Jan 8, 2016

Buku Serenity Syira Lokman ( Review )

Serenity atau dalam bahasa melayu adalah 'ketenangan' . Serenity merupakan naskah pertama berbentuk motivasi hasil tulisan seorang blogger muda , merupakan pelajar kaunseling di Universiti Malaya iaitu Syira Lokman Beliau baru berusia 21 tahun, wahhh muda kan, impian, bakat dan minat tak mengenal usia. Selain bekerja sebagai advertising copy writer dan vendor pakaian @zmar-apparel-shoppe





Ini kali pertama aku menulis review tentang sebuah buku motivasi.Teruja pula hehe. Walaupun judulnya berbahasa inggeris, tetapi kandungan penulisan oleh Syira Lokman dalam bahasa Melayu. Kulit buku pun dah ada rasa serenity tu kan. Buku Serenity Syira Lokman ni merupakan buku motivasi, tetapi dalam bentuk dan gaya bahasa yang lebih santai, puisi dan monolog hati. Jadi takdelah pembaca teras bosan, beban dan susah nak paham. Apa yang penting ada tandatangan dari penulis hebat ni, mana tau berjangkit aura penulisan. Di belakang buku ada Syira Lokman syorkan muka surat yang menarik dibaca dahulu. Wahhh surprise kan.Ohh ye buku ni guna paper book yang jenis kertas ringan, warna coklt. Kalau perasan novel lama, bovel barat selalu guna, ia lebih bagus untuk mata sebab kurang pantulan cahaya. Lagi satu, ringannnn hehe.



Muka surat 18 : Pilihan Aku tertarik dengan karya ringkas tapi kemas dan penuh nasihat, peringatan . Malah terasa seperti kita sedang dinasihati dan dimotivasikan secara halus.




Muka surat 15-17 Penjaja Cerita Dunia yang ni pun best, mengingatkan kita khususnya penulis mahupun pengamal media dan semua supaya berfikir sebelum menulis, berkongsi cerita dan sebagainya. Kerana disitu juga ada dosa pahala. Ya, nampak remeh, tapi perlu untuk kita sebagai peringatan.



Sekarang nak sambung habiskan baca Serenity Syira Lokman, pada korang dapatkan segera, sebab ia memang laris dah terjual ratusan naskah hanya dalam dua minggu. Semoga kita dapat ilmu dan manfaat bersama Inshallah.



Tajuk: Serenity
Penulis: Syira Lokman
Penerbit: Komrad Buku
Harga: RM20 tidak termasuk postage

Follow @komradbuku untuk order buku SERENITY


#serenitysyiralokman #blogger #blogsyiralokman #komradbuku #serenity #supportsyiralokman #motivasi #puisi #monologhati #jualbuku #bukumurah
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. beli online ke buku ni..atau ada dijual di kedai buku..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata Syira inshallah next month ada di kedai buku popular dan lain2

      Delete
  2. nampak menarik buku ni..hebat syira lokman ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak dan pengisiannya pun memang menarik

      Delete
  3. nak kena cari jugak serenity ni...nampak menarik

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..terima kasih ! jgn lupa semua gunakan #serenitysyiralokman ^_^ boleh dptkan melalui syira sendiri, komrad buku, bookcafe, buku halal, ejen2 komrad, mph, popular dan kedai buku lain !

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign