Aug 31, 2015

Qurban Aqiqah Murah Dan Mudah Bersama EZ Qurban

Qurban adalah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.



Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” - Maksud Hadis

Hukum qurban dan aqiqah adalah
keduanya adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut kepada yang mampu.Namun tak semua daripada kita berkemampuan...tapi jangan risau dengan adanya agensi seperti EZQurban insyaallah ibadah qurban mahupun aqiqah dapat dilakukan dengan sekadar yang anda mampu.


Ini kerana EZQurban menawarkan perkhidmatan secara online.Selain menjimatkan masa, perkhidmatan dan tawaran yng disediakan lebih murah dan profesional kerana sudah beroperasi lebih kurang 10 tahun. EZQurban juga mendapat kepercayaan IKIM FM , anda boleh dengarkan info EZQurban setiap Selasa, minggu ke2 setiap jam 6.15 petang.


Apa yang menariknya, program qurban dan aqiqah dibawah EZQurban dijalankan di negara miskin, yang kekurangan makanan seperti, Thailand, Vietnam, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Bangladesh. Insyaallah, luasnya pahala bersedekah kita nanti. Sekiranya kita mahu melihat sendiri, kita boleh mengikuti, team EZQurban dalam jelajah kembara Qurban.


Harga qurban dan aqiqah EZQurban :

-Aqiqah 1 ekor kambing RM580
-Qurban 1 bahagian lembu RM300
-Qurban 1 ekor lembu RM2100
-Qurban 1 ekor kambing RM580

Harga termasuk 6%GST. Jadi anda boleh buat pilihan berdasarkan budget anda. Dan proses seterusnya dikendalikan EZQurban.Sangat Mudah untuk beribadah kan.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar, anda boleh mengisi borang secara online http://www.ezqurban.org/daftar-qurban

Web :
http://www.ezqurban.org

Facebook :
http://www.facebook.com/ezqurban

Office :
No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Hubungi :
Office : +603 618 619 11
Hotline : +6013 238 6000
Whatsapp: +6013-318 6984
Fax : +603 6186 7872
Fax : http://www.ezqurban.org
Email : ezqurban.adm@gmail.com

Isnin - Jumaat : 9.00AM – 5.00PM
Sabtu : 9.00AM – 2.00PM
Ahad/ Public Holiday : Tutup

#BlooggersMedia
#EZQurban
#QurbanAqiqah

SELAMAT MENJALANI IBADAH :-)

posted from Bloggeroid

Aug 29, 2015

Hadiah Merdeka !!!

Merdeka !!!! Semoga Malaysia sentiasa dilindungi Allah, rakyatnya rukun dan makmur. Alhamdulillah dapat dua hadiah hasil ku bercontest cintost hehe di fb, bukan di blog.Memandangkan line internet yang segan silu... so layan contest di fb dan ig je.


Sepasang tiket dewasa Kidzania.... ohmygoshhhh memang teringin nak pergi merasai dunia kanak2.Tapi apakan daya... tarikh tak ngam... pos expresss pulak ... ehem ehemm .paham2 je la.


Yang ni puzzle bergambar.... geram nak main tapi sayang. Dah molek di frame kan. Terima kasih @puzzlebergambar.

Terima kasih penganjur, penaja, pembaca semua. Ingat tak selalu kita akan berjaya dapatkan apa yang kita hajatkan, tapi tak salah kita berusaha. Antara hobi yang mendatangkan untung. #kakikontest

posted from Bloggeroid

Aug 28, 2015

Bahaya Sembelit Dan Cara Merawatnya

Sembelit haha, bukan perkara remeh. Jangan dipandang enteng perkara sebegini terutama yang melibatkan kesihatan kita. Nak2 pulak berkaitan dengan kesihatan dalaman. Ada tu sampai seminggu tak membuang, tak payah cakap orang, ku pun sama macam tu dulu, malas minum air. So jangan dipandang remeh SEMBELIT tau.

Bahaya sembelit :

° Terdedah kepada risiko kanser usus / kolon kerana najis akan terkumpul dan mengeras, kemudian lekat didinding usus.


° Toksin akan terkumpul dan menyebabkan kita mudah sakit kepala dan pening.
° Mengganggu enzim detokfikasi
° Sakit perut, buncit kerana tidak puas membuang.
° Mulut berbau busuk, mengantuk dan sebagainya.


Cara merawat sembelit :

° Banyakkan minum air kosong. Sekurangnya 3L sehari.
° Makan makanan yang berserat tinggi, nasi, roti, bijirin.
° Banyakkan makan sayur, buahan.
° Lakukan senaman kerana meningkatkan motabolisme.
° Mencangkung semasa membuang.
° Makan 4 biji HERB-LAX sebelum tidur.

HERB-LAX SHAKLEE sangat bagus bagi mengatasi masalah sembelit dan perut buncit. Selain berfungsi sebagai agen detox bagi mencuci usus dengan ramuan daun Sena. Makan je... sure pagi esok dengan lawasnya uols akan membuang. Lega rasa bila perut kosong.... ringan je.Jom berdetox secara semulajadi. Dapatkan sekarang, harga tk sampai RM50.


ShakleebyAiin
SMS / Whatspp / Telegram : 012-9125 998

Trusted SID :
1210115

Email :
aiinbaharom86@gmail.com

Blog :
http://www.mamadarwiish.blogspot.com

Facebook :
Aiin Baharom

Instagram :
@aiinbaharom

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Aug 27, 2015

Cara Hilangkan Selesema Dengan Cepat

Sekarang musim hujan, panas, cuaca yang tak menentu. Tambahan dengan fenomena jerebu yang semakin menukar. Selesema senang je nak jadi, tersangatlah tak selesa kan. Bila selesama ada pula anak kecil, bimbang nya rasa takut berjangkit. Selesema ini disebabkan virus yang menjangkiti saluran pernafasan bahagian atas. Jadi salur hidung, kerongkong semuanya terjejas.Tu belum buka bab bila kita nak solat, hingus meleleh je, uiii sangat tak selesa kan.Selain rujuk kepada doktor bermacam.alternatif yang lain yang boleh kita cuba untuk merawat selesema.




Berbagai petua tradisional yang boleh kita praktikkan. Jangan selalu mengambil Panadol dan seangkatan dengannya.... kerana ia bukan memulihkan masalah secara semulajadi dan boleh mengakibatkan kesan dimasa akan datang.Boleh amalkan, antara petua yang ada.


Oh ye kalau dah selesema memang akan selalu terbersin... bagi mengelakkan penyebaran kuman, kerap cuci tangan, tutup mulut, hidung dengan kain bila bersin, jangan berkongsi bekas minuman dan sebagainya.

Tapi Alhamdulillah sekarang aku just makan 2 biji Vitamin C Shaklee 3 hari je, selesema pun hilang. Macam tu juga kalau rasa nak demam tau. So tak perlu bergantung dengan ubatan yang sur ada dadah tu kan.Selain sihat, muka pun kurang jerawat, kulit lembab je, makin cerah. Dah ramai orang even blogger pun tahu keajaiban Vitamin C Shaklee ni.


Kalau uolss nak tahu sebotol ni ada 180 tablet, boleh tahan 6 bulan. Sangat menjimatkan. Kalau nak cuba boleh klik link ni, ada special promo !!!
VITAMIN C SHAKLEE MURAH

Atau boleh hubungi ku sendiri as your trusted SID : Aiin 012-9125 998

#shakleebyaiin

posted from Bloggeroid

Aug 25, 2015

Special Offer VitaC Plus Shaklee



MERDEKA SALES !!!!


SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

  • 180 tablet
  • Tahan 6 bulan
  • Kesan seawal 1-2 minggu
  • Kuatkan tulang, gigi
  • Kuatkan sistem imun
  • Mencerah/glowing
  • Rawat jerawat/resdung
  • Hilangkan jeragat
  • Pudarkan parut
  • Anjalkan kulit
  • Flawless/gebu

FREE CONSULTATION !!!! FREE GUIDE !!!
HARGA ISTIMEWA !!!



Whatspp/telegram :
Aiin : 012-9125 998


Aug 24, 2015

Masker Organik Warisan Merawat Kulit Wajah Dan Badan (REVIEW)

Masker Organik Warisan merupakan keluaran Bumiputera Islam dan Halal. Produk organik memang menjadi tumpuan masyarakat sekarang , tak kisah dalam pembuatan produk kecantikan, makanan dan sebagainya. Salah satu sebabnya adalah kerana ia bebas kimia dan toksid. Masker Organik Warisan... bukan sahaja sesuai untuk kegunaan kulit muka malahan boleh dibuat lulur... Wahhhh best kan...


Masker Organik Warisan 100g tanpa bahan pengawet,bahan kimia dan dijamin 100% organik. Jadi kita boleh manjakan dan cantikkan kulit secara alami dan tradisional.


Masker Organik Warisan ni dihasilkan daripada bahan organik seperti Beras Organic Japan, Pitera, Ekstrak Barli, serta 7 jenis bijirin terpilih.

Wahhh teringat pulak pada bedak sejuk buatan tangan nenek... natural kan bahan2 dia.


Khasiat Masker Organik Warisan :

° Melembutkan, melicinkan dan menghaluskan kulit.
° Memudarkan parut jerawat
° Mengelakkan jeragat, jerawat, kulit kusam
° Menggebu dan mencerahkan.

Tapi harus diingat, kesan yang bagus adalah dari cara pemakaian yang konsisten dan mengikut kulit seseorang.


Packaging sangat awesome, buka je, wah meruap bau dia. Ada bau macam beras, soya macam tu... emmm macam kat spa pulak. Didatangkan dalam serbuk putih, ada macam biji halus beras yang dikisar.


Cara Penggunaan :

1. Cuci muka dan lap sehingga kering.
2. Ambil setengah sudu serbuk Masker Organik Warisan dan campurkan dengan satu sudu air masak.Kacau sebati.
3. Sapukan keseluruh muka dan biarkan kering atau sehingga 30minit.
4. Cuci dengan air bersih dan keringkan.

Ohhh ye kalau kulit berjerawat macam aku, boleh tambahkan sedikit jus limau nipis. Untuk kesan optimum kenalah jaga pemakanan dan amalkan makan Vitamin C dan E yang baik untuk kulit.

Masa cuci masker tu, gonyoh sikit muka tu, rasa macam pakai skrub pulak... uhhh syiok nye.Masker ni sesuai untuk semua jenis kulit lelaki mahupun perempuan. Kalau rajin bolehlah lulur satu badan... boleh amalkan hari2 dan boleh jimat sampai sebulan.


Dengan riang ria aku posss dengan Masker Organik Warisan.. tapi jujur aku citer, walau baru pakai sehari kesannya memang awesome selamat kalau termakan... tapi jangan sengaja makan pulak haha.


Lepas pakai, bau wangi dia still ada. Kulit rasa lembut, halus je. Lembab je. Masa tepek kat muka tu rasa sejuk... nyaman je...
Sebelum pakai muka kusam sikit, penat kot... lepas pakai... segar berseri uolsss.Kalau pakai sebulan... wahhh InshAllah gebus gebas lagi ni huhu. Jomlah cuba... ohh ye selain Masker Organik Warisan ni ada dalam botol percubaan 40g... ada juga Sabun Organik Warisan.....pun organik tau. Blogger cute si Yuyu Zalikha pun dah cuba tau... uolss bila lagi.


Harga Masker Organik Warisan :
Botol ekonomi (100g)
RM29.90 sm / RM35.90 ss

Hubungi :
Mastura 013 - 300 8843

Web :
http://www.warisanorganik.blogspot.com

Facebook :
https://m.facebook.com/maskerorganikwarisan

Instagram :
https://instagram.com/maskerorganikwarisan/

posted from Bloggeroid

Aug 20, 2015

Baby Bella Alergik Telur & Vaksin MMR

Alhamdulillah 18hb Ogos yag lepas baby Bella genap 1 tahun.Kalau ikut medical schedule, sepatutnya Bella kena injection MMR bagi mengelakkan penyakit seperti Rubella, beguk dan campak. Tapi disebabkan Bella ada alergik pada telur.... so tak boleh dapat suntikan tu di Klinik Kesihatan tetapi harus di refer kepada hospital berdekatan.


sumber Google

Kenapa kalau baby alergik telur tak boleh disuntik MMR di klinik ? itulah antara soalan aku pada nurse hari tu. Masa Darwiish haritu Alhamdulillah ok... takde alergik... so kali ni terpinga2 aku, risau pun ye jugak. Rupanya vaksin MMR tu dihasilkan dari telur so kalau disuntik pada baby yang alergik dikhuatiri akan menyebabkan sesak nafas atau sebagainya.. Nauzubillah... sebab tu kena transfer hospital... ada doktor dan kelengkapan yang sepatutnya.


Mudahan semua ok. Doktor dari KK akan bagi satu surat utk kita refer pada hospital, nanti pihak hospital akan tetapkan tarikh, dan dia akan bagi tahu.... selepas baby di inject kena tunggu 2 jam, tengok ada sebarang reaction tak pada baby, kalau ada kena admit ward, kalau tak.... boleh balik.... huhu risaunya.

Sekadar perkongsian, seawal 10 bulan, nurse akan arahkan bagi telur pada baby utk tengok sama ada mereka alah atau tidak. Tak kisahlah rebus ke, goreng ke... janji telur sahaja. Macam Bella, 1st time bagi terus merah leher, ingatkan saja dia garu... tapi bila dah sampai 3 kali sama juga. So stop... jangan bagi lagi ok.Nanti bagitahu nurse.
Tanda2 alahan telur pada baby keluar ruam2, bintik merah, gatal2 cam tu.

Wish everything will be fine :-)

posted from Bloggeroid

Aug 19, 2015

Cupcakes Untuk 1st Birthday Isabella

Alhamdulillah semalam 18 August 2015 genap setahun umur si Sophea Isabella sekejap je rasa dah besar. Memandangkan birthday jatuh pada hari bekerja, x dapatlah celebrate kat luar heheh... tapi x pe Bella, mama siapkan cupcakes untuk Bella.




Tadaaa itu dia vanilla cupcakes with butter cream frosting. Asalnya nak buat kaler pink, tapi tak ada pulak.... so twist kaler ungu violet mudahan Bella keep calm selalu.


Selamat hari lahir Sophea Isabella mama,papa doakan Bella sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, jadi anak yanh solehah dan dipermudahkan perjalanan hidup... Amin.


Muka Bella yang penuh keterujaan tengok cream tu huhu.... Nantikan entri khas resepi simpke cupcake vanilla.

posted from Bloggeroid

Aug 17, 2015

Rahsia wawa Zainal kekal Flawless Terbongkar !!!!

Korang perasan tak si Wawa Zainal tu, sekarang kulit muka dia makin flawless, glowing kan. Ramailah peminat, followers dia duk tanya... apakah rahsia dia kan. Selain memang dah sedia cun, tapi rupanya si Wawa ni just pakai sati BB Vream yang tengah hot sekarang......




SyaLaa BB Cushion Cream rupanya. Ooooo patutlah. Dengar citer kalau pakai BB Cream SyaLaa ni memang simple, tak payah dok tepek menda lain. Lepas tu dapat 5 manfaat dalam 1. Jimat pulak tu.... ehemmmm confirm lepas ni kena usha dan grab si SyaLaa.



Tuhaaa si Wawa duk update kat ig dia.... huhu... xtually ramai juga blogger yang dah try kan... boleh dikatakan positive feedback.Kalau korang nak info lanjut tentang SyaLaa BB Cushion Cream jom kita pakat jengok :



Website :
http://www.syalaaempire.com/

Fanpage :
https://www.facebook.com/SyaLaaEmpireOfficial

Aug 14, 2015

Dapatkan 10% Diskaun Harga Di D'Kayangan Steamboat Shah Alam

D'Kayangan Steamboat Bbq & Grill Shah Alam tidak asing lagi bagi penggemar steamboat. Harga pada hari biasa adalah RM33 untuk dewasa, dan RM17 bagi kanak2 6-12 tahun. Tetapi korang boleh dapatkan 10% diskaun harga pada hari2 tertentu.


Hari Selasa diskaun 10% diberi kepada pelanggan yang memakai baju berwarna pink .. note ok baju tak kisah lah tshirts, blouse, baju kurung, baju melayu janji baju bukan topi, shawl, tudung dan seangkatannya.


Rabu adalah ladies night. So kepada gadis2 , gugurl, wanita2 tulen boleh makan di D'Kayangan Steamboat dengan 10% diskaun harga. Tapi make sure... wanita tulen ok hehe


Khamis is Student Day haha buat student2 nak makan steamboat murah boleh datang hari Khamis, just tunjuklan kad pelajar korang... nanti dapat diskaun harga 10%

Selamat menyeteamboat ngeh2. jangan lupa #dkayangansteamboat

BUFFET STEAMBOAT
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam

Facebook :
https://m.facebook.com/pages/Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan/203237499742318

Instagram :
https://instagram.com/dkayangansteamboat

Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

Contact:
03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091

Waktu Operasi :
5pm - 2am

Hash Tag: #dkayangansteamboat

posted from Bloggeroid

Aug 13, 2015

D'Kayangan BBQ & Grill Steamboat Shah Alam (REVIEW)

D'Kayangan Steamboat telah beroperasi selama 6 tahun menawarkan sajian steamboat secara buffet . Wah kalau buffet ni paham2 je lah kan... korang boleh makan sampai lebam ngeh2. Sesuai dengan trademark D'Kayangan Steamboat iaitu makan sampai kenyang .Tapi ingat jangan sampai membazir pulak. D'Kayangan Buffet Steamboat ni terletak di bangunan Acapella senang cerita korang waze aje, dari jauh nampak bangunan tu tau. Alhamdulillah last week dapat jemputan dari En.Ariff selaku managernya.... terima kasih....ye En.Ariff. Xtually ini kali kedua kamis sekeluarga berpeluang makan2 disini.



Sebelum menjamu korang dengan gambar2 steamboat tu, meh kita tengok dekorasi D'Kayangan Buffet Steamboat....wah nampak elegan dengan wallpaper dan lampu2 nya kan. Susunan meja yang teratur walaupun keluasan yang agak terhad. Surau, tandas juga turut disediakan so jangan bimbang.


Ini adalah menu utama D'Kayangan Steamboat... Ya Allah puluhan pilihan yang disajikan. Confirm korang akan rambang mata.


Bermacam pilihan makanan laut ada, ada sotong,udang, ketam, lala, kupang, kerang , ahhhh macam2 sampai ada yang tak tau nama. So kepada penggemar seafood macam aku, sure akan senyum lebar bila tengok udang, sotong yang besar gedabak lagi fresh hehe.


Ohhh jangan bimbang kalau korang tak makan seafood, ayam, ikan, daging pun ada. Dan yang diperap pun ada... sangat best untuk digrill.... itu yang best di D'Kayangan Steamboat sebab ada bbq dan grill juga.




Kalau dah namanya steamboat tak sah kalau takde bebola semua tu kan...macam2 bebola ada, dalam pelbagai bentuk, warna yang menarik. Ada ikan, udang, ketam dan sotong. Dan yang paling cute pun ada.... anak2 sure suka.... dengan mama2 pun suka hehhe.



Sayuran segar seperti kangkung, cendawan dan kubis pun disediakan. Mee pulak lebih dari 5 jenis.... mak aiii banyaknya... ada mee maggi, ada mee udon, mee halus macam2 la ada... telur puyuh pun ade tau.


Pilihan sos yang disediakan



Kalau korang nak makan nasi pun ada,nasi lemak, nasi berlauk, bihun goreng semua pun ada. Wahhh kambing golek pun ada.... tu dah tinggal rangka...so datang awal ye hehe



Untuk minuman ada disediakan air kosong, sarsi, anggur dan oren. ABC pun ada... wahhh syiok kan... aiskrim pun ada.... yang paling best perisa mint choc pun ada. Ohhh minuman panas pun ada bagi korang yang tak minum ais, seperti kopi dan teh.



Untuk pencuci mulut disediakan buaha. seperti tembikai merah, kuning dan susu. Buah oren, mangga, jambu batu dan bestnya boleh buat rojak buah yummmy



Wahhh ni baru 1st round, emmm sedapnye... En.Suami siap berbaju melayu lagi. #inikanraye hehe.




Dah makan baru bergambar, wefie, grufie semua ada... Alhamdulillah terima kasih kepada En. Ariff dari pihak D'Kayangan Steamboat kerana sudi menjemput dan En.Suami serta rakan2 yang sudi hadir. Semuanya berpuas hati dengan menu dan service yang tiptop.

Harga Buffet D'Kayangan Steamboat :
RM 33 nett untuk dewasa
RM 17 nett untuk kanak2 (6-12 tahun)


D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam

Facebook :
https://m.facebook.com/pages/Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan/203237499742318

Instagram :
https://instagram.com/dkayangansteamboat

Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

Contact:
03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091

Waktu Operasi :
5pm - 2am

Hash Tag: #dkayangansteamboat

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign