May 31, 2015

Bila Blog Berwajah Baru

Hari-hari memendam rasa nak edit blog kasi kaw2 cantik, teratur dan awesome. Bila blogwalking macam-macam rupa blog kita jumpa. Menaikkan lagi semangat nak edit blog. Bukan owner blig je nak kena cute, keauty, beauty, blog pun sama juga. Antara faktor untuk menarik pengunjung ke blog kita selain kontent yang umppph. Tapi nak ingatkan, kalau kita tak berkemahiran dalam edit mengedit coding blog, baik kita upah mereka yang betul2 mahir. Kang tak pasal2 meroyan.... blog jadi lintang pukang.



Itu blog aku masa sebelum diedit, diubahsuai. Header tu cantik tak.... header tu aku tempah dari blogger Azhafizah memang hasil tangan sis ni super awesome.Susun atur blog masa ni nampak terlalu kompleks, tak berapa nak teratur dan terlampau sempoi.




Ok taraaa, ni lah rupa blog Mama Darwiish yang terkini.Hasil design [blogger Maisarah www.maisarahsidi.com] hanya dengan bayaran RM20 untuk upah desing templat dan background.Uhhh sangat aku berpuas hati.En.Suami pun puji kata, blog skarang lebih teratur, sistematik dan tak berserabut. Xtually En.Suami yg belanja keh2.Mekasih.Dan semoga dengan wajah baru, hadirlah semangat berblogging yg baru, fresh dan mudahan rezeki paid job review datang bagai sang hujan.Amin.Senang2 jemputlah singgah ke teratak maya ni ye...
posted from Bloggeroid

May 26, 2015

FIDOFILIA Punca Aku Tak Nak Upload Gambar Anak

Fidofilia memang dah berleluasa, bukan di negara Barat malah di Malaysia sendiri.Fidofilia adalah masalah dimana orang dewasa yang bernafsu, ghairah,terangsang bila melihat kanak2 mahupun baby.Nauzubillah.Nampak sangat dunia menghampiri Kiamat.Bila syaitan menguasai diri.Minta dijauhkan dari kita dari perkara2 yang tak baik.



Memang dulu, aku selalu upload gambar anak2 di blog, facebook, instagram... tak pernah terpikir ada juga yang bernafsu syaitan.Golongan Fidofilia ni kalau dia tengok gambar baby, kanak2 mereka akan terangsang, bernafsu dengan muka comel, pulus baby2 ni.Dorang membayangkan orang dewasa.Kebanyakkan akibat terlampau banyak melihat atau menonton bahan pornografi.Nauzubillah.

Baru2 ni pun dah ada kes yg pelajar luar negara tajaan MARA dalam kes macam ni.Nauzubillah... lepas ni beringatlah kalau nak upload gambar anak2 kecil di media sosial, dorang pun terdedah dalam ancaman jenayah seks... nak2 gambar anak2 x pakai baju, tengah mandi.... simpan je buat koleksi keluarga.Harap perkongsian ni bermanfaat untuk kita.Awasi anak kita selalu.....

posted from Bloggeroid

BABESKIN DOUBLE SERUM PREMIUM (REVIEW)

Babeskin Double Serum Premium adalah serum yang diformulasikan untuk memberikan kesan yang serta merta dan untuk tempoh masa yang panjang yang berupaya menaikkan seri wajah dari dalam seawal 7 hari.Wahhh best kan.Sekarang ni memang trend menggunakan serum kerana sifatnya yang mudah serap oleh kulit, dan kesannya lebih efektif.




Pastikan yang original dengan adanya pelekat kod hologram.Barulah ia dijamin selamat digunakan.Maklumlah sekarang ni banyak produk yang ditiru, diklon oleh pihak yang x bertanggung jawab dalam mencari untung.Yang rugi kita juga sebagai pengguna, so kena lebih teliti lepas ni.




Fungsi :
● Melembabkan kulit
● Menganjalkan
● Mencerahkan kulit
● Mengurangkan pengeluaran minyak di muka
● Anti-aging
● Menyelesaikan masalah pori tersumbat

Babeskin Double Serum Premium
15ml x 2 Serums
RM 119.00 (SM)
RM 129.00 (SS)

Babeskin Double Serum Premium mengandungi 2 botol serum.Setiap botol telah ditulis nombor.So tak usah risau salah step ok.Sangat cute dan comel.Masing-masing ada fungsinya yang khusus.



1- Repairing Booster
● Kuasa pencerahan 2 kali ganda
● Anti-Jerawat



2- Ultimate Mega Lift
● Menjadikan kulit lebih elastik dan anjal
● Anti-Kedutan




Cara penggunaan :

Selepas mencuci muka dengan Babeskin Whitening Soap atau pencuci muka biasa korang, titik kan 1-2 titik diatas tapak tangan.Ratakan di seluruh muka.Lepas pakai serum no.1 terus pakai serum no.2.Pakai pagi dan malam.Serius cakap korang bangun pagi esok, memang lain macam muka, glowing, berseri.Memang syiok.Kalau nak baca review tentang Babeskin Whitening Soap boleh klik
Babeskin Whitening Soap Review.


How To Buy :

Website :

Facebook :

Instagram :
@babeskin365official

Hotline :
+603 9100 2265

posted from Bloggeroid

BABESKIN WHITENING SOAP PREMIUM Rahsia Kulit Cerah (REVIEW)

Babeskin memang dah sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan.Babeskin Whitening Soap Premium adalah salah satu produk terbaru keluaran Babeskin.Memang sangat teruja bila mencuba produk keluaran Babeskin sebab sebelum ni dah pernah try minuman kesihatan dan kecantikan, Beauty Oat memang superb.So kali ni nak ajak korang melihat kehebatan Babeskin Whitening Soap yang mampu merawat, memelihara, mencantikkan serta mencerahkan kulit wajah dan badan.




Babeskin Whitening Soap comel je kan , pacakaging yang menarik, kalau nak tahu sabun ni bukan saja boleh kita pakai di muka, malahan satu badan boleh pakai tau.Ianya menggunakan sumber semulajadi seperti ekstark virgin papaya, yang sememangnya kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.




Bar hologram menunjukkan produk ni adalah original dari Babeskin.So jangan risau, senang je nak tahu yang original.Pastikan ianya ada bar hologram ZURAECA SDN BHD.

Kandungan :
Sodium Palmitate, Lactic Acid, Glycerin, CI 19140, CI 15985, Fragrance, Sodium Lactace, Methychloroisthiazolinone, Methylisothiazolinone, Virgin Papaya Extract.

Fungsi :
● Melembabkan kulit
● Mencerahkan kulit
● Menjadikan kulit lebih glowing dan anjal
● Menghilangkan sel kulit mati
● Menanggalkan kotoran, parut, dan bintik hitam



Taraaa inilah rupa Babeskin Whitening Soap , warna hijau.Padan dengan kotaknya.Kalau di belut dengan plastik atau kertas mungkin lebih efisyen kot.Bau dia ...opssss bukan macam bau sabun papaya yang kuning tu ok... bau dia sangat fresh, fruity2 gitu.Rasa macam nak makan hehe.



Cara penggunaan :
Guna macam sabun biasa, tak kisah nak pakai di muka atau dibadan.Sapu dan gosok perlahan sampai berbuih.Biarkan selama 2 minit kemudian bilas dengan air bersih.Keringkan dengan tuala bersih dan kering.Lepas tu korang akan terasa kulit menjadi segar, wangi, bersih dan kalau guna secara berterusan, tak mustahil kulit akan lebih cerah dan glowing.Ianya amat berkesan sekiranya disusuli dengan penggunaan Babeskin Double Serum premium.Nantikan entri review selepas ni ok.



Babeskin Whitening Soap Premium
50g
RM 29.00 (SM)
RM 39.00 (SS)


How To Buy :

Website :
www.babeskin365.com

Facebook :
www.facebook.com/babeskin365

Instagram :
@babeskin365official

Hotline :
+603 9100 2265




posted from Bloggeroid

May 22, 2015

7 Makanan Yang Baby Tak Boleh Makan

Seawal usia 6 bulan bayi sudah boleh diberi makanan seperi puree.Semuanya mesti lembut, halus bagi memudahkan ia dihadam oleh usus2 comel mereka.Kebiasaannya makanan bayi ni adalah seperti labu, beras, epal, pear dan akan berubah mengikut bulan contoh ayam, sawi pada bulan2 seterusnya.Tapi harus diingat bahawa ada makanan yang tidak boleh diberi makan kepada bayi sehingga mereka berusia 1 tahun.Kerana usus mereka yang masih muda, baru, comel dan tidak mampu untuk menghadam dengan baik.



Madu
●Ia mengandungi bakteria yang boleh merosakkan usus kecil bayi, mengakibatkan masalah yang dipanggil botulisme bayi, iaitu satu sindrom yang jarang berlaku.
●Madu juga merupakan sejenis gula, bermakna ia tidak elok untuk giginya yang mula hendak tumbuh

Sesetengah jenis ikan
●Jerung, todak atau marlin mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang.
●Juga, jangan beri bayi anda kerang-kerangan mentah untuk mengelakkan risiko keracunan makanan

Telur mentah atau kurang masak
●Pastikan telur dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.

Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi
●Makanan seperti ini tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.

Kacang
●Jangan beri bayi makan kacang sebiji-sebiji sehinggalah umurnya lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.

Garam
●Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggangnya tidak dapat memprosesnya.
●Hadkan pengambilan makanan masin yang dimakan bayi anda seperti keju dan sosej.
●Periksalah label pada bungkusan makanan. Bayi sepatutnya mengambil tidak lebih daripada 1g garam (0.4g sodium) sehari.

Gula
●Makanan dan minuman manis tidak baik untuk gigi bayi anda dan boleh menyebabkan dia menggemar makanan manis.
●Tambahkan sedikit sahaja gula dalam makanan bayi jika anda rasa perlu, contohnya untuk merebus buah-buahan masam seperti plum.
●Jangan beri bayi anda pudding manis, aiskrim, biskut atau gula-gula.

***Semoga sedikit sebanyak dapat membantu ♥

posted from Bloggeroid

May 20, 2015

ENVIROHOME Personal Care (REVIEW)

EnviroHOME merupakan produk berteknologikan teknologi dari Jerman dan dikilangkan di Taiwan yang merangkumi home care dan personal care.Apa yang istimewa dengan produk keluaran EnviroHOME adalah kerana ianya mesra pengguna dan mesra alam.Ianya 100% berasaskan sumber tumbuhan semulajadi dan sangat membantu dalam memelihara sistem ekologi bumi dan kehidupan manusia.

Keistimewaan EnviroHOME :
  • Bebas bahan chemical
  • Tiada pewarna
  • Tiada fragrance
  • Tiada buih
  • 100% dari tumbuhan semulajadi
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Menjimatkan penggunaan tenaga, wang dan air


EnviroHOME Personal Care

Facial Cleanser, Body Wash, Shampoo


EnviroHOME Facial Cleanser


RM 69
180g




Kandungan EnviroHOME Facial Cleanser :
Aqua, Mineral salts, sea water extract, coconut oil, Aloe barbadensis extract, citrus medica limanum Extract, jasminum officinale oil, rose oil, pelargonium graveolents oil, prunus amygralus dulcis oil.

Fungsi dan keistimewaan :
  • Membersihkan kulit wajah dari segala kotoran, minyak dan mekap
  • Mengandungi minyak botani campuran seperti, ros, kelapa, jasmin yg mampu merelaxkan wajah
  • Menghilangkan garis halus dan kedutan
  • Menganjal dan baiki tekstur kulit


EnviroHOME Shampoo

RM 56
529g


Kandungan EnviroHOME Shampoo :
Aqua, minerals salt, sea water extract, coconut oil, aloe barbadensis extract, citrus medica limonum extraxt, melaleuca alternifolia leaf oil, rosmarinus officinalis oil, salvia sclarea oil, vitis vinifera seed oil, simmondsia chinesis oil

Fungsi dan keistimewaan :
  • Mencuci kotoran yang ada pada rambut dan kulit kepala dengan lembut
  • Membuatkan rambut lebih bersinar, sihat dan lebat
  • Merawat masalah kulit kepala, gatal , kelemumur
  • Penggunaan yang mudah, hanya sedikit dan lumur pada kulit kepala, akan terasa nyaman dan segar.


EnviroHOME Body Wash

RM 56
520g


                                             

Kandungan EnviroHOME Body Wash :
Aqua, mineral salt, sea water extract, coconut oil, aloe barbadensis, extract, citrus medica limonum extract, lavandulaangustifolia oil, rosmarinus officinis oil, vitis vinifera seed oil, oenethera biennis oil

Fungsi dan keistimewaan :

  • Sesuai ntuk semua jenis kulit, terutama kulit sensitif
  • Merawat masalah kulit seperti ekzema dan penyakit kulit yang lain
  • Melembut, mencerah dan menganjalkan kulit
  • Membersihkan kotoran serta membasmi kuman dan bau
  • Membaiki tekstur kulit agar lebih anjal dan lembab
  • Menyegarkan dan merelaxkan badan



Ulasan produk setelah mencubanya sendiri :

EnviroHOME ni produk dia memang best.Sangat menjimatkan air tau.Sebab dia tak berbuih.Korang pakailah banyak manapun, takkan ada buih.Tu bermaksud memang tiada campuran bahan chemical.Disamping menjimatkan, kita juga mampu melindungi bumi.Bau dia pulak memang natural, korang akan bau macam daun herba yang menyegarkan.Sangan mesra alam... back to nature.... go green.Harga pulak berbaloi dengan kualiti yang sangat hebat

How to buy :

Web :

Official FB :






EnviroHOME Home Care (REVIEW)

EnviroHOME Home Care menjimatkan masa, wang , tenaga korang dalam hal2 penjagaan rumah.Menggunakan teknologi German dan dikilangkan di Taiwan.Disamping melindungi bumi kita dari pencemaran bahan kimia yang berbahaya.Sangat mesra pengguna dan alam sekita.Produk EnviroHOME semuanya 100% dihasilkan dari sumber semulajadi macam ekstak air laut, minyak kelapa, herba botani dan banyak lagi.EnviroHOME Home Care terdiri daripada : Laundry Detergent, Food Wash, Multi-purpose Cleaner.

  • Bebas chemical
  • Tiada buih
  • Tiada warna
  • Tiada fragranc



EnviroHOME Laundy Detergant

1000g
RM 56
Kuasa mencuci semulajadi.Menggunakan extrak marine dan formula botani seperti, coconut oil,citrus medica dan banyak lagi.Disertakan dengan penyukat sekali.Mampu menanggalkan kesan kotoran, bau hapak pada pakaian.Membuatkan pakaian kita jadi lebih bersih dan segar.Tiada buih, so dapat jimatkan air masa bilas pakaian.Sangat efektif.

Cara penggunaan :

Cucian mesin : Campurkan 50ml Laundry Detergent kedalam mesin, basuh dan bilas seperti biasa.
Cucian tangan : 25ml Laundry Detergent dalam 1 liter air, rendam 30minit, cuci dan bilas


EnviroHOME Multi-purpose Cleaner

RM 39
500g

Penggunaan pada dapur, berkilat wow wow

Sesuai untuk semua jenis permukaan dari sofa, langsir, lantai, jubin, bath tub, toilet, almari malahan barang kemas.Wow memang multi function kan.Bukan hanya mencuci tetapi mampu menanggalkan kotoran., menghapuskan bakteria malahan menyegarkan.Dan ianya tak perlu dibilas.

Cara penggunaan :
Semburkannya pada tempat yang dikehendaki, lap dengan kain bersih dan lihat kesannya.


 EnviroHOME Food Wash

RM 69
750g


Seperti yang kita tahu makanan kita dari sayuran dan daging mentah semuanya mengandungi racun, racun perosak, racun serangga, pengawet dan sebagainya.InviroHOME Food Wash mampu menghapuskan racun perosak, racun serangga, pengawet, bakteria dan kotoran pada bahan2 makanan.Boleh digunakan untuk buahan, sayuran malahan daging mentah sepert ayam, daging, seafood dan banyak lagi.Tidak mengandungi toxid, 99% biodegradble.

Cara penggunaan :
Pamkan 1 Food Wash ke dalam 1 liter air, rendamkan buahan, sayuran atau daging mentah selama lebih kurang 3 minit.Toskan dan bilas jika perlu.


EnviroHOME Dish Wash

RM 39
750g

Kalau korang jenis yang elergi, alahan pada sabun, jangan bimbang EnviroHOME Dish Wash menggunakan formula hypo-allergenic so takkan ada alahan atau allergi pada tangan.Menggunakan ekstrack marine dan pelbagai sumber tumbuhan.Mampu menanggakan kesan minyak dengan mudah.Tak perlu sental2 bagai.Yang bestnya ia menjimatkan air sebab, tiada buih, senang dibilas.

Cara penggunaan :
Picit sedikit Dish Wash di dalam mangkuk mencuci, cuci pinggan mangkuk dengan span seperti biasa.Bukan hanya menanggalkan kotoran, malahan melindungi tangan dan alam semulajadi kerana ia bebas chemical


How to buy :

Web :

Official FB :


May 19, 2015

(REVIEW DRAMA) Marriage Not Dating

Marriage Not Dating antara drama Korea yang aku layan sekarang.Ntahlah, tak ada selera nak tengok drama2 Malaysia.Uollls pun tahu kenapa kan.Xtually banyak drama Korea lagi khususnya di channel 393,392,391 di Astro, tapi aku still layan Marriage Not Dating sebab drama ni ringan, x heavy... komedi, romantik, family.Korang boleh tengok setiap hari Isnin-Jumaat di TV9 jam 6.30petang



Marriage Not Dating ni mengisahkan Gong Gi-Tae seorang doktor surgery yang nak hidup membujang sampai ke tua sebab lepas dia putus cinta dengan Se-Ah dan masalah mak dia yg tanggung derita akibat bapak dia yg curang.Tapi mak dia sibuk suruh kawin, so Gi-Tae pun berjumpa dengan Jang-Mi heroin drama ni lah, dorang pakat untuk berlakon jadi couple.Dan berusaha buat mak Gi-Tae benci Jang-Mi.Xtually Jang-Mi ni x-girlfriend member dia.Kat situ la terjadi macam2 babak menarik.Kisah dimana, kekasih lama, gila talak, menipu, kantoi menipu..ada babak yg heroin tercirit depan hero...kah2 kah2 kah



Cite panjang nanti korang pening hehe.BTW dalam drama ni ada 3 hero hensem, 3 awek super cute.Bersangkut-pautHeroin dia kadang2 overcute, over act, mengelupur keh2 tp tu la yg buat drama ni cute, best.



Berlakon2, last tersangkut sungguh.Last2 dorang kawin kalai x silap.Tengah tunggu ending ni.Ala kalau korang jenis kaki youtube korang tengok je kat sana.Yang best nya tengok drama asing ni, kita boleh belajar bahasa, budaya, fesyen dorang, banyak yg kita boleh ambik positif.Bukan nak kata drama Malaysia x bagus, tapi..... korang pikir lah sendiri.
posted from Bloggeroid

May 17, 2015

Simple RM100 Giveaway Byijeni


Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)



 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

May 16, 2015

RAILY Collagen CC Cream (Review)

Raily Collagen CC Cream adalah cc cream keluaran Raily Cosmetic yang mengandungi salmon collagen.Dekat situ pun kita boleh tahu yang cc cream ni berbeza dengan cc cream yang lain.Kalau nak tahu salmon collagen tersangatlah popular di negara Eropah, Jepun, Korean dan banyak lagi sebab khasiatnya yang super duper awesome.Hanya dengan sekali sapuan, Jelitamu... nyata berbeza.Sebelum bercerita panjang lebar, jom kita ketahui apa lagi keistimewaan Raily Collagen CC Cream ni.

  • Mengandungi salmon collagen yg mampu mencerah dan menganjalkan kulit 7x ganda.
  • Melingdungi kulit wajah dari pancaran sinar UV dengan adanya SPF 50++.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki mahupun perempuan.
  • Tekstur yang ringan, tak melekit membantu penyerapan yg sempurna.
  • Mudah digunakan dan dicuci.
  • Mengurangkan garis halus, kedutan, anti-wrinkles, anti-aging
  • Merawat, mengawal pengeluaran minyak di muka.
  • Memudarkan parut jerawat, jeragat, tompok hitam, warna kulit tak sekata.
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit.
  • Menjimatkan, hanya guna sedikit dan tak perlu bedak, krim dan sebagainya.

Packaging bertemakan warna purle & putih


Sebelum kita mencuba sesuatu produk, haruslah kita semak status halal dan keselamatnnya.Barulah kita boleh guna dengan senang hati tanpa ada kesan sampingan atau merbahayakan kita.So Raily Collagen CC Cream memenuhi standard.Ada pengesahan Halal, GMP dan ianya buatan Malaysia.Haruslah sokong produk tempatan uolllsss.Cara simpan dan penjagaan Raily CC Cream ni senang aje, just simpan ditempat yang kering dan sejuk ok.

Fungsi Raily CC Cream


Wahhhh cantik tak botol dia.Memang elegan kan.Gold colour.Glitter2, bling2 lagi.Ohhh suke tengok.Rasa tak puas snap gambar cc cream ni.Memang packaging membantu dalam pemasaran.Satu bonus tau kalau packaging produk yg cantik, kemas, cute barulah customer yakin dan berminat nak beli produk kita.

1 botol 15ml



Cara pemakaian Raily Collagen CC Cream :
  1. Pamkan botol selama lebih kurang 3 minit bagi mengaktifkan bebola impulose.
  2. Buka penutup untuk bebaskan udara jika cc cream tidak keluar.kemudian tutup semula.
  3. Picitkan sedikit cc cream di atas tapak tangan dan calitkan di kedua pipi, dagu, dahi dan leher.
  4. Ratakan dengan jari perlahan2.Rasakan kesannya selepas 15 minit, kulit muka akan terasa glowing, flawless gitu

Kesan pemakaian Raily Collagen CC Cream

Ulasan aku setelah mencuba Raily Collagen CC Cream :
  • Sangat best sebab tak melekit, so takdelah melekat kat shawl aku huhu.
  • Mudah dipakai, hanya sikit je, pakai jari, dan nak cuci pun senang je.
  • Tekstur tersangatlah halus, lembut dan ringan, so x terasa rimas muka tu.
  • Bau yang mild, x macam setengah produk, wat aku mual.
  • Murah dan kesan yang buat aku syiok, habis kesan lubang bekas jerawat aku dicover olehnya hehe.
  • Muka glowing, flawless dalam masa 15 minit, selain dapat khasiat dari collagen.
  • Tak perlu lagi pakai krim siang, foundation, sunblock atau bedak.Calit lipstick je cukup hehe.

Harga Semenanjung ;
Pasaran : RM 69
Promosi : RM 55
cc cream+ free postage + free gift

Harga Sabah, Sarawak :
Pasaran : RM 75
Promosi : RM 70
cc cream+ free postage + free gift

How to buy :

Contact :
017 - 9032 179
011 - 3295 8062

Web :

Facebook :

Instagram :




May 15, 2015

VIETNAM MASK Tanggalkan Blackhead (Review)

Vietnam Mask antara produk yang paling viral di media sosial.Vietnam Mask ni fungsinya adalah untuk menanggalkan blackhead & whitehead di wajah.Mesti korang teruja nak cuba kan... macam tu jugalah dengan aku.Naik merah dah batang hidung hari-hari duk picit huhu.





Vietnam Mask itulah rupanya.Cenonet je bekasnya kan.Packagingnya sangat simple hanya guna plastik yg macam plastik ubat dari klinik tu.Dalam tu akan disertakan sekali dengan kertas arahan pemakaian, tapi kalau korang paham bahasa Vietnam boleh lah.Lepas tu disediakan sekali dengan kepingan kertas putih yang nipis, ala-ala kertas serap minyak kat muka tu.Ada lah dalam 30keping kot.Aku x kira pun keh2.Ohh ye kalau kita tengok pada label tu, ada gambar aloevera.So maknanya ada ekstrak aloevera lah tu.



Aku kalau beli apa2 produk, mesti aku belek2 cari tarikh luput.Vietnam Mask ni tarikh luputnya kat bawah botol.Ok dah puas hati aku.Bahaya tau kalau guna produk tamat tarikh luput ni.



Buka je botol , ada satu lagi lapisan penutup.Bau dia macam bedak sejuk yang warna oren.Yang nenek aku selalu guna dolu2.Tekstur pulak melekit2 macam gam.Warna dia putih cerah.Wah x sabar aku nak try nih.

Cara pakai Vietnam Mask :

1.Cuci bersih muka macam biasa.Lap kering.

2.Oleskan sedikit Vietnam Mask pada bahagian yang korang nak tanggalkan blackhead.Macam kat hidung ke, seluruh muka pun boleh.

3.Tampalkan kertas putih.Kertas putih tu automatik akan melekat sebab Vietnam Mask tu macam gam.

4. Biar selama 5 minit, kulau dah x sabar sangat 3 minit pun boleh kot.Tapi hasil nya kuranglah.

5.Pasti cuci muka semula untuk hilangkan kesan gam Vietnam Mask.





Puhhh meriah sungguh blackhead aku ha.Puas rasa.Ringan batang hidung.Yang paling best tak menyakitkan.Muka, hidung pun tak merah2 akibat duk picit2.Mudah, simple, murah pulak tu.Sebotol tu aku rasa tahan berbulan2 kot sebab cecair dia likat, pakai sikit je.Laki pompuan boleh pakai.Ohhh kalau nak pakai 1 muka, elakkan kawasan mata dan kening ok.Jap g hilang kening korang.



Vietnam Mask memang best, tak rugi beli.Berbaloi.Kalau korang berminat nak beli harganya RM15 sebotol, harga termasuk postage.Boleh whatspp 012-9125998 utk belian dan pertanyaan.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign