Mar 31, 2015

RayBan Berkualiti, Harga Istimewa Di kakiraybanmalaysia.com

Rayban memang dah sinonim dengan penggemar kacamata hitam kerana kualiti dan design yang memang trending dan menarik. kakiraybanmalaysia.com adalah lubuk rayban, aokley yang awesome haha. Di kakiraybanmalaysia memang special sebab kat sana ada bermacam pilihan dengan harga menarik dan yang penting berkualiti.Servis cekap dan pantas, hari ni order, esok dapat barang.


Kenapa harus beli di kakiraybanmalaysia.com
  • Penghantaran yang cepat dan pantas serta dijamin selamat kerana ia menggunakan perkhidmatan PosLaju
  • Harga yang super istimewa kerana pihak kakiraybanmalaysia membeli direct dari supplier kilang.
  • Kualiti terbaik.. kualiti kacamata adalah 1 to 1 copy sahaja.
  • Dipercayai ramai pelanggan & servis yang cekap.
  • Pelbagai pilihan selain rayban ada juga kacamata brand oakley, spy, vonzipper.
  • Free postage




RayBan Aviator Polarized RB3026 Gold Frame, G-15 Lens
Harga : RM190

 Akhirnya menjadi pilihan aku. Adehhh rambang mata sesangat, banyak sungguh pilihan.Harga pulak sangat berpatutan.Aku tertarik dengan desing yang simple, casual dan yang paling penting cerminnya polarized uv400 protection.So disamping melaram, kesihatan dan keselamatan mata terjaga.Perkataan Rayban made in Italy dicetak disebelah kanan cermin mata membuatkan ia nampak lebih bergaya gitu kan.Kalau beli dengan kakiraybanmalaysia korang akan dapat set lengkap iaitu box, soft case, cleaning cloth, paper bag, strap. Lengkap semua.Puas hati.


Itu dia model rayban hehe. Jangan marah ok. Feeling like Nealofa jap eh. Tapi betul tak tipu, sangat awesome, selesa sebab nose pad dia sangat selesa.Mata pun syiok je.So apa tunggu lagi.. jom shopping rayban malaysia, aokley malaysia dengan harga dan pilihan menarik hanya di :

Web :

Instagram :

Caramelo Almond Crunchies

Caramelo Almond Crunchies memang sedang hangat di pasaran sekarang. Viral di laman-laman sosial. Kenape ek? Sebab Caramelo Almond Crunchies atau biskut almond ni adalah merupakan kudapan yang menyihatkan.Makanan yang menyihatkan In Sha Allah.Sesuai dengan tagline tastiness that makes you forget the healthiness.Kelazatannya membuatkan korang lupa akan khasiatnya huhu.Kalau korang nak tahu Caramelo Almond Crunchies ni pernah muncul dalam akhbar Kosmo kerana kejayaannya menembusi pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi.

Packaging Caramelo Almond Crunchies yang terbaru.



Sebab apa Caramelo Almond Crunchies ni dikatakan berkhasiat ? Sebab biskut almond ni dihasilkan daripada badam, biji melon, biji labu, bijan putih & hitam serta campuran caramel.Wah semuanya berkhasiat kan. Kalau korang dapat tengok, kandungan Cholesterol adalah 0 dan tinggi Protein iaitu 91.8. Caramelo Almond Crunchies merupakan produk muslim, Halal & buatan Malaysia.

Khasiat Caramelo Almond Crunchies :

★ Almond
  Kandungan Protein, karbohidrat dan vitamin B yg tinggi. Sangat sesuia untuk kanak-kanak untuk tumbesaran tulang, gigi dan otak.Sangat sesuai utk ibu hamil dan orang dewasa untuk kebaikan jantung.

 ★ Melon seeds
Mengandungi zat besi, magnesium, zinc, vitamins, lemak dan kalori yang penting utk nutrisi harian. 

★ White/ Black Sesame seeds
Kaya dengan kalsium, magnesium, copper, zat besi, mangnesum, zinc, vitamins,dan fiber. Mampu memberi kebaikan kepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati 

★ Pumpkin seeds
Kandungan protein, magnesium, Omega 3, zink dan zat besi yg tinggi. Menghilangkan stress, memastikan tidur yang lena, mengekalkan PH badan.



Tengok tu sangat mewah dengan almond.Rasanya memang sedap, tidak terlalu manis. Rangup dan gula karamelnya sangat best,Tak liat atau keras. Kalau duk depan tv sambil makan Caramelo Almond Crunchies memang tak sedar habis satu balang. Sesuai sangat untuk dijadikan kudapan, kuih raya, hantaran, gift.Packaging menarik, tak mudah masuk angin dan tak mudah pecah ok.Kalau dijadikan kuih raya, sure tak laku kuih lain hehe, sori ye cik semperit.


Caramelo Almond Crunchies
Price : RM25
Nett : 200 gram


Web :

Facebook :

Instagram :



5 Sebab Kosmetik Korea Sangat Trending

Korea semenjak dua menjak ni memang trending, mending.Tak kira dari segi hiburan, makanan, perlancongan, fesyen dan tak ketinggalan dengan kosmetik dan skin care dorang.What the hal ? Sebelum ni semua duk trending dengan Europe... nak tahu pasal ape.... meh baca...


Pengaruh dari bintang Korea
Kalau dah asyik layan cite, drama, movie, lagu Korea, kompem2 kita akan syiok tengok muka dorang yang super cute, gebus, putih tu.Memangla kebanyakkannya buat surgery tapi dorang tetap amalkan penjagaan wajah secara rutin.


Dibuat dari bahan semulajadi
Kebiasaannya produk kosmetik mahupun skin care dari Korea sangat pure dan berasaskan air.Kenapa air... sebab sumber air dorang sangat bersih, macam sumber air dari Pulau Jeju.Tak macam produk Europe yang tinggi bahan chemical.So bila guna bahan semulajadi, kesan dan hasil penggunaan pun sangat efektif dan berkesan.

Kombinasi skin care + kosmetic
Memang trending kalau produk kecantikan dari Korea dikombinasikan.Contohnya foundation+collagen.Disamping mencantikkan wajah, ia turut merawat.Kira 2 in 1.Dah save budget kat situ kan.

Harga murah
Berbanding produk Europe harga produk Korea lebih murah tetapi berkualiti.Nak2 kalau beli direct dari sana.Haruslah borong seborongnya.


Packaging yang super cute
Faktor penting juga ni.Kalau biasa kita tengok, packaging produk Korea mesti cute, design pun unik, kaler pun mild2 je... rase cool je kan.

Tapi hati-hati dengan status Halal ye, pastikan semuanya Halal, gunakan tanpa was-was.. Annyeong ♥

posted from Bloggeroid

Mar 29, 2015

Boat Noodle @ Empire Damansara .. Mangkuk Bertingkek-tingkek

Boat Noodle atau mee sampan memang tranding sekarang.Makanan yang datangnya dari Thailand.Mee yang dihidangkan dalam mangkuk kecil yang dijual di dalam sampan.Sekarang tak payah susah-susah pergi Thai hehe... Malaysia pun ada... dijamin 100% bahan dan rasa original Thai.Alhamdulillah, last week en.suami off day so lepaslah hajat untuk ke Boat Noodle Empire Damansara Senyum lebar lah aku kah2



Itu hah aku diapit oleh putera dan puteri yang super sporting.Sementara menunggu giliran kan.Of cozz kena tunggu no giliran sebab, ramai yang datang.Restoran pulak tak berapa nak luas.Tapi tak lama sangat kami tunggu, adalah 10 minit cam gitu.Tunggu je lah... kata nak merasa kan.Sambil tunggu tu apa lagi snap sane sini hehe.Deko, perabot restoran sebiji macam di Thai, macam betul-betul ada di boat Thai.



Oh ye... sebelum bercerita panjang lebar, Boat Noodle adalah dijamin Halal.In Sha Allah.Itu ha Halal Certificate yang dorang tampal belakang cashier.Aku dengan selamba suh cashier tu snap... biar jelas kan.So boleh makan tanpa was-was.



Itu menu Boat Noodle, memang tak banyak pilihan.Tapi menu yang ditawarkan mampu buat korang tambah bermangkuk-mangkuk.Menu utama adalah rice noodle semangkuk hanya RM1.90.Emmm dapat menu harus hambe belek-belek dulu.Selain mee ada beeg meet balls, chick meet balls, salad ala thai.Emmm berkeroncong perut.



Mee pulak ada dua pilihan iaitu chic rice noodle dan beef rice noodle.Sup pun ada dua flavor, boleh pilih sama ada nak pathumthani yang pedas, kaww atau sup ayutthaya yang rasanya lebih mild, berkrim dan berlemak.




Mineral water RM2.50, Thai Green Tea Ice Blended & Thai Coffee Ice Blended RM8.90 setiap satu.Kat sini air je yang mahal he.Tapi ok lah sebab besar, kalau tak silap lebih kurang saiz grande Starbucks.Tapi betul aku tak tipu, thai green tea dorang memang the best, tak manis sangat, tak berlemak sangat... sedang-sedang je, tapi mantap... ahhh gian dibuatnya.Thai coffee pun jangan cakaplah betapa umppph nya, suami aku yang tak minum coffee pun habis diminumnya.Mineral water minum dalam kole... he so nostalgic kan.



Grilled Beef Meet Ball RM5.90 not bad lah, cam biasa-biasa ja, manis, kenyal gitu.Sos dia memang best.Pesan 1 je sebab dalam mee nanti dah ada 1 biji meetball hehe.Lagipon kena simpan ruang untuk mee masuk jap g.




First order kami pilih 1 je setiap jenis... takut tak kena dengan tekak.Tapi bau dia je dah buat tekak ni terliur... itu feveret aku beef pathumthani rice noodle puhhh memang kawww, pedas, masam, manis semua ada,mee dia pulak kenyal je, lembut je... warna dia jernih tak macam mee biasa ada orang panggil glass mee, memang 1 mangkuk takkan cukup sebab 1 mangkuk tu boleh makan dalam 2 suap aje.Tu pasal harga murah.Sesuailah dengan konsep boat noodle.Mana ada orang makan banyak atas bot atau sampan he.Punya sedap, makan tak toleh kanan kiri, sampai kena bergilir pegang si baby Bella, stroller tak bawak... adehhh



Burlllllpppp sedar tak sedar, hasil lahapan kami suami isteri 16 mangkuk uolssss.Si Darwiish makan 2 mangkuk je, biasalah perut bebudak.Memang syiokkkk hehe... korang jangan nak malu-malu sangatlah, paling sikit orang makan 3 mangkuk haha... paling banyak 50-60 mangkuk kot. Kalau tak silap ada 3 cawangan Boat Noodle, di Publika Damansara, Empire Damansara, & Berjaya Time Square.Kompem aku datang lagi... sebab aku memang gile makanan Thai.Sawadekaaaaaaap


Boat Noodle

G3A , Heritage Lane,
Empire Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.
posted from Bloggeroid

Mar 25, 2015

Senarai Barang GST

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services.Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain,
asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Puhhh pokoknya semua akan pening dengan kenaikan harga sesetengah barang....

[image_0]

barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah :

Harga set televisyen
Peti sejuk
Pendingin hawa
Seterika
Pengering rambut
Lampin
Minuman ringan

barangan yang mungkin naik harga
disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini


Komputer
Komputer riba
iPad
Telefon bimbit
Jam tangan
Barangan kosmetik termasuk gincu dan
pengilat kuku

Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan

Ayam
Daging lembu
Daging kambing
Ikan
Itik
Ikan
Telur
Ikan bilis
Beras
Roti
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
Minyak kelapa
Minyak masak kacang tanah
Minyak kelapa
Susu bayi
Petrol RON95 dan diesel
Tol
Pengangkutan awam

Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Mi cawan
Tempe
Keju
Marjerin
Telur puyuh
Minyak jagung
Minyak zaitun
Biskut
Donat
Croissant coklat

Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di GST 2015 atau di MPIB

posted from Bloggeroid

Mar 24, 2015

Kambing Cucuk Paling Rare Hanya di Bro Zul O' Stik

Kambing cucuk ? Pada korang yang gilerr kambing, kompem korang dah kecur air liur kan.Kambing cucuk. mutton stick, satay kambing di Bro Zul O' Stick bukan biasa-biasa punya hokey. Kambing cucuk, satay kambing dia versi Xinjiang atau Uyghur punya.Sangat popular di daerah Xinjiang, China kira street food lah, kalau dalam bahasa Ughur dipanggil Kawap.Tak payah susah-susah travel pergi China kat Malaysia pun ade.Sure sekali cuba pasti nak lagi kena dengan slogan Come Hungry.. Leave Happy

Bro Zul O' Stick
Lokasi : De Melaka Cafe, Damansara


Itu dia daging kambing cucuk, satay kambing segar yang sedang dibakar. Korang dapat imagine tak bunyi desiran dia... puhhh memang terliur habis. Yang uniknya daging kambing cucuk versi Xinjiang ni tidak diperap dengan apa-apa bahan perapan.Kira rasanya memang pure. Tapi segala rempah rahsia akan hanya direnjis semasa kambing ni dibakar.Daging kambing pulak memang fresh diimport dari Australia dan dijamin Halal. In Sha Allah.


Taraaa dah siah, tak sampai 5 minit hambe menunggu si kambing cucuk, satay kambing ni. Mana kuah ??? haha itulah soalan yang pasti korang nak tanya kan... Kalau ada kuah tu, satay melayu namanya... ini satay Xinjiang memang tak ada kuah. Sedap ke kalau tak cicah kuah...? Haha tu lah kena cuba sendiri.. memang rare !!! tak payah kuah.. memang dah mantap... cukup semua rasa.

Harga : 5 cucuk RM 7


Itu dia model kambing cucuk ... memang syiok... x sedar 9 cucuk satay Xinjiang habis hambe telan... burrrrppppp emmmbekkkk hehe. Tapi sungguh tak tipu, rasa daging kambing memang fresh, rempah ratus rahsia dia memang sedap, rasa dia tak pedas sangat, bebudak pun boleh makan. Tekstur daging pulak sangat lembut, tidak liat, bau tak hamis pun. Dibakar sempurna, puhhhh memang rare !!! Ohh kalau korang jenis yang suka pedas korang boleh request kat dorang. Dorang boleh buat ikut selera korang. Dan yang paling penting, ia tak berminyak macam satay biasa. lagipun sunnah Nabi kan makan kambing... banyak khasiat. In Sha Allah dapat berkah kalau ikut sunnah.Kalau korang teringin nak mencuba sendiri Kambing Cucuk , satay Xinjiang Bro Zul O' Stick.. kat bawah ni ada hambe sertakan lokasi2 nya ok... :


Facebook :

Instagram :



SERI KEMBANGAN 

RESTORAN BUTTERWORTH CHAR KUEY TEOW 
LP 7, JALAN 7/3, 
TAMAN LESTARI PERDANA, 
43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR 

NO TEL: 012-6439285 .. 

WAKTU OPERASI: 7.00 PTG - 11.00 



KOTA DAMANSARA 

DE MELAKA CAFE 
NO 1-2 JLN TEKNOLOGI 3/6B 
SEKSYEN 3, KOTA DAMANSARA 
47810 PETALING JAYA SELANGOR 

NO TEL: 017-2476367 .. 

WAKTU OPERASI: 6.00PTG - 1.00 PAGI



 PUCHONG 
MEDAN SELERA LOKAS MAKANAN

 NO 15A JALAN PU13/2 
TAMAN PUCHONG UTAMA 
47140 PUCHONG SELANGOR 

NO TEL: 012-3786453

WAKTU OPERASI: 7.00 Ptg hingga 12 Malam


Mar 21, 2015

Resepi Pulut Mangga Ala Thai

Resepi Pulut Mangga Ala Thai

Dah lama teringin nak makan, selalu juga lah kengkawan post di FB, yumss sangat kan.Pulut Mangga ni tersangatlah popular si negara Thai, kat sana kan memang banyak mangga.Ingatkan susah nak buat dia ni, rupanya tersangatlah simple dan kosnya taklah mahal sangat.Kebetulan abah ada bagi beras pulut original dari Kedah, hubby pulak duk beli mangga punyalah banyak.... ehemmmm maka terhasillah hidanganpemanis mulut ni.





Hidangan untuk 4-6 orang makan
Bahan yang diperlukan :

Bahan A
2 cawan beras pulut
2 cawan air

Bahan B
1 kotak kecik santan segera
2 cawan air
1 s/b tepung jagung
1 s/k garam
4 s/b gula
1 helai daun pandan

Bahan C
4 biji Mangga yang ranum

Cara penyediaan :

1.Cuci beras pulut seperti kita cuci nasi, masukkan air dan kukus di dalam loyang sehingga masak.

2.Dalam satu periuk, masak santan dengan api yang kecil selama 1minit, kemudian masukkan tepung jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut.Padamkan api.

3.Setelah masak bancuhan santan, sudukan 3 sudu besar ke dalam pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan.Biar sejuk.

4.Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda.Hidangkan dengan pulut dan santan.Enak dimakan sejuk.Yummmms



Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

Mar 20, 2015

21 Nuffnang CPUV On Going.. Biar Betik?

Firstly happy birthday Nuffnang yang ke 8 tahun... alahai mudanya kalau sekolah darjah 2 hehe.Birthday kite sama bulan lah.By the way sorry sebab tak dapat join jemputan party #Nuffnang8birthday maklumlah x kena masa dan tempat..... Thanks Nuff




Alhamdulillah, ada 21 cpuv sedang berzumba di blog aku haha...berzumba lelama sikit ye kat situ..kira hadiah birthday kot ekeke.Thanks semua, terutama my stalkers, buddies, members, family support blog aku yang tak bape nak hot ni.Rajin-rajin mai lah singgah lagi, komen-komen, klik-klik si Nuff tu..... ok jangan lupe kalau nak bagi hadiah birthday... boleh email keh2

posted from Bloggeroid

Mar 18, 2015

Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel (Review)

Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel sure korang akan jatuh cinta dengan produk terbaru yang bakal di lancarkan oleh Chriszen yang tengah trending sekarang.Aku sure selain baby oil susah nak cari make-up remover, cleanser yang betul-betul dapat menanggalkan make-up yang ditempek seharian hahaha.So sekarang tak payah pening lagi.... rasa yakin bila berwudhu' tanpa sisa make-up dan kotoran.

70ml
Packaging yang simple, hanya pump out , botol pun cute je, senang nak isi dan handbag kan. So senang nak travel, semua.


Macam biasa, produk Chriszen kesemuanya berasaskan air , formulasi dari Korea dan bahan semula jadi. O2 Bubble Cleansing Gel ni sesuai untuk semua jenis kulit. Selain bertindak sebagai make-up cleanser ia bertindak sebagai anti-kedutan, membersih secara efektif, menyejuk dan mendinginkan, mengecilkan pori, mencerahkan, menghaluskan. oksigen + terapi dan melembapkan kulit. Wahhhhhh banyaknya manfaatkan.


Ha korang boleh tengok sendiri keajaiban dan bertapa syiok nya cleansing gel ni. Yang kat gambar tu, aku calitkan sikit Chriszen Gel Eyeliner dan aku picitkan sedikit O2 Bubble Cleansing Gel, then apply dengan perlahan-lahar, biarkan 2 minit, dalam masa 2 minit tu akan terhasilnya bubble yang super halus, lembut, wangi, sejuk je.Then kita sapu dan ratakan buih tadi, nampak, tertanggal kan eyeliner yang super waterproof  tu. Lepastu, lap dengan kain bersih dan basuh dengan air.




Web

Facebook

Infoline
+603-6179 8400  /  1700-81-7737

Chriszen Hair Color Shampoo

Rambut beruban? nak tukar warna rambut? tapi takut produk tak halal? Sekarang tidak lagi dengan Chriszen Hair Color Shampoo. Ia merupakan produk terbaru keluaran Chriszen. Ada 3 pilihan warna yang menarik uolssss. Packaging pun simple je tak payah pakai botol yang gedabak besar tu, senang dibawa kemana-mana, easy to use.Dan yang paling best kita guna macam shampoo biasa, tak payah bersikat atau segala bagai macam kat salon tu.Hasil setanding sentuhan profesional.

01- Black
02- Coffee
03- Chesnut
Net : 25ml
Disertakan dengan glove, so tak payah bimbang tangan dan jemari korang comot terna chemicals.Tak payah nak beli glove berasingan.Chriszen Hair Color Shampoo diformulasikan dari Korea, sangat efektif sebab korang akan dapat hasil yang cantik hanya dalam 15-18 minit. Tak payah ke salon bagai.GST GST semua mahal woooo. Selain mencantikkan rambut color shampoo ni dapat melembabkan dan menyeimbangkan kelembapan kulit kepala, menyihatkan rambut, menguatkan rambut dan membuatkan rambut korang senang diurus.... pakai jari pun bolehhhhh


Chriszen Hair Color Shampoo  ni mendapat pengiktirafan International Halal certificate, State Food & drug Administration . So tiada yang diragui.... boleh lah guna tanpa was-was.... dengan niat yang baik ok.....


5 langkah mudah menggunakan Chriszen Hair Color Shampoo  yang sangat simple tak payah guna sikat segala bagai.

  1. Pastikan rambut dalam keadaan yang lembab dan bersih sebelum nak mewarnakan rambut.
  2. Pakai glove yang disediakan sebelum membuka sachet.
  3. Sapukan Hair color shampoo pada rambut.
  4. Urut rambut macam kita bershampoo seperti biasa dan biarkan 15-18 minit.
  5. Bilas rambut hingga bersih.




Web

Facebook

Infoline
+603-6179 8400  /  1700-81-7737

Chriszen Makeup Brushes

Chriszen Makeup Brushes 

Packaging yang menarik


Chriszen Makeup Brushes 
  • Berus sintetik berkualiti tinggi
  • tidak mudah rosak / bulu tercabut
  • Mudah dibersihkan
  • Hasil secantik profesional
  • Bulu yang lembut dan halus
  • Bukan dari bulu haiwan
  • Tidak mendatangkan alahan
  • Mudah dibawa kemana-mana



Sang suka dengan pink dia hehe... barulah gugurl kan. Yang ni 12pcs punya.Lengkap dari bronzer, foundation brush, blending brush, eyeshadow brush, blusher brush, smudge brush, small eyeshadow brush, eyeliner brush, eyebrow brush, eyelash com, eyelash brush dan lip brush. Wah pening pale juga sebab aku ni bukan kaki make-up, tapi tak pe lepas ni boleh google, youtube cara make-up dan pakai semua brushes ni huhu.


tengok tu sangat lembut, halus dan gebus haha. Direka khas dengan pemegang yang kita boleh pegang dengan selesa. Takdelah melecet....wat sampai melecet ke kalau make-up.ahaha.Cara nak bersihkannya pun sangat mudah.... hanya rendam dengan air suam atau sejuk, kalau nak bulu lebih elastik tambah sikit shampoo atau conditioner. Kemudian bilas bersih dan keringkan secara menegak, kalau nak cepat guna hairdryer. tapi better cuci 2 kali atau 3 kali ok.

Ada 2 pilihan :
12 pcs RM120 (sm/ss)
7pcs RM89 (sm/ss)

Web

Facebook

Infoline
+603-6179 8400  /  1700-81-7737






Chriszen Tube Mask (Review)

 Chriszen Tube Mask adalah produk terbaru dari Chriszen. Kalau nak tahu pemakaian mak atau topeng muka ni teramatlah penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka. Tube mask ? Macam pelik je bunyi kan... sebab mask di letakkan dalm tube. selalu kita beli mask dalam packet tapi lain dengan mask dari Chriszen. Ada 3 pilihan tube mask, so boleh pilih mana yang korang nak. Tapi yang pasti kesemuanya kaya dengan nutrisi serta dari sumber semulajadi.

Biru - Asid hialurronik (Melembabkan)
Pink - Arbutin + Vita C (Mencerahkan)
Kuning - Tea Trea Oil (anti-Acne)

1 pek ada 5 tube
RM 39.90
Disertakan dengan penyepit



Aku cuba tube mask moisturising dulu, Pek Moisturizing dirumus daripada ekstrak Aloe Vera dan bunga Chamomile yang berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, mencegah masalah radang serta membantu meningkatkan kesegaran kulit wajah sepanjang hari.
Setiap helai topeng muka di dalam Chriszen Tube Mask ini mengandung ramuan semulajadi seperti ekstrak daun gelam wangi, arbutin, Tuber Melanosporum serta vitamin C dan B3 yang bukan sahaja mampu merawat masalah kulit yang dihadapi, malah turut bertindak mengekalkan keanggunan kulit wajah secara efektif.


Memang best sebab dapat berjimat kalau kita guna Chriszen Tube Mask sebab kita boleh guna semula mask tau. nampak tak lebihan cecair dalam tube tu, so lepas guna mask kita boleh masukkan semula mask tadi dengan gunakan penyepit dan simpan dalam peti ais. So esok boleh pakai semula. Tapi untuk 2 kali guna je la, tak boleh lebih hokey... 

Keistimewaan Chriszen Tube Mask

  • Membantu memelihara kelembapan dan kelembutan kulit wajah 
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus 
  • Membantu mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata 
  • Mengatasi masalah pigmentasi 
  • Meningkatkan kecerahan kulit 
  • Membantu mencegah dan mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kulit kusam 
  • Mengurangkan kesan cela seperti parut, jeragat 
  • Menyegarkan dan menganjalkan kulit


Model tiada iktiraf huhu

Cara Penggunaan :
  1. Keluarkan topeng muka dari tiub dengan gunakan penyepit.
  2.  Letakkan pada keseluruhan wajah. 
  3. Biarkan selama 25-30 minit. 
  4. Tanggalkan topeng atau mask dengan perlahan-lahan. 
  5. Tepuk kulit wajah dengan jari sehingga ia menyerap kesan serum menyerap ke dalam kulit. Kesan serum Chriszen Tube Mask tidak perlu dibilas. 
  6. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Web

Facebook

Infoline
+603-6179 8400  /  1700-81-7737




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign