mesti kita akan terbayangkan gadis yang wajahnya putih melepak, rambut petak tapi comel hehe.Memang unik kan? Geisha merupakan penghibur profesional yang tetap mengekalkan ciri-ciri tradisional dan budaya Jepun.Memakai kimono, berhias  rapi.Selalunya Geisha akan menghiburkan para pengunjung dengan nyayian, lakonan, tarian tradisional serta upacara majlis jamuan teh yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong.Geisha boleh ditemui di seluruh negara Jepun terutamanya di Kyoto dan yang paling best Geisha ni setaraf selebriti dan fotogenik.




Sakura

Kalau Belanda terkenal dengan Tulip, uniknya Jepun adalah dengan sakura atau cherry blossom.Setiap tahun semua menantikan kehadiran musim ini.Sakura amat simbolik dengan Jepun, kecantikannya yang ekstrem, unik, cepat mati.Bagi masyarakat Jepun percaya bahawa roh-roh pahlawan telah menjelma semula dalam bentuk bunga,Unik nya sakura kerana hanya tumbuh 2 minggu untuk tempoh 1 tahun.Wahhhhh cantik dan unikkan....


Tandas Hi-Tech

Berbeza dengan kita, tandas di Jepun, walaupun ianya tandas awam, semuanya bersih dan berteknologi tinggi.Tahap kebersihan tandas awam sama dengan taraf hotel 5 bintang... wow nampak tak betapa berdisiplin warga Jepun.Kalau nak tahu tandas-tandas di Jepun memang tiada paip, semuanya automatik, macam-macam lagi fungsi yang ada pada tandas hi-tech ni seperti selaraskan kelajuan air, nyah bau, nyah kuman, tambah muzik dan segala bagai.


4 Musim

Selain Korea, uniknya Jepun kerana merupakan negara Asia yang mempunyai 4 musim yang istimewa dan unik iaitu musim bunga, musim luruh, musim panas dan musim salji.Tiga bulan untuk setiap musim.Musim bunga pada bulan March-Mei, musim panas pada bulan Jun-Ogos, musim luruh pada September-November dan musim salji pada disember-Februari.Jadi kalau berhasrat nak main salji boleh la pergi ke Jepun sekarang, dah hujung-hujung ni hehe...


Budaya Pop

Uniknya Jepun kerana merupaka pengeksport  terbesar dunia dalam budaya pop.Tak kira dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa.Fesyen, anime, manga, emoji, permainan video semuanya telah dipelopori oleh Jepun sehinggakan terdapat muzim anime seperti Muzium Ghibli.Doraemon, Ultraman, Hello Kitty yang mampu menyaingi anime, kartun barat.

Uniknya Jepun banyak lagi perkara yang menarik dan unik di Jepun.Melalui pembacaan, rujukan dapatlah melihat sendiri dan mengetahui info tentang jepun khususnya, mudahan diberikan kesempatan juga ke negara matahari terbit tu, untuk merasai dan menikmati sendiri keunikkannya.


Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati


Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah BulananTempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yg mengwar2kan mengenai contest ini :)

Feb 12, 2015

FIRST GIVEAWAY MAWAR PUTIH

FIRST MINI CONTEST BY SI KOSONG


Tamat : 17 feb 2015

GA Simple 2015 by Shad


Greetings and Assalamualaikum.

Jemput join GA Simple 2015 by Shad




Klik Banner untuk Join



Hadiah:


Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang

Top-up RM5 x10 Pemenang

Hadiah Misteri x10 Pemenang



Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org



Tarikh Giveaway ini berlangsung : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)

Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015



=======================

Ads


Program Mykad Smart Shopper 
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya. 
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.

Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!


tamat : 28 Feb 2015

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman



Tamat 16 Feb 2015

Menang Lagi

Alhamdulillah.... terselit lagi.. mekasih semua.... cayokkkk !!!! Semua details dah kasi.... so tunggu MR.Poslaju.






posted from Bloggeroid

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris

Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link :
instagram id : 


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




1st GiveAway WanitaBesiBerbicara


Happy Birthday Emma Yang Ke24


Selamat menyambut hari lahir yang ke 24 teristimewa buat Emma pada 22 Marc nanti In Sha Allah.Semoga Allah memanjangkan usia, memurahkan rezeki, memudahkan segala urusan Emma.Semoga hidup Emma berbahagia dan sentiasa di bawah lindungan Nya selalu...AMin.Oppppsss ada lagi semoga Emma bertambah gojes hehe... happy always dear :)


Feb 10, 2015

Menang & Menang Lagi

Alhamdulillah rezeki muncul lagi.... terima kasih semua penaja, penganjur, rakanrakan blogger semua.Cayoooook !!!







Yang dua kat atas tu contest dan giveaway dari blog.Dan yang bawah no dari facebook, hadiah aweome juga tu, tak silap emas korea bling bling... wish me all thr best :)

posted from Bloggeroid

Feb 8, 2015

Fobia Nak Telan Supplement



Al kisah nak cantik, nak sihat, nak slim punya pasal.Segala vitamin, supplement semua aku nak telan hehe.Dengan vita c, lechitin e, b complex segalanya aku telan.Telan pulak bukan nak telan satu satu, telah segaligus 7 biji, baru minum air... apa lagi dah jem saluran tekak, habis bengkak, nak telan air liur pun sakit.

Ah sudahnya doktor kata akibat telan tablet sekaligus, tablet,kapsul2 tu belaga-laga kat tekak, so tekak pun bengak.Moral of the story, kalau nak makan supplement atau ubatan berbentuk pil, tablet dan kapsul, telan sebiji-sebiji disulam dengan air masak.Jangan jadi cam ni ye...hehe

posted from Bloggeroid

Feb 6, 2015

Menangi iPhone 6 dengan Lets Masak




Anda pandai masak?
Andai tak pandai masak?
Tak perlu pening-pening ye, semuanya mudah dengan Lets Masak.
Lets masak merupakan medium atau laman masakan yang terkini yang mengandungi ribuan resepi yang terdiri dari pelbagai jenis.Antaranya minuman, pencuci mulut, pasta, daging, ayam dan banyak lagi.



Kenapa Lets Masak ?

Banyak resepi menarik
Macam2 kategori, ada kek, pasta, ayam, minuman dll
Gambar yang menarik
Boleh share resepi dan backlink ke laman sosial kita
Boleh kumpul point dan tebus ganjaran
Boleh berkenalan dengan ramai pengunjung
Menjana pendapatan
Boleh join contest dan menang iPhone & wang tunai

Daftar dengan Lets Masak disini


Share Resepi
Bagi korang yang pandai masak, ada resepi yang nak dikongsikan, selepas mendaftar, korang haruslah mencapai sekurangnya 50% progress sebelum submit resepi.Yang paling best dengan lets Masak, kita boleh sertakan backlink laman sosial mahupun blog kita sekali semasa pendaftaran.



Belajar Masak
Kalau x berapa pandai masak jangan bimbang di Lets Masak resepi semuanya step by step disertakan dengan gambar yang berkualiti.Segala tips dan panduan pun banyak.

Jana Pendapatan
Ha best kan dengan hanya share resepi kita boleh menjana pendapatan, boleh collect point nanti boleh tebus point tu yuhuuuuu. Ha kat bawah ni cara nak kumpul point ye.



Menang iPhone & Wang Tunai
Yang ni mesti suke kan hehe... Sekarang Lets Masak dengan kerjasama Hai Blogger ! menganjurkan 1 contest yang mana hadiahnya super awesome habaq hang.

Tempat pertama: iPhone 6 Plus 64Gb
Tempat kedua: Wang tunai RM500
Tempat ketiga: Wang tunai RM400
Tempat keempat: Wang tunai RM300
Tempat kelima: Wang tunai RM200


http://letsmasak.com/?id=635

Klik banner untuk tahu maklumat lanjut.
jangan lupa daftar dulu disini

Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com


Feb 5, 2015

5 Top Item Yang Teringin Beli Di Lazada




Sebut pasal online shopping pasti ingat Lazada.Memang best kalau shopping di Lazada.Sebelum ni pun dah banyak kali shopping kat situ Alhamdulillah memuaskan.
Tapi still banyak item yang aku teringin nak beli huhu, cuma rezeki belum ada lagi, nak tahu apa 5 top item yang aku teringin nak beli tu....meh aku tunjukkan


Uiiii menangis nengok nye, memang dah lama teringin ni, menyenangkan, memudahkan dan menjimatkan masa memasak.Nak memasak feling2 mastercef gitu.Kaler pulak hitam, memang elegan.Lengkap semua ha dengan blender, pemerah jus lagi.


Yang ni lagi lah, boleh sasau perasaan kalau dapat ni.Almaklumlah kita ni wat bisnes kecik2 cookies, kalau dapat oven yang canggih lagi branded cam ni lagi syiok.^ fungsi tu, ada kipas, cool glass macam2 lah yang penting 56liter sangat besau dik non... Doakanlah dapat yang ni sebiji ye ...Amin


Memang hantu baking, so mixer ni ibarat buah hati... sangat minat dengan model yang ni, dengan kaler yang shining, merah lagi, ada ong, bersemangat nak membaking dan yang paling penting ada 8 speed, 4.5liter wow best.



Vacuum lama dah rosak, tengah mencari vacuum yang lebih comel meriah lagi kale nye.Bukan apa ada baby ni ari2 nak kena vacuum karpet, kalau x nanti gatal2 badan terbersin je...Cute kan


Uyooo besau selere keke... yang ni pun bertahun-yahun ngidam nye... senang nak snap memori2 indah ewah... nak2 snap gambar makanan... baru lan cun melecun gambar nak upload di blog kan.Nanti boleh wat part time photography Amin

Kenapa saya suka shopping di Lazada ?

Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Tak payah keluar rumah tersepit dalam traffic jam, orang ramai, bayar duit minyak, tol segala bagai.

Banyak pilihan
Segala mak nenek ada dalam Lazada, dari pakaian, peralatan dapur, gajet, perkakasan rumah, perabot, barangan baby dan banyak lagi.Semuanya dihujung jari.

Harga Murah
Banyak diskaun, promosi di Lazada, nak2 dimusim perayaan, kena bijak la usha2 mana yang murah, tapi berkualiti.

Selamat
Jangan bimbang barangan di Lazada semuanya original, selamat digunakan.

Mudah dan Best
Sangat best bila barangan cepat sampai 1-3 hari bekerja.Menggunakan curier dan cara bayar pulak kita boleh pilih samaada cash on delivery, paypal atau bank in dll.Dan x rimas dengan segala salesgirls dan promoter hehe... sori semua


You can check out the products at Lazada

This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons.

Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign