Dec 31, 2015

Asam Laksa Old Town Tak Umphhh Macam Dulu

Asam laksa Old Town antara favorite aku dulu-dulu selain Paparich sebab aku memang suka rasa asam laksa yang ada fusion baba nyonya. Laksa Penang, Pahang, Kedah tu memang dah sebati dah. Last week baru berani nak pekena asam laksa , sebab tempoh berpantang makan lepas bersalin pun dah masuk 1 tahun 4 bulan. Buat mak-mak jangan dibuat dalam pantang makan laksa, kembang segala urat, masuk angin dan sejuk badan.


Kalau ke Old Town, tak sah tak order Old Town White Coffee With Hazel Nut Rasa, dan aroma kopi yang mewah dan lemak kacang hazel. Uhhhh sodap.... aku prefer yang sejuk. Dah lama tak makan di Old Town, dalam kepala berangan rasa asam laksa yang super sedap, mewah dengan isi ikan, cukup rasa.


Dan sebelum tu pekena roti bakar peanut butter alahaiiii tak memberangsangkan platter nya....


Old Town Asam Laksa wahhh meriah. Paling win nenas yang besar gedabak dah macam nak buat gulai. Tak silap aku dulu potongannya nipis, cute dan sexy . Dan paling rare, boleh pulak letak ikan sardin dalam tin yang mentah tu sebagai garnishing. Ohhhh maiiii. Atau memang style sekarang cam ni ek....atau Old Town Aeon Anggun Rawang je....emmmm tapi sapu bersih juga, bayar mahal kot haha.... btw tingkatkanlah kualiti makanan dan servis anda

posted from Bloggeroid

Dec 30, 2015

Harga Yuran TABIKA KEMAS 2016

TABIKA KEMAS atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak Kemajuan Masyarakat menjadi pilihan kami untuk permulaan sekolah buat si Adam Darwiish pada tahun 2016. Macam papa mama dia dulu, sekolah TABIKA KEMAS je . Alhamdulillah macam tak percaya cepatnya masa berlalu, terasa exited pulak mama nya haha.



Mungkin korang dah siap semua persiapan untuk anak-anak. Tak de lah pening kepala. Bagi kamI yang first time ni tergagau-gagau lagi. Tapi Alhamdulillah bantuan jiran, dapat no phone cikgu , so kita whatsapp2 dengan cikgu. Zaman sekarang kan.... canggih manggih. Kalau yuran tadika / tabika swasta dengarnya ada mencecah RM400 , TABIKA KEMAS murah sikit sebab ada bantuan kerajaan. Tak kisahlah mana-mana janji kita mampu dan mudahan anak kita belajar dengan tekun dan bijak Inshallah. Amin.


Ok tadi suami dah settle kan bayaran yuran. Tapi tak pasti kalau harga ni sama untuk TABIKA KEMAS seluruh Malaysia. Yang ni untuk daerah Hulu Selangor. Jumlah keseluruhan RM200, tapi pada yang kurang berkemampuan. cikgu tu bagi bayar secara ansuran. Ye lah, mana yang anak ramai tu, mesti tak berapa nak cukup kan. Alhamdulillah cikgu ni memahami.

Bayaran pendaftaran dan pakaian TABIKA KEMAS 2016 :

RM 15.00 Yuran pendaftaran / Insuran
RM 25.00 Yuran Januari
RM 23.50 Uniform TABIKA
RM 24.00 Baju sukan
RM 15.00 Buku kerja & latihan
RM 20.00 Alat tulis, warna, fail & tag nama
RM 32.50 Baju hari Jumaat
RM 15.00 Yuran sukaneka
RM 15.00 Yuran konvokesyen & anugerah
RM 15.00 Yuran hari potensi DUN & Parlimen

Jumlah keseluruhan RM200.00

Sekarang baru tahu macam mana rasa mak abah kita dulu mencari duit nak menyekolahkan kita. Dengan adik-adik lagi. Besar pengorbanannya. Mudahan anak mama Darwiish menjadi anak yang bijak, mudah faham apa yang cikgu ajar, dapat bergaul dengan rakan dengan baik dan menjadi pelajar terbaik dikalangan yang terbaik...Inshallah....Amin Ya Allah

posted from Bloggeroid

Honey Créme Kini Di Desa Sri Hartamas

Sebut pasal aiskrim, dah terbayang manisnya, sejuknya dan warnanya yang mengiurkan. Biasa kita makan aiskrim biasa je kan, kali ni nak share pasal Honey Créme . Aiskrim lembut , organik lagi menyihatkan hasil join ventures Korea dan Taiwan. Alhamdulillah dijemput memeriahkan majlis perasmian outlet Honey Créme pertama di Klang. Tak sabar nak rasa aiskrim organik hehe.




Honey Créme Desa Sri Hartamas merupakan outlet pertama di Klang selepas Pulau Pinang. Ianya berkonsepkan cafe. Boleh lepak2 dengan tersayang sambil makan aiskrim. Feeling macam di Korea-Taiwan haha.




Sebelum layan aiskrim, jom kita tengok dekorasi dalam Honey Créme . Wahhh meriah cone aiskrim yang warna warni tu kan. Oh ye ada pilihan sama ada kita nak aiskrim dalam cone atau cup.Ada macaroon, madu siap dengan sarang sekali. Wahhhh terasa
manisnya kan.



Sambil tunggu order disiapkan, boleh tengok staff Honey Créme sediakan aiskrim secara live. Jangang risau kebersihan terjamin, dan mesra pelanggan.


Organic Cotton Candy Affogato
Favorite aku . Sedap sangat. Suka kombinasi milk ice-cream dengan cotton candy yang dicampurkan dengan expresso. Kaya dengan aroma kopi, rasa pahit, manis dan lemak. Sesuai sangat untuk penggemar kopi.


Honey Comb
Yang ni pun best.Nama pun peminat madu kan. Happy sesangat, dapat makan sarang lebah tu hehhhe. Organik lagi selain berkhasiat kerana mengandungi banyak mineral, asid amino dan enzim baik. Kalau di Korea, dorang jadikan tonik kesihatan.






Tekstur Honey Créme memang lain daripada aiskrim biasa. Mungkin ia organik jadi rasanya lebih halus, pure sedap dan manis semulajadi. Sangat sedap kalau kita combine kan dengan topping yang sedap seperti pop corn, madu, coklat, cotton candy dan bijirin.





Maaf terlajak possing. Sebenarnya join contest selfie masa ni, tapi tak ada rezeki dapat tajaan Honey Créme selama setahun huhu.



Apapun terima kasih Honey Créme . Happy anak-anak makan aiskrim. Tak yah risau sebab ia menyihatkan. Rasa manis semulajadi dari madu. Harga pun berpatutan. Rugi kalau korang tak cuba. Boleh kunjungi Honey Créme nanti bawa adik, anak dan orang tersayanh menikmati aiskrim organik dan menyihatkan dengan topping yang super awesome. Pilih jangan tak pilih.


Honey Créme

Facebook :
https://www.facebook.com/HoneyCremeKL

Instagram :
CremeHartamas

Alamat :
20, JLN 27/70A,
Desa Sri Hartamas, 50480 KL

Waktu Operasi :
Isnin - Khamis 12pm – 10pm
Jumaat - Ahad 12pm – 11pm

posted from Bloggeroid

Dec 28, 2015

BIO OIL Berkesan Hilangkan Stretch Mark & Parut ( Review )

Stretch mark atau kesan regangan lepas melahirkan, parut, tanda kulit penuaan dan kulit kering tak sekata memang merungsingkan kepala.Terutama kita kaum wanita. Boleh membuatkan seseorang menjadi kurang keyakinan. Tapi dengan Bio Oil semua masalah kulit dapat diatasi dan dirawat secara semulajadi. Tak perlu laburkan banyak duit buat plastic surgery bagai, hanya sapu pada kulit dan lihat hasilnya.



Bio Oil dihasilkan oleh pakar penjagaan kulit, dah terima lebih 253 anugerah penjagaan kulit di peringkat antarabangsa dan laris di lebih 20 buah negara. Bio Oil merupakan minyak essential yang merawat masalah parut, regangan kulit, penuaan kulit dan masalah kulit kering baru atau lama.



Bio Oil tak merbahaya pada kulit, malah boleh dipakai pada anak kecil sebab ia tak mengandungi paraben, bahan kimia berbahaya , pewarna, pewangi dan alkohol. Yang kulit allergic dan sensit pun boleh pakai.Ia bersifat sangat semulajadi sebab antara kandungannya adalah PurCellin Oil, Vitamin A, Vitamin E, Kalendula Oil, Lavender Oil, Rosmery Oil dan Chamomile Oil

Wah kalau korang perasan, semua minyak tadi sangat membantu dalam memberi efek nyaman, tenang dan relax. Warna Bio Oil ni oren, itu warna asli ye. Bau pula menyegarkan dapat bau herba rosemery kat situ.



Bio Oil ni ringan je tekstur nya. Tak la melekit sangat sebab ia cepat meresap ke dalam kulit dengan adanya PurCellin Oil tadi. So jangan risau ok. Lagipun Bio Oil ni disahkan Halal tiada sebarang sumber haiwan mahupun sumber yang meragukan.



Alhamdulillah masalah stretch mark memang tak kritikal sangat pada aku, cuma parut manja ja kesan kena minyak panas. Ohhh sangat stresss. Dengan Bio Oil, hanya sapu 2x sehari . Urut secara membulat sehingga menyerap sepenuhnya. In Sha Allah akan nampak kesan positive dalam masa 3 bulan minima. Yang ni aku baru cuba sebulan, tu pun ada hari terlupa pakai.

Pada korang yang ada masalah kulit boleh cuba. Terutama ibu mengandung, boleh sapu pada stretch mark dan bahagian yang mengeleber . Bio Oil terbukti berkesan 92% pada luka / parut dalam tempoh 8 minggu dan 100% pada stretch mark dalam tempoh 8 minggu .

Bio Oil boleh didapati disemua farmasi, kedai ubat, pasaraya berdekatan korang dengan harga RM28++ 60ml

posted from Bloggeroid

Dec 27, 2015

Lipstick Aloe Vera ( Review)

Lipstick Aloe Vera antara lipstick carian google sekarang. Sebut pasal lipstick , wahhh menyengeh korang si gojes2 tu. Kebiasaannnya kita pakai lipstick hanya untuk menampakkan bibir lebih berseri, menyerlah dan monggel hehhhe, tapi jarang kita titik beratkan penjagaan bibir. Bibir kita ni, antara aset penting juga tau, jadi wajib dijaga dengan sebaiknya. Lipstick Aloe Vera sangat istimewa kerana disamping mencantikkan bibir malah mampu merawat serta melindungi bibir kerana dihasilkan menggunakan 99% ektrak aloe vera



Kalau macam aku pakai lipstick kadang ikut mood juga, ada masa nak nampak meriah, adakala nak nampak natural. Lipstick Aloe Vera ni warnanya ikut darah si pemakai. Packaging pun comel, warna hijau.




Jangan takut, luarannya nampak hijau, tapi bila kita sapu pada bibir, automatik ia akan bertukar warna. Lipstick Aloe Vera ni sesuai untuk semua sebab ia tiada bahan kimia, paraben dan toksid. Ia mampu merawat masalah bibir
seperti, bibir kering, bibir merekah
, bibir hitam dan kusam atau bibir sensitif.... sebab ia mengandungi 99% ektrak aloe vera .


Seperti yang kita tahu aloe vera ni memang sangat berkhasiat selain untuk kesihatan dalaman. Ia mampu melindungi bibir dari kering dan merekah sebab ia bersifat anti-oksidan, kaya dengan kolagen, vitamin C, E dan B12 . Malah terbukti berkesan menjadikan kulit bibir semakin lembab, lembut dan halus.




Nampak tak, dengan sekali sapuan je, bibir aku yang super gelap, pucat menjadi ceria pop star haha. Dan paling best ia tahan sehingga 12 jam Tekstur pula lembut je, halus dan nipis. Bau pun tak macam lipstick biasa yang kuat bau warna. Lipstick Aloe Vera bau macam natural gitu, haa macam kita pakai lipbalm atau vaseline. Tapi x melekit dan mencomottkan.
Harga Lipstick Aloe Vera RM10.00 tidak termasuk postage.
Untuk sebarang pembelian boleh :


Whatsapp :
014-513 5891

Call / SMS :
010-986 8215

Facebook :
Produk Kecantikan Murah Terlaris - ORIGINAL

posted from Bloggeroid

Gambar Lucu Haha (Running Man)

#JanganGelakKuatSangat










Gambar Lucu Lee Kwang Soo (Running Man)

#GelakJanganKuatSangat












Kebaya Nyonya Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique

kebaya_giveaway_2016

Kebaya Nyoya??? Cantiknya kalau dipakai dengan kain sarung atau kain batik. Menampakkan gaya gadis Melayu terakhir gitu. Sekarang memang susah nak beli kebaya yang betul-betul rekaannya cantik , menarik , berkualiti dengan harga berpatutan disamping mengekalkan identiti tradisional dulu. Sekarang tak payah pening lagi, khususnya kepada peminat kebaya nyonya kerana Izzlegacy Boutique menawarkan :

  • Lebih 350 pilihan ready-made kebaya nyonya
  • 1500 design kebaya nyonya pre-order
  • Pelbagai pilihan warna, saiz yang disediakan
  • Rekaan sulaman yang menarik dan cantik
  • Fabrik dan jahitan yang berkualiti dan kemas
  • Harga yang berpatutan
  • Rekaan khas yang mengekalkan ciri asli kebaya nyonya
  • Turut menawarkan pelbagai pilihan baju wanita, kanak-kanak, shawl dan bermacam lagi
  • Berkonsepkan vendor butik
  • Harga istimea untuk ahli butik berdaftar



Amacam cantik tak, kalau berkenan boleh walk-in terus ke Izzlegacy Boutique atau ke laman web mereka, sure tak rugi. Boleh melaram raya nanti, pakai pergi office, kenduri pun memang cun kan.



No. 28-1, Jalan Atmosphere 3, 
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai, 
43300 Seri Kembangan, Selangor 

+603-89596970 +6012-6907705 / +6012-3199026 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign