Jan 27, 2016

Bajrangi Bhaijaan Ada Scene Annoying ???

Bajrangi Bhaijaan antara filem hindustan yang menjadi boom di tahun 2016. Filem dari Salman Khan Film dibintangi oleh beliau sendiri berganding dengan si gojes Kareena Kapoor . Ini bukan filem jiwang terlebih tapi lebih kepada isu kemanusiaan tanpa mengenal agama , kasta dan negara. Pemuda India yang berusaha rela berkorban nyawa , masuk ke Pakistan yang merupakan musuh antara kedua negara demi nak mencari ibu bapa si Syahida anak kecil Pakistan.Jalan cerita memang mampat, padat, boom ...  jln cerita, lakonan mantopppp...si Syahida cute gile.... Rasika...gojes :-) sinematografi cantik, lagu cute dan chicky..... plot cantik...dapat lihat dengan lebih dekat Pakistan...tapi.. aku sensitif bila part scene yang menggambarkan Islam. Sama pendapat macam blogger kacak kita. Korang boleh baca ulasan versi beliau di www.bonikacak.com






Aku tak pasti sama ada itu ritual syiah, sufi atau seangkatannya. Tapi jelas Islam tiada yang menggunakan asap, tali niat ikat di pagar, syair memuji Ali melebihi Nabi Muhammad... dan korang boleh tengok sendiri. Part tu just abaikan... Nauzubillahiminzalik.... pastikan ada pengawasan orang dewasa bila menonton filem ini , terutama anak-anak. Tapi mesej yang nak disampaikan memang mengena , menusuk dalam jiwa. Take it positive . Dan yang best tiada scene heroin berbikini lagi seksi. ted from Bloggeroid

9 comments:

  1. sy dh tgk tp x terpikir pon psl benda tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.... benteng akidah mesti kuat..inshallah..amin

      Delete
  2. Dorang ni suka campur aduk kan agama Islam la dengan agama Hindu.. Macam cerita kuchi kuchi tu.. Sebab tu tak gemar sgt la dengan hindustan.. Tapi nak amek moral value cerita tu, memang bagus la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ena percampuran budaya dalam agama...penonton kena bijak menilaikan... Ena try la tengok besttt

      Delete
  3. Saya suka message cite ni...Bab agama tu xmo cite sebab kite kena faham sendiri perjalanan agama islam kita mcmane kan..Anak2 yg nk tgk mmg perlukn pengawasan ibubapa. Qaisara pun suka cite ni..Mujur die x igt part2 yg tali & sebagainya tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang siapa kita menilai tahap agama seseorang , takut lain tafsiran dari pemikiran mereka yang lain agama dan yang baru nak mengenali Islam. Semoga kita dapat impak posit Inshallah :-)

      Delete
    2. Memang siapa kita menilai tahap agama seseorang , takut lain tafsiran dari pemikiran mereka yang lain agama dan yang baru nak mengenali Islam. Semoga kita dapat impak posit Inshallah :-)

      Delete
  4. memang ada unsur syiah. Kehidupan kat sana amalkan syiah. Saya sarankan tengok movie drishyam lakonan ajay devgan memang terbaik jalan ceritanya. Tentang family.

    ReplyDelete
  5. Yup ada orang cakap memang cerita ni berunsurkan syiah apa semua. Betul tu, kita ambil lah yang baik, tinggalkan yang buruk.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign