Jul 30, 2015

Ikan Bakar Sri Banjar Terlajak Sedap

Ikan Bakar Sri Banjar lokasi di medan selera Selayang berdekatan round about dan letaknya di atas bukit. Apa susah korang waze aje... kompem jumpa. Xtually, En.Suami bawak kami makan kat sini masa balik dari beraya di kampung. Tengok kedai biasa2 aja. Tak sangka pulak Ikan Bakar Sri Banjar ni memang meletop... betul bak kata pepatah inggeris dont judge book by its cover

Oh ye ,kedai ni milik cina muslim, tu pasal signboard dia ada tulisan cina. Menu hanya ada ikan dan makanan lau dan sayuran, nama pun kedai ikan bakar kan ngeh2


Kailan Sos Tiram
Yang ni menu pilihan aku. Tak sah kalau takde sayur.Harganya RM8, berbaloi, banyak, sedap dan segar. Dimasak sempurna tak lembik tak keras.


Sotong Dan Kacang Botol Goreng Kari
Ni pilihan En.Suami, nampak dan bunyinya pelik, tapi MasyaAllah... sedapnya... sotong dan kacang tu segar. Sotong tu lembut je tak liat. Kacang tu pulak rangupnya. Rasa kari tak terlampau over... manis , pedas, berempah secukupnya.Harga dalam RM12 gitu ... lupa lah pulak. tapi memang puas makan


Ikan Keli Bakar Sri Banjar
2 ekor.. Ya Allah sedapnya... rempah dia.Ikan pulak tak over cook, segar, tak hanyir. Banyak pilihan ikan yang ada... ikan kembung, pari, keli, siakap, lobster, lala, kerang. Harga ikut gram. Apa yang istimewanya Ikan Bakar Sri Banjar ni dibakar dengan daun pisang, guna rempah rahsia dan ada sambal cicahnya yang umpppph.Harganya berpatutan. Ok la kami 3 beranak makan, habis RM30++ je. Service pun ok, cepat, bersih dan parking mudah.

posted from Bloggeroid

Kepentingan Ubat Cacing Untuk Kanak-kanak

Jangan pandang remeh bab pemberian ubat cacing khususnya untuk anak2 kita. Kerana ia mampu memudaratkan kesihatan mereka jika tidak diberikan ubat cacing pada masa yang ditetapkan. Bagi yang melakukan pemeriksaan anak2 setiap bulan di Klinik Kesihatan, ia tak menjadi masalah, kerana nurse akan sentiasa guard kita.Sebenarnya seawal usia anak dalam 1 tahun dah diberikan ubat cacing.


Opppps kalau melalui KK dorang akan kasi ubat cacing jenis serbuk, nanti kita just tambah air dan bagi anak minum. Yang ni jenis tablet, terpaksa beli sendiri, sebab terlupa dah simpan kat mane yang KK bagi ngeh2.Yang tablet ni boleh dikunyah, dihisap atau dibancuh dengan air. Boleh dapatkan di farmasi, selain Champs, Zintel pun boleh.

Fungsi ubat cacing adalah untuk membunuh telur cacing dan cacing yang terdapat dalam usus si kecil kita. Bahayanya cacing ini kerana mampu merosakkan otak, melukakan usus serta mengakibatkan sembelit sekiranya tidak dicegah.

Pemberian ubat cacing ni mesti mengikut skala masa yang ditetapkan.Seeloknya rujuk kepada doktor untuk sebarang maklumat yang lebih details. Selain kita ajar si kecil kita supaya menjaga kebersihan, cuci tangan, pakai kasut dan sebagainya.Kita juga mesti memastikan makanan disediakan dengan bersih dan berkhasiat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.:-)

posted from Bloggeroid

Jul 25, 2015

Durian Murah

Durian, si raja buah. Sebut durian confirm dan terbau bau dia yang puhhhhh sodap, isi yang kuning... sedap2. Sekarang dah musim durian, dulu masa bulan puasa, sibuk duk beli durian, tapi kadang risau jugak kot terkena durian Thailand yang diperam tu. Lagipun harga durian area KL, Selangor boleh tahan mahalnya, kalau tak kena pot yang betul. Lagi naye kalau kena durian timbang. Alhamdulillah, cuti raya masih ada, mak aku pulak suggest tempat orang jual durian murah, dilonggokkan dan dijual ikut bakul. Sesua sangat kalau nak buat tempoyak, nak makan cam gitu pon hokey.Apa lagi.... mencanak pantas nafsu durian aku ngeh2


Itu si Darwiish dan Bella sedang asyik melihat ahso yg busy menjual durian, duduk dalam kereta walau tingkap tutup still bau durian boleh dihidu. Bagi yang x suka durian jangan hampiri kawasan ini ngeh2, kompem korang akan mamai.


Lokasi durian murah , Karak, Manchis dan Temelong sepanjang jalan ni, beribu2 durian dijual, lori durian pon dah macam rapid KL sesaknya. Durian kat area ni memang top sebab dusun durian memang di kawasan ni. Macam2 jenis durian ada D24, Musang King, asli dan banyak lagi.Peniaga durian kat sini dimonopoli oleh kaum Cina. Kena pandai tawar menawar lah.


Itu dia hasil tangkapan kami suami isteri, 3 bakul ok... cukup la wat stok tempoyak. Tak cukup kita serbu lagi nge. Ohh 3 bakul ni penuh 1 bonet iswara kami, harga standard la... RM50-80 untuk durian kampung ni, bukan musang king hokey. Oh kalau korang nk makan kat stall tu pon boleh, ahcai dan ahso dah standby air mineral, nak tapau pon .

#isterikuhantudurian
#kuciumdurimu

posted from Bloggeroid

Jul 24, 2015

Sabun Ajaib (Review)

Sabun Ajaib wah apa yang ajaibnya dengan sabun ni. Mesti korang tertanya2 kan. Sama juga macam aku masa mula2 mengenali dan mencuba sendiri Sabun Ajaib ni.


Sabun Ajaib ini atau lebih dikenali dengan nama Sabun CHT atau Sabun Cuka Buluh Berpudina. Wah dengar pudina dah terasa2 terbau2 mint nya kan. Packaging dalam plastik tebal bewarna hijau, dari luar dah bau kesegaran dan mint nya.



Sabun Ajaib ini hanya menggunakan 3 bahan semulajadi iaitu cuka buluh, pudina, base sabun minyak zaitun. Harganya RM19.90


Keistimewaan Sabun Ajaib:

°Buatan Malaysia
°Disahkan Halal oleh JAKIM
°Tiada toxid
°Buatan tangan
°Tiada unsur haiwan
°Boleh digunakan lelaki dan perempuan mahupun kanak2
°Kegunaan 1 badan




Sabun Cuka Buluh Berpudina berfungsi :

°Merawat pigmentasi, jeragat, dan kulit bermasalah.
°Menghilangkan masalah bau badan
°Merawat masalah kelemumut, rambut gugur
°Merawat masalah kulit, ekzema, bisul, jerawat, panau, alergik
°Mengecilkan liang roma, menyegarkan badan

Cara Penggunaan :

Guna seperti sabun biasa, tunggu 2 minit baru bilas. Kalau masih rasa berminyak, bilas lagi sekali. Untuk kulit bermasalah pertama perlu cuci dan terus bilas. Kali kedua cuci dan tunggu 2 minit kemudian bilas.



Memang best pakai sabun ajaib ni, kulit badan akan rasa fresh, mint gitu... bau pudina sesangat.Ohh kalau pertama kali pakai ada terasa gatal2 itu disebabkan badan kita sedang nyah toksin.Tapi kalau berlarutan boleh refer doktor. Seketul sabun ajaib ni kalau guna untuk badan je, boleh tahan dalam 2-3 minggu. Kalau pakai di kepala, aku syorkan guna conditioner untuk melembutkan rambut

Untuk sebarang belian, rujukan dan pertanyaan korang boleh ke :

Web :
http://bamboo-soap.blogspot.com/

Facebook :
[https://www.facebook.com/pages/CHT-Green-Soap/226319927479434


posted from Bloggeroid

Jul 15, 2015

Teh Dan Kopi Made In #Gombak Tarikan Baru Danau Kota

Danau Kota tak asing lagi pada kaki shopping. Uptown yang menarik ribuan pengunjung dalam sehari dan pada musim perayaan jangan cakaplah, betapa ramainya manusia. Walaupun terpaksa berasak, dan parking jauh, tetap ramai kunjungan. Sebab kat situ, macam2 ada, waktu beroperasi pulak dari jam 9malam sampai 3-4 pagi. Boleh tawar menawar pulak. Kadang tu barang2 yang bukan2, unik2 ada dijual.


Green tea, teh dan kopi made in #Gombak daya tarikan baru, tak silap aku sebelum puasa tak ada, aku pergi baru2 ni, dari jauh nampak stall dia, cam awesome je.Aku tak boleh kalau benda2 cantik2, awesome2 ni. Hahahah


Tokey besar belanja heheh. Tq ♥



Cantikkan pacaking dia, bukan minum botol pun ngeh2. Green tea untuk aku dan Tea untuk abam sayang.Dalam kepala dah imagine rasa dia, adalah lemak berkrim lagi umpppph macam Setabakkk atau Boat Mee hehe.


Wahhhh not bad la rasa diah. Berbaloi bayar RM5 untuk 500ml sangat refreshing, tak berlemak sangat, tak manis sangat.... just nice... bukan tahap kemanisan potong kaki. Kalau korang teringin nak cuba nanti boleh lah singgah di uptown Danau Kota tepi Shell ada bro cute yang jual. Nanti dah minum jangan lupa hashtag #jomngeteh atau #jomngopi

Support our muslim & malay product. Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin.

posted from Bloggeroid

Jul 14, 2015

Rambang Mata Shopping di ENSOGO

Sekarang memang trending shopping di alam maya ataupun online shopping, Bukan hanya menjimatkan masa meredah kesesakan lalu lintas, malah mampu menjimatkan wang selain aneka pilihan barangan dan perkhidmatan hanya dihujung jari. http://www.ensogo.com.my adalah online shopping yang viral sekarang. Huhu sebab ianya menawarkan diskaun harga yang menarik, pelbagai barangan dari pakaian,aksesori, perabot gajet, peralatan sukan dan yang specialnya di ENSOGO terdapat tawaran voucher diskaun makanan , penginapan, servis perkhidmatan .



Diskaun harga akan diberikan bila kita mula mendaftar di ENSOGO boleh juga kita install aplikasinya, so mudah sikit kerja menyopping nanti. Jangan bimbang kerana barangan yang ditawarkan semuanya berkualiti dan berbaloi dengan harga.Tapi kita sebagai oengguna bijak mesti pandai memilih dan membuat perbandingan harga.



Wahhh tawaran diskaun yang banyak untuk kelas art barista, best nya..., yang ni termasuk dalam wishlist aku. Ehemmmm2 cukup budget nanti boleh lah beli, tak pun kalau ada yang murah hati nak sponsor,,, Alhamdulillah, Hanya di ENSOGO ada tawaran yang macam ni kan.




Voucher makanan di hotel, tiket ke zoo....wah syiok nya. Banyak lagi yang menarik di Ensogo. Rambang mata dibuatnya tu, belum lagi aku godek pakaian, baju baby, handbag... uhukkkk ohh ye...kalau korang nak shopping raya sempat lagi ni.... guna kod promosi MAMADARWIISH20 untuk dapatkan diskaun RM20 untuk setiap belian RM50 keatas. Kod ni sah sehingga 30 Julai 2015**

Jom shopping di EnsoGooooo !!!!

posted from Bloggeroid

Cantiknya Kasut Di Butik CalaQisya

Hari tu masa time break perasmian Butik Almari Baju by Ardini's, dalam perjalanan balik hotel, tertarik aku dengan 1 lot butik yang bewarna pink, yang mana berselerak puluhan kasut di hadapan pintu besarnya. Kalau dah banyak kasut, maknanya ramai customer di dalamnya, meati best butik ni sebab ianya sangat crouded. CalaQisya CalaShoes nama pun unik kan. Tersergam pink bangunannya, confirm menarik pengunjung.



Macam customer lain, nak masuk kena tanggal kasut, bila masuk je.... wahhhh cute, cantinya butik CalaQisya, bertemakan warna pink dan sedikit kuning.


Buku tulisan pemilik butik CalaQisya, kalau tak silap tentang kewujudan blog dan branding CalaQisya, harga menarik tu. Design dalaman CalaQisya memang tiptop, sangat unik, tak pernah lagi masuk butik yang berani gunakan warna2 macam ni.





Wahh meleleh air liur, tengok kasut2 ni. Harga pulak memang awesome. Warna pastel yang jarang ada di pasaran. Rugi tak beli hu. Bukan apa, aku kalau nak beli barang tak boleh terasak2, kena tenteram. Tapi memang best, selesa dan berkualiti ok.


Selain kasut, banyak pilihan baju raya, jubah, baju kanak2, pakaian muslimah, muslimin semua ada selain tudung dan shawl di CalaQisya.Banyak less sekarang tau.


Kalau beli shawl terpilih, dapat packaging macam ni.Menarik dan eksklusif kan.Mesti datang dan beli nanti. Huhu.CalaQisya berempat di Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 6, Shah Alam.

posted from Bloggeroid

Jul 12, 2015

Blog Tersadai Menanti Syawal

Puhh tajuk... syahdu bagai ditusuk sembilu.Ngeh2.Bukan apa rasanya hampir dua minggu kot aku tak update blog ni.Bukan bermalasan, berpoya mahupun berpeleseran... tapi biasa lah, di bulan Ramadhan... nak banyakkan rehat, ibadat dan santai... wahhhh ye2 je alasan kan.



Atau jadi teman si Isabella beradu.Tak adalah, cuma aku sibuk sikit dengan menyiapkn tempahan kuih raya, shopping raya, macam2 lag... sebab Ramadhan ni special dari bulan2 yang lain.In Sha Allah ada kelapangan akan ku update blog ni.Mudahan ada kunjungan selalu, selamat berpuasa.. dan selamat menyambut Syawal.

Jul 3, 2015

Buka Puasa Bersama Mahsuri Dan Anak Yatim

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini kami sekeluarga berasa amat bertuah kerana diundang oleh Mahsuri iaitu pengeluar kicap dan sos yang terkemuka untuk bebuka puasa bersama anak2 istimewa di Pusat Jagaan Baitul Hidayah di Puchong, Selangor. Undangan kami terima dengan teruja.Mudahan rezeki yang sedikit dapat dikongsi bersama dan memeriahkan Ramadhan mereka.


Sebelum tu, ahkak belanja korang satu gambar hehe, bersama sos manis Mahsuri. Depan tu Darwiish partner share blog ni.Macam biasa, kena daftat kehadiran dan diberi goodies istimewa dari Mahsuri.


Sampai di sana dalam jam 6.15 petang, dah kelihatan anak2 Baitul Hidayah indah berseri berbaju melayu dan kurung. Dalam hati menahan sebak, bayangkan anak sekecil 4 tahun sudah pandai membawa diri. Anak-anak disini terdiri dari anak yatim, yatim piatu, anak oku, anak muallaf. Paling muda usia 4 tahun dan dewasa dalam 13 tahun. Seramai 38 orang anaj di Baitul Hidayah ni.




Bersama adik Nisya, umur 6 tahun. Comel kan, tapi dia lebih selesa dengan kakak2 dan abang2 nya... ukhwah yang terjalin tanpa ada pertalian darah. Ssemoga mereka sentiasa gembira...



Selepas pendaftaran, diadakan aktiviti bagi meraikan anak2 Baitul Hidayah, ada musical chair, masukkan air dalam botol, cantumkan straw siapa paling panjang. Kesemua mereka sporting dan nampak gembira. Yang paling meriah, Mahsuri menjemput Osaka Clown bagi mempersembahkan magic . Semuanya kelihatan teruja.


Bersama blogger Yaya Cendana.


En.Suami yang segak berbaju melayu.Terima kasih, tanpa beliau, tak dapatlah aku hadiri segala event huhu.



Menu berbuka puasa adalah Nasi Ambeng ditaja oleh Mahsuri. First time makan, not bad.Selain tu ada kuih muih, sumbangan hadirin dan coklat rice buble dari Mama Darwiish hehe. Anak Baitul Hidayah sangat berdisiplin, selesai makan terus solat. Selesai solat, ada majlis penyampaian hadiah bagi contest snap dan win anjuran Mahsuri dan main bunga api.Terima kasih Mahsuri kerana peluang yang diberikan.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan/sedekah atau kunjungan mesra :

PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
S444, Lorong 9,
Kg.Baru Sri Puchong,
Batu 13,
47009 Puchong, Selangor

Akaun Maybank Pusat Jagaan Baitul Hidayah :
562 777 209 784

Hubungi :
Pejabat : 03 - 8069 0023
Pn.Saadiah : 013 - 703 4658
Pn.Nora : 013 - 600 2587

Email :
pjbaitulhidayah@gmail.com

posted from Bloggeroid

Jul 2, 2015

Novel Kelabu (REVIEW)

Novel Kelabu adalah novel fixi pertama yang aku miliki.Bukan dibeli tapi hadiah hasil menyertai giveaway.Memang teringin nak baca novel fixi kerana ianya berbeza dengan novel komersial yang lain huhu. Lebih terbuka dan tiada batasan dalam penyampaian. Kiranya lebih rare lah.Judul pulak satu ayat je, tak ada nak berjela2.


Antara kelainan novel fixi dan novel komersial adalah keunikkan cover novel. Cantikkan, unik, sempoi dan lain dari yang lain. Novel Kelabu hasil tulisan Nadia Khan a.k.a Nedoo. Novel Kelabu ini adalah penulisan pertamanya.


Hasil penulisannya berjaya sebab Novel Kelabu sudah dicetak selama 15 kali. Mula di cetak pada 2011. Kat situ pun kita dah tau ramai pembacanya kan.Sudah pasti gaya penulisannya berjaya memikat hati penggemar novel fixi.

Watak utama dalam Novel Fixi adalah sesorang lelaki, iaitu Amir seorang jurugambar yang menjadi boyfriend upahan kepada Jun seorang student IPT yang super hot.Anak tunggal yang mana mak bapaknya berpisah.Terselit adengan2 lucu, sedih, friendly dan banyak lagi. Jalan cerita best juga. Menceritakan kisah hidup Amir yang 'kelabu' .Nak tahu apa yang kelabu dan penyudahnya... korang kena baca sendiri ok. Xtually aku pun tak habis baca lagi ngeh2.



Novel fixi ni, lebih ringan, sebab jenis kertas yang digunakan. Novel Kelabu ni ada 455 muka surat. Kalau korang yang jenis kaki novel, kompem sehari pun boleh habis.Btw memang berjaya memikat selera membaca aku.Terima kasih kepada yang menghadiahkan novel ini. Kalai korang nak hadiahkan lagi , dengan tangan terbuka aku terima hehe.

posted from Bloggeroid

Jul 1, 2015

Pelancaran Butik Almari Baju By Ardini's

Butik Almari Baju By Ardini's menawarkan aneka pilihan baju, jubah, dan pakaian untuk ibu yang menyusukan bayi dan meternity. Alhamdulillah, Mama Darwiish dijemput untuk menghadiri majlis perasmian butik mereka pada 27 Jun 2015 yang lepas. Lokasinya adalah di Seksyen 7, Shah Alam.




Seawal jam 11 pagi aku dah terpacak di sana. Tepati call time gitu. Waktu operasi Butik Almari Baju by Ardini's adalah Isnin, Rabu-Jumaat dari jam 10 pagi - 5 petang. Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi - 6 petang. Off day hari Selasa.



Siap register, pihak Butik Almari Baju By Ardini's dengan murah hati bagi goodies bag sebagai penghargaan. Bukan 1, tapi 3. Nak tau apa dalamnya, nantikan entri khas nanti ok. Terima kasih, mudahan perniagaan ini berkekalan dan maju sentiasa .



Antara gambaran ringkas suasana dalam Butik Almari Baju by Ardini's. Berlatar belakangkan warna putih, menampakkan ruang lebih luas, bersih. Susun atur pun ok, tak merimaskan. Ramai juga pelanggan yang datang. Jangan kata ahkak tak belanja selfie ngeh2.




Kalau nak tahu, seawal tahun 2010, perniagaan mereka beroperasi secara online sehingga tahun 2013. Mula berniaga di butik 2014, dan tahun ni berpindah ke Shah Alam. Butik Almari Baju By Ardini's mengkhususkan nursing, maternity wears, semuanya longgar, menutup aurat, labuh dan selesa So mummy2, mama2, emak2, ibu2, tak perlu risau lagi nak menyususkan baby di tempat awam. Datang je ke Butik Almari Baju by Ardini's.... semuanya ada.




Selain blouse, ada juga jubah, baju lengan panjang, baju kurung, palazo, cardigan, shawl, tudung dan banyak lagi dari jenama Ardini's, Comel Ibu, Milk With Love dan banyak lagi dengan harga menarik. Banyak diskaun harga yang ditawarkan.


Selain pakaian, ada juga produk makanan , coklat, madu, kuih raya dan produk berkaitan maternity. Sangat best shopping di Butik Almari Baju by Ardini's kerana variati pilihan yang diberi, harga menarik dan staff yang sangat friendly, begitu juga pemiliknya. Yang tak best nya, tak sempat berselfie dengan mereka.
Terima kasih Butik Almari Baju by Ardini's di atas jemputan, mudahan perniagaan anda diberkati dan maju.Jangan lupa jemput Mama Darwiish di lain event dan promosi di masa hadapan :)

Butik Almari Baju by Ardini's
No. 19A, Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 6,40000 Shah Alam, Selangor

Contact :
011-3231 5954

Facebook :
http://www.facebook.com/almaribajubyadrinis

Instagram :
http://www.instagram.com/almaribajubyadrinis


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign