Sep 29, 2015

Dapatkan 10% Diskaun Shopping Di Seoulsia.com

Seoulsia

http://www.seoulsia.com/ merupakan antara e-commerce store ataupun online shopping center dari Seoul, Korea. Menawarkan ratusan pilihan produk unik dan menarik dari Korea. Wahhh sebut pasal Korea, kepala terus imagine korea punya skin care. memang diperakui mengagumkan. Bukan sekadar produk skin care, malah SEOULASIA turut menawarkan pilihan seperti rangkaian produk penjagaan wajah, aksesori, dekorasi rumah, gadget unik, akesori untuk pet , fesyen dan bermacam lagi.

Di SEOULASIA juga menawarkan produk untuk lelaki. Dan yang paling penting semua produk yang dijual di Seolasia dipilih sendiri oleh team Seolasia yang pakar dan berpengalaman dalam fesyen dan aliran semasa. Memang korang akan rambang mata. Tak percaya jom kita jelajah Seoulasia.. dan jangan lupa korang boleh dapatkan 10% Diskaun bila korang gunakan special code AIIN10 semasa membuat bayaran.




Antara yang menjadi pilihan aku adalah GREYMELIN AC-ZERO CONTROL FOAM CLEANSER 150ML + 32,000 WASHING BRUSH, sesuai sangat untuk muka yang tengah berjerawat mi. Cute pulak brush tu. Tak payah beli pobling dah uhuhhh. Harga pun ok, Produk import kot. Banyak diskaun dah tu, tambah lagi diskaun 10% kalau guna special code AIIN10.


GREYMELIN AC-ZERO CONTROL FOAM CLEANSER 150ML + 32,000 WASHING BRUSH

GREYMELIN AC-ZERO CONTROL FOAM CLEANSER 150ML + 32,000 WASHING BRUSH

Regular priceRM 172.00 Sale priceRM 96.00

IM Coffee Company Cold Brew Coffee Papillon Blossom 200ml

Korea juga terkenal dengan kopi. Huh memang sesuai untuk pencinta kopi. Bermacam jenis kopi boleh korang beli di Seoulasia. Paling syiok packaging yang unik.... geram tengok kan. Harga pun ok tau.

IM Coffee Company Cold Brew Coffee Papillon Blossom 200ml

Regular priceRM 49.90 Sale priceRM 37.90


Happy Breeze X Kakao Friends Limited Edition Car Freshener


Happy Breeze X Kakao Friends Limited Edition Car Freshener

RM 64.90


Kenapa shopping di seoUlasia best ???
  • Hanya barangan berkualiti , unik dan menarik dari Korea yang ditawarkan
  • Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik
  • Ada banyak diskaun harga yang ditawarkan
  • Ada 10% diskaun harga jika shopping gunakan special code AIIN10
  • Free shipment fees
  • Tempoh terima barang cepat antara 1-3 hari bekerja atau 8-10hari bekerja sekiranya barangan direct dari Korea / tiada stok di Malaysia.
  • Cara bayaran mudah, boleh guna Paypal / ipay88 Internet bank

CARA SHOPPING DI SEOULASIA :



  1. Pilih barangan yang korang suka
  2. Add to cart
  3. Isikan details pembeli seperti Nama, Alamat, No.Tel, Email
  4. Pilih cara bayaran dan buat bayaran
  5. Jangan lupa masukkan special code AIIN10 di ruangan check out untuk dapatkan 10% diskaun harga.

GIVEAWAY NOVEL KESAYANGANS



Saya nak novel kesayangans kerana, dah lama tak baca novel. Teringin nak baca novel free pulak hehe. Wish me luck

Sep 22, 2015

Rawat Kulit Bermasalah Dengan ZIZANI SECRET SOAP

Rawat kulit bermasalah dengan Zizani Secret Soap Masalah kulit bukan hanya diwajah malahan badan. Masalah kulit seperti kulit berminyak, jerawat, gatal-gatal, kulit kering, parut dan sebagainya berpunca daripada hormon yang tidak stabil, gaya pemakanan dan penjagaan diri yang tidak sihat . Kadang-kadang masalah ini membuatkan kita berasa tidak selesa dan kurang berkeyakinan.Sekarang tak perlu risau lagi, kerana Zizani Secret Soap mampu merawat masalah kulit , dan kesannya dapat dilihat dalam masa 5 hari.


Zizani Secret Soap khasiat kesempurnaan 4 dalam 1. Dihasilkan dari 86% sumber semulajadi, bebas Paraben, Silikon, SLS dan Petroleum.

-Mencerah
-Merawat Jerawat
-Anti Jeragat
-Anti-Penuaan


Khasiat Zizani Secret Soap :

-
Membantu mencerahkan tona wajah, parut dan tompok jeragat

-Membantu mengawal kulit berminyak dan berjerawat

-Membersih wajah dan badan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit

-Membekalkan kelembapan semulajadi sepanjang hari tanpa kesan berminyak

-Membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus

-Membekalkan antioksida yang penting untuk military melawan kesan UV matahari

-Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

-Formulasi natural yang unik, tanpa pengelupasan, tanpa paraben dan SLS



Zizani Secret Soap adalah milik 100% bumiputera Islam, mendapat pengesahan dan kelulusan dari ISO dan GMP. Boleh gunakan tanpa was-was.


Kandungan Zizani Secret Soap :

Zizani Secret Soap dihasilkan dengan gabungan herba terpilih dari serata dunia seperti Propolis (Korea), Asid Amino (Jepun), Sengkuang (Indonesia) dan Tea Tree (Australia)

Sorbitol, Lauric Acid, Myristic Acid, Sodium Hydroxide, Aqua, Glycerin, Propolis Extract, Sodiun PCA, Butylene Glycol, Phenoxyethanol, Parfum, Pachyrrhizus Erosus Root Extract, Melaleauca Alternifolia (Tea Tree), Leaf Oil, Propulene.


Wah meriah uolsss buih dia, buihnya halus dan lembut saja, Bau pula, tak kuat sangat, tapi ada bau Tea Trea Oil yang menyegarkan.


Cara Penggunaan Zizani Secret Soap :

Letakkan sedikit air pada sabun, kemudian gosok sehingga berbuih. Gosok dan sapukan buih tadi ke muka atau badan. Kemudian bilas macam biasa. Bilas sampai bersih, kemudian lap hingga kering.

Memang best, sebab kulit tak terasa kering lepas guna Zizani Secret Soap ni. Tiada pengelupasan dan kesan sampingan ok . Rak sabar tunggu jerawat-jerawat ni kecut.


Lebih baik uols mencubanya sendiri, harga pun murah, cuma RM29.00 (sm) dan RM35.00 (ss) satu kotak 35g / 1.23 oz


Zizani Secret Soap

Laman Web:
http://www.zizanisecret.com

Facebook:
Zizani Secret Soap

zizanisecretsoap :
Telefon: 019-6060768
posted from Bloggeroid

Sep 21, 2015

Header Baru, Semangat Baru

Header blog baru untuk blog Mama Darwiish. Hari tu, dah buat template baru. Rezeki berblogging, review ada lebih, jadi aku laburkan sedikit untuk menambah baik blog. Header ni pun dah berapa kali aku tukar.... emmm sebelum ni ada yang dibuat sendiri dan ditempah khas dari blog designer yang berbakat.


Ok, ni header buatan sendiri, kehkeh lawak la pulak.Nampak sangat tiada seninya kan. Tapi Alhamdulillah, ramai juga kunjungan. Terima kasih.


Ini header blog Mama Darwiish yang paling latest. Muka bajek model spek mata gitewww.Hidung itu aset utama ngeh2. Ditempah khas dari blog designer yang tak jemu melayan kerenah aku yang triple cerewet. Murah je servis dari beliau. Harga header / edit blog serendah RM15, sebelum ni template pun tempah dengannya. Ramai lagi blog designer yang hebat seperti Azhafizah, Sheda Ucu dan ramai lagi.Masing-masing ada identiti dan trade mark sendiri.

Dengan budjet yang geli-geli aku gunakan khidmat MaisarahSidi Mudahan dengan header baru ni, blog Mama Darwiish lebih segar, lebih ramai pengunjung dan mood berblogging pun meriah.Amin

posted from Bloggeroid

First Time Rasa Kuih Bulan

Pesta Kuih Bulan atau Pesta Tanglung dirayakan kaum cina pada hari ke 15 bulan kelapan dalam kalendar cina.Sebab tu lah kuih bulan atau moon cake ni banyak dijual sekarang. Kaum Cina menjadikannya makanan istimewa sempena perayaan Kuih Bulan, dijadikan buah tangan semasa kunjung mengunjung.


Wahh rezeki namanya ni, dapar kuih bulan / moon cake versi non-baked dari jiran.Halal hehe , actually jiran ni pergi baking class, ada lebih... Cantiknya warna dia, macam batu jed. Biasanya kita tengok kuih bulan macam-macam bentuk, saiz, warna dan perisa kan. Geram tengok.


Teruja jiwa masa nak belah kuih bulan / moon cake ni hehe. Nak tengok cantik tak dalam dia hehe. Wahhhhhh macam kuning telur kan... tapi bukan. Ni kastard jagung. Yummmmy. Tekstur lembut macam puding. Emmm nak rasa kuih bulan / moon cake versi bakar pulak.Kalau nak beli pastikan ianya Halal ye. Mudahan menang contest / ga dari http://mamadarwiish.blogspot.my/2015/09/the-bakers-cottage-mooncake-giveaway-by.html?m=0

posted from Bloggeroid

Sep 20, 2015

Jom Sertai Sambutan Bulan PLAY-DOH ®

Play-Doh julung kalinya menganjurkan sambutan bulan Play-Doh® bersempena 50 tahun dipasaran. Wahhh tahniah Play-Doh®. Membantu dalam memberikan inspirasi dan imaginasi anak-anak untuk bermain, bereksperimen serta kemahiran mengukir dan membentuk ciptaan yang unik. Selain dapat mengenal warna.


Kanak-kanak malahan ibu bapa serta orang dewasa dijemput hadir bagi meraikan bulan Play-Doh® bermula 21-27 September 2015, Ground Floor, HighStreet, 1 Utama . Disana uols berpeluang menyertai cubaan The Malaysi Book Of Records dengan menghasilkan ukiran dan bentuk paling banya menggunakan Play-Doh® . Dan kalau hasil ukiran uols unik dan menarik , uols berpeluang menangi hadiah istimewa dari Play-Doh®.


Wahhh tengok su Darwiish, happy sangat dapat Play-Doh® Party Pack, teruja la tu nak bentukkan.



Ada 10 warna semuanya, wah mama Darwiish pun teruja tengok. Bau wangi, tak berminyak macam jenama yang lain tu. Awas ye Play-Doh® hanya sesuai untuk anak-anak berusia 2 tahun ke atas.Takut diaorang makan. Play-Doh selamat dimain kerana bebas toksid dan kimia berbahaya



Seronok dapat main Play-Doh, dapat tengok imaginasi si Darwiish. Macam-macam yang dia nak hasilkan. Bertemakan komunit Malaysia, terhasillah imaginasi aku dan Darwiish. Leka menggentel dan membentuk heheh.


Taraaaa. Cantik tak. Malaysia tanah airku. Disinilah bermulanya sebuh cinta, menjadi keluarga yang harmoni di negara yang aman dan damai In Sha Allah. Play-Doh mainan yang menarik dan bagus untuk permainan dan pembelajaran anak-anak berbanding gadget.

Untuk info lanjut mengenai **Bulan Play-Doh® boleh kunjungi laman web http://www.playdoh.com

posted from Bloggeroid

1st GiveAway by Ciktaman



Assalamualaikum dan hai :)

Saya suka Blog CikTaman yang simple, tak berserabut. Warna pula soft je, penulisan pula mudah difahami. Best !!!

Sepanjang bulan September ni, cktmn nak buat satu segmen untuk korang semua..


1st GiveAway by Ciktaman




Ok syarat penyertaan senang je!


1. Mesti follow @ like


* Blog - ciktaman + nuff click 
* Instagram - ctctraudhah | molekgilo


2. Buat satu entri [copy coding yang diberi] dan komen



pasal blog ciktaman tak lebih 15 patah perkataan..




3. Tinggalkan URL entry korang pada post ini sahaja. *link pada chatbox tak dikira







4. Tempoh GA adalah bermula 1 September sehingga 30 September 2015''













** Untuk lihat senarai peserta kat SINI



*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI



***Pemenang akan dipilih sepenuhnya daripada cktmn









--------------------------------------------------------------------------------------------------

GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015


Tamat : 8/10/2015

Pengalaman pertama saya... bermula pada tahun 2011, masa tu tengah sarat mengandungkan si Adam Darwiish. Terasa masa banyak terluang, nak buat kerja berat, kerja lebih tak boleh... jadi asyik menggodek En.Google... terjumpa bermacam-macam blog, rasa seronok membaca dan meneroka ke blog dan penulisan mereka.
Kebetulan saya pun minat menulis, jadi bermulalah kisah saya sebagai blogger. Saya menjadikan blogger-bloger hebat seperti Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Red Mummy dan Khety jem sebagai rujukan dan inspirasi.Pada mulanya saya menulis tentang tips, info dan petua. kemudia saya lebih selesa bercerita mengenai kehidupan dan gaya hidup .
Dan nama blog saya Mama Darwiish juga bersempena nama anak sulong saya, menulis blog bersamanya yang masih dalam kandungan hehe, Alhamdulillah dah hampir 4 tahun saya berblogging banyak pahit, manis dan susah payah dalam menulis blog. Mudahan blog saya takkan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas InshaAllah


Rakan Tagging :
http://www.azhafizah.com/
http://umikasum.blogspot.my/
fadzirazak.com
http://www.azlindaalin.com/
www.juliajohari.com/

Az Zahin Turns 5 Giveaway by sihatcomelceria.com


Tamat : 26 Sept 2015

Sep 19, 2015

Ulangtahun Perkahwinan Ke-5

Alhamdulillah, genaplah 5 tahun usia pernikahan kami. Mudahah ikatan pernikahan ini dirahmati hingga ke Jannah.. Amin. Dikurniakan 2 orang zuriat yang mudahan menjadi anak soleh dan solehah. Ewahhhh tersingkap pula kad kahwin kami dulu.... mengimbau kenangan uolsss. Purple temanya...


Tahun ni tarikh jatuh pada hari bekerja... jadi tak ada peluang nak dating mating... hehe beli kek , KFC dan masak spagety carbonara buat makan kami 4 beranak.



Kek Ultraman... suka si Darwiish
Sori tahun ni tak ada kek reben2, love2. Pilihan si teruna. Seronok bila anak2 ceria... mudahan kami menjadi ibu bapa yang mithali.Inshallah... Amin. Terima kasih En.Suami menemani hidupku 5 tahun ngeeeee :-)

posted from Bloggeroid

Sep 18, 2015

Coconut Shake The Best In Town

Coconut shake antara minuman yang menjadi pilihan ketika dahaga, puhhh minum pula ketika cuaca panas, memang awesome. Bukan sekadar menghilang dahaga tetapi berkhasiat . Hari Malaysia kelmarin, En Suami ajak pekena coconut shake berdekatan rumah kami. Katanya bukan coconut shake biasa-biasa. Wahhh apa yang luar biasa.... dengan tak sabar aku nak try... kekeke kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.


Ini coconut shake perisa oreo. Aikkk coconut shake ada macam-macam perisa ke. Haaa itulah yang specialnya coconut shake milik En.Hassan ni. Selalu kita minum coconut shake warna putih je kan.Rasa dia memang terbaekkk, dengan rasa air kelapa yang menyegarkan, lemak, manis semua cukup.Dan yang penting tak muak.Tekstur ais pulak halus je... slurppp gitu , tak sedar habis satu cup hehehe.



Waktu operasi dari jam 11pagi-6petang. Lokasinya berdekatan tapak pasar malam / Tesco Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. Dari jauh boleh nampak payung merah Walls tu.En.Suami kata customer memang tak pernah putus, hahaa itu good sign menandakan coconut shake dekat sini sedap. Kalau nasib korang baik, berbaris panjangla ye... tapi ok kot, sebab hilang penat berbaris tengok owner coconut shake yang hidungnua ala-ala Zizan Razak kekeke. Sorri En.Hassan.



Coconut Shake kat sini special sebab ada macam2 perisa, tapi rasa air kelapa tu memang power.... Bermacam pilihan yang ada seperti perisa oreo, coklat, strawberi, original. Saiz pula ada dua besar dan sederhana. Harga berbaloi dengan rasa dan servis yang mesra, cepat dan bersih. Harga serendah RM3-RM5.So kalau korang teringin nak cuba, bolehlah singgah ke gerai coconut shake ni. Confirm nak datang lagi. Semoga perniagaan En.Hassan dan rakannya dilimpahkan rezeki.Amin
posted from Bloggeroid

Sep 17, 2015

BROOCH Mini Giveaway

Face Mask Giveaway

Tamat : 3.10.2015

Sep 14, 2015

THE BAKER'S COTTAGE MOONCAKE GIVEAWAY BY AYUNI RAFILAH

Sponsors Wanted !!!


Assalamualaikum......

Dah lama rasanya ku tak anjurkan giveaway mahupun contest. Almaklumlah sibuk dengan anak-anak selain masa yang tak mengizinkan. Sekarang masa yang sesuai untuk anjurkan satu giveaway / contest memandangkan ku dah ada income tetap sebagai online marketing officer Alhamdulillah.... jadi nak kongsikan sedikit kegembiraan tu bersama uols yang setia.

Pencarian Penaja !!!!



Bagi memeriahkan lagi ga / contest yang bakal berlangsung ni, ku mencari 8 penaja bertuah. Lagi ramai lagi bagus. Tetapi tajaan hanya berbentuk wang tunai / cash RM50. Wang tajaan itu nanti akan ku belikan hadiah special berupa gadget terkini. 



Kelebihan penaja !!!
Mendapat uv / pv
Mendapat followers / likers
Membantu promosi ig/fb/blog


Sekiranya berminat, uols boleh drop komen di kotak komen atau :

Whatspp : 012-9125 998


Tips Kesihatan Semasa Jerebu

Jerebu semakin hari semakin parah. MasyaAllah. Jerebu atau zarah-zarah kecil seperti asap atau debu yang terkumpul dan terapung diatmosfera. macam kabus gitu kan. Tapi kabus tak membahayakan kesihatan berbanding jerebu. Kerana jerebu ni berpunca daripada sikap tak bertanggung jawab manusia itu sendiri. Contohnya melakukan pembakaran secara tebuka, aktiviti perindustrian yang tak terkawal selain permotoran. Risau dengan masalah macam ni, terutama kepada anak-anak kecil.


Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah :

0 - 50 Baik 
51 - 100 Sederhana 
101 - 200 Tidak Sihat 
201 - 300 Sangat Tidak Sihat 
301 - 400 Berbahaya 
401 - 500 Sangat Berbahaya Lebih 
500 Darurat

Sangat berbahaya kepada kesihatan kita terutamanya kanak-kanak. Selain mengganggu penglihatan ia mampu mengganggu sistem pernafasan, batuk, sakit tekak, mata berair dan bermacam lagi.


 

Tips kesihatan semasa jerebu :

1. Kurangkan aktiviti luar 
2. Pakai topeng / mask bila keluar
3. Banyakkan minum air masak
4. Rujuk doktor sekiranya ada simptom2 seperti di atas tadi.


Sep 13, 2015

Menang Hamper Tollyjoy RM100

Alhamdulillah... rezeki berkontest. Sebenarnya dah lama tak join contest, giveaway di blog sebab line internet macam siput vavi keh2.Tapi ntah macam mana terjoin GA di blog Ruby. Unik la, sebab kena berkongsi pengalaman menyusukan anak sempena minggu menyusu.



Yeah terpilih antara pemenang. Dapatlah hamper dari Tollyjoy pRM100. Banyak tu. Macam2 ada... liquid cleanser, wet tissue, nursing pad dan lain2.Tq... oh ye kalau uols nak baca pengalaman yang ku share dalam giveaway tu boleh la baca di :

http://www.ruby.my/2015/08/giveaway-hamper-istimewa-tollyjoy-malaysia-bernilai-rm100/

posted from Bloggeroid

Sep 10, 2015

GLOXINA17 Rahsia Cantik Diluar Geram Didalam

Wahhh tajuk... gerammm kenapa tu. Kecantikan dan kesihatan terutamanya wanita bukan sahaja fokus di luaran, malahan dalaman juga harus dititikberatkan. Nak pula bila dah berumah tangga... aset tu hehe. Bagi yang dara , bujang juga sama pentingnya untuk menjaga kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman. Bukan susah, dengan Gloxina17 boleh membantu mencantikkan , menyihatkan malah merawat masalah keputihan yang memang sinonim dengan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan.




Gloxina17 merupakan minuman / jus kesihatan khusus untuk wanita. Didatangkan dalam bentuk sachet. Satu kotak ni ada 15 sachet.

Kandungan Gloxina17 :

Air Suling (RO)
Serbuk Jus Strawberi
Madu
Jus Kurma
Jus Delima
Ekstrak Kacip Fatimaha
Ekstrak Manjakani
Marine Collagen
Ekstrak Pueraria Mirifica
Ekstrak Acai Beri
Ekstrak Pueraria Lobata
Ekstrak Habbatussauda
Ekstrak Aloe Vera
Ekstrak Guarana
Stemcell Epal


Cara pengambilan Gloxina17 :

Gloxina17 sesuai diminum oleh wanita seawal usia 15 tahun. Sangan mudah, hanya perlu minum terus dari sachet. Minum satu sachet setiap hari sebelum sarapan. Tapi macam biasalah kena banyakkan minum air masak, bagi mendapatkan kesan yang optimum selain membantu sistem percernaan kita.


Khasiat Gloxina17 :

- Menyerlahkan keremajaan secara menyeluruh
- Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
- Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
- Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut, radang serta kulit kering dan kusam
- Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
- Meningkatkan kecerahan kulit
- Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
- Mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid
- Mengetatkan otot faraj
- Mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak teratur
- Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
- Membentuk payudara dan punggung yang lebih anjal, tegang dan menawan
- Membantu anda memiliki bentuk tubuh badan yang lebih langsing dan ideal
- Menyerlahkan kejelitaan dan keremajaan dari dalam
- Meningkatkan kecergasan tubuh badan
- Meningkatkan daya ingatan
- Merawat masalah rambut gugur
- Awet muda




Antara testimoni berjaya, ada yang makin mantap , gojes dan slim. Dan yang paling best bila dipuji suami. Wahhh mesti cuba ni kan.... Adilla Gegar Vaganza pun dan cuba... wow wow. Yang penting ia tiada kesan sampingan dan boleh lihat kesan seawal 3 hari.


Satu kotak ada 15 sachets RM120 tapi kalau uolss beli direct melalui web Gloxina17 akan dapat 30% diskaun dan layak menyertai peraduan yang diadakan. Selain tu uolss boleh beli melalui no telefon yang tertera dan di setiap main stokis RY Saloon di Giant, Tesco dan Mydin. Jumaat ini, Gloxina17 akan disiarkan dalam akhbar Harian Metro. Jangan lupa dapatkannya.

Web :
http://www.gojess17.com

Facebook :
Gloxina17

Instagram :
Gloxina17

Office :
Sheila Ramlee Trading (SA0327712-A)
Suite 199, No 25,
Jalan Anggerik Vanilla N31/N,
Kota Kemuning, 40460, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Hotline :
019-576-2793 / 013-206-2793


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign