Masakan Original Thai Halal, Sedap Dan Murah Di Kota Damansara

by - January 26, 2016

Thai food atau makanan / masaksn Thailand memang menjadi kegemaran aku sekeluarga. Kali ni nk share experience kami menjamu selera di Restaurant Thai Rama di Kota Damansara. Opppsss ini bukan review berbayar ok. Kalau sedap, aku review . Kalau tak sedap review jugak haha. Kebiasaannya susah nak cari masakan Thai yang pure dimasak oleh chef atau tukang masak Thai dan bahan asli Thai... tapi di Restaurant Thai Rama ni dijamin original dari Thailand dan ianya Halal.





Sempat lagi ber sawadeekap dengan waitress ni. Memang pelat Thai cakapnya hehe tapi berjaya terangkan menu dengan bagus. Jangan bimbang walaupun pure Thailand, harga yang ditawarkan serendah RM7.90 untuk satu set makanan tengah hari. Wahhhh murah tu. Sedap ke ??? Banyak ke ? Kenyang ke ? Ha tu korang kena stay tune baca entry ni ok.






Sebelum tu kita layan menu dulu. Menu tersusun mengikut kategori seperti appetizers, main course, dessert, soup , salad dan sebagainya. Aku kalau masakan Thai memang aku fokus pada pilihan kerabu dan dessert. Tapi kami order yang set saja sebab rushing ke event lain.




Pilihan Cik Suami Thai Chicken Dried Chilli Fried wahhh cantik kan. Nasi berbentuk bintang, diwarnakan dengan sedikit hirisan cili besar, side dish ada daun salad , timun , telur dadar dan sup tomyam. Memang best. Sedap cuku rasa.




Mix Padprid memang dapat rasa bahan tumisan Thai. ayam, daging dan seafood yang segar dan tidak over cook. Memang banyak... habis nasi siap boleh ratah lauk. Siap berkongsi dengan anak-anak lagi. Sangat recommended kat korang, service bagus, harga berpatutan, halal, bersih dan selesa. Next time nak datang makan lebih santai tak mau rushing. Tak best huhu


Restaurant Thai Rama

17, Jalan PJU 5/12 ,
Dataran Sunway,
Kota Damansara ,
47810 Petaling Jaya.
posted from Bloggeroid

You May Also Like

5 ulasan

  1. husna pon kalau ke kedai thai mesti akan cari diorang punya kerabu..:)

    ReplyDelete
  2. Tomyam kat situ pun mesti sedap kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah best, sebab dorang ada sertakan kuah tomyam sekali

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish